LOS ANGELES – Kemunculan penyanyi pop terkenal, Britney Spears ketika Anugerah Muzik Video MTV 2007 sukar dilupakan kerana dia tampil dengan gaya berani iaitu sekadar memakai seluar pendek yang kelihatan seperti seluar dalam selain coli, lapor sebuah akhbar semalam.
Bagaimanapun, semasa berlangsungnya Anugerah Muzik Video MTV tahunan 2011 pada Ahad lalu, Spears berjaya membuktikan bahawa dia masih memiliki kriteria sebagai Ratu Pop.
Penyanyi itu memakai gaun hitam di atas paras lutut dan memberikan senyuman yang berkarisma.
Semasa anugerah muzik itu pada 2007, Spears kelihatan keliru dengan penampilannya selepas dia membotakkan kepala selain memakai coli dan seluar pendek seperti seluar dalam semasa membuat persembahan.
Namun, pada anugerah kali ini, Spears hadir dalam majlis karpet merah itu bersama kekasihnya, Jason Trawick.
Dalam anugerah itu, dia menerima anugerah kategori video pop terbaik selain Anugerah Perintis Michael Jackson. – Agensi
No comments:
Post a Comment