PERTH – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, yang maut akibat terkena tembakan curi di Somalia pada Jumaat lalu, sebagai seorang wira Malaysia sebenar ‘yang mewakili peranan kita membantu di mana sahaja bantuan diperlukan’.
Sambil melahirkan rasa sedih dengan kejadian yang berlaku, Najib berkata: “Kita telah kehilangan seorang rakyat Malaysia yang sangat mulia dan benar-benar berdedikasi.
“Beliau bersedia mengambil risiko untuk memberikan liputan meluas mengenai misi kita membantu orang lain di dunia,” katanya kepada Bernama semalam.
Najib berkata, lawatannya ke Perth, Australia disingkatkan bagi membolehkan beliau menyambut ketibaan jenazah Noramfaizul dari Mogadishu di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang hari ini.
Turut menyampaikan takziah ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Katanya, berita itu menyentak perasaan rakyat khususnya di kalangan media tempatan yang tidak pernah menghadapi situasi seperti itu di sini.
No comments:
Post a Comment