GILBERT, Amerika Syarikat (AS)- Seorang ibu berusia 21 tahun, Jessica Callaway menghembuskan asap ganja ke dalam mulut seorang anak perempuan yang berusia 10 bulan, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Dia kemudian ditangkap selepas seorang rakannya merakamkan kejadian tersebut menerusi telefon bimbit sebelum membuat aduan kepada polis di sini.
Menurut Jessica, dia melakukan perbuatan itu kerana anaknya tidak berhenti-henti menangis.
Ibu muda itu juga didapati memukul anaknya itu.
Dia mengaku kepada polis bahawa perbuatan tersebut pernah dilakukan beberapa kali sebelum ini.
Jessica kemudian dibebaskan dengan ikat jamin AS$2,700 (RM8.074).
Namun, dia dikenakan dengan tiga dakwaan mendera kanak-kanak. – Agensi
No comments:
Post a Comment