Siapa boleh jawab? Jangan angkat tangan. Bukannya kami boleh tengok pun. Hehe. Berbalik kepada persoalan kat atas ni apakah kaitannya antara 3 individu tersebut? Jawapannya simple, mereka bertiga berada di majlis rumah terbuka yang diadakan di salun Chinta milik Fasha Sandha, Jumaat lalu.
Johan Asari atau lebih mesra dipanggil Oyan oleh rakan terdekatnya (kami pun nak panggil juga), dilihat semakin kerap bersama dengan Fasha Sandha tapi tiada apa yang pelik kerana mereka berdua sedang berkoloborasi dalam sebuah drama yang sedang ditayangkan di TV3 setiap hari Selasa, iaitu Cinta Elysa.
Tapi Jejai?!
Menurut portal Murai, Rizal Ashram (Jejai) turut berada di situ atas undangan Fasha Sandha sendiri. Ketika bulan Ramadhan lalu, ada juga beberapa laporan media mengatakan mereka terserempak dengan Fasha Sandha & Jejai berbuka puasa bersama.
Adakah mereka berdua kembali bertaut kasih?
Ketika di ajukan soalan itu oleh wartawan, Fasha Sandha nyata tersipu malu untuk menjawab namun mengatakan yang Jejai hadir hanya sebagai teman, tidak lebih dari itu. Tak ada masalah lah Fasha. Awak pun bukannya bini orang. Jejai pun bukannya suami orang. Jadi tak ada yang janggal disitu. Cuma kalau betul dah kembali bersama, kasi tau lah ye. Jangan sorok-sorok. Hik!
Tapi ada yang lebih menarik perhatian kami pada malam berlangsungnya majlis tersebut. Pose Oyan yang memeluk bahu Fasha untuk gambar di bawah ni dikatakan menerima respon negatif terutamanya dari peminat Oyan.
Menurut profil Oyan yang pernah kami kongsikan sebelum ni, beliau pernah menjadi seorang pelajar tahfiz. Jadi pesan kami pada Oyan, selepas ni berhati-hati ya semasa bergambar. Ramai peminat sayangkan awak. Ya, kami juga. Makanya, semoga Oyan dapat menjaga batasnya semasa bergambar terutama sekali dengan selebriti wanita. =)
Read more: http://rentakartis.com/panas-apa-kaitan-antara-jejai-fasha-sandha-dan-johan-asari/#ixzz1ZEq3N4uf
No comments:
Post a Comment