ANGELES – Pelakon terkenal, Mel Gibson akan membayar sebanyak AS$750,000 (RM2.24 juta) kepada bekas kekasihnya yang merupakan seorang ahli muzik Rusia, Oksana Grigorieva.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Peter Lichtman kelmarin berhubung perbalahan melibatkan Gibson dengan bekas kekasihnya itu.
Gibson juga diarahkan supaya meneruskan bayaran pembelian sebuah rumah melibatkan jutaan dolar kepada bekas kekasihnya.
Pelakon itu turut diarahkan supaya memberikan bantuan kewangan kepada seorang anak perempuannya hasil hubungan mereka.
Hakim berkenaan menegaskan bahawa Grigorieva tidak dibenarkan untuk mengemukakan kes sivil ke atas aktor tersebut kerana perbalahan mereka sudah diselesaikan menerusi pembiayaan daripada Gibson.
Gibson dan Grigorieva juga tidak dibenarkan untuk bercakap atau menulis mengenai masalah hubungan mereka. – Agensi
No comments:
Post a Comment