Saturday, September 3, 2011

Peminat pulang semula jam tangan berlian Brown



GAMBAR menunjukkan seutas jam tangan Rolex yang sama dengan yang dimiliki Chris Brown.


LOS ANGELES – Seorang peminat memulangkan semula seutas jam tangan Rolex yang dihiasi dengan berlian berharga AS$22,000 (RM65,791) selepas dia mencampakkannya pada satu persembahan Anugerah Muzik Video MTV di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Jam tangan itu dicampakkan dari pentas oleh Brown bagi mengelak persembahannya terganggu pada Ahad lalu.
Namun, jam tangan itu dicampakkannya ke arah para penonton.
Seorang pengawal keselamatan kemudian pergi ke arah para penonton itu untuk mencari jam tersebut selepas persembahan Brown berakhir.
Bagaimanapun, seorang peminat yang bermurah hati memulangkan kembali jam tangan tersebut kepada pengawal berkenaan.
“Walaupun Brown tidak bertemu dengan peminat itu, dia amat menghargai tindakannya,” kata seorang jurucakap penyanyi tersebut kepada laman hiburan TMZ. – Agensi

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...