Wira bola sepak negara ini baru sahaja pulang ke tanah air dan kini di’hujani persoalan tentang isu tunang beliau yang masih belum selesai.
Khairul Fahmi Che Mat yang menjalani latihan bersama skuad Olimpik di Slovakia berkata apa yang berlaku hanya salah faham. Beliau berjanji akan menyelesaikan isu ini secara adat.
“Saya anggap perkara ini sebagai salah faham saja, lagipun urusan mengenai pemulangan cincin tunang itu dibincang menerusi keluarga angkat, bapa Aimie dan ibu tirinya”
“Memang cincin itu masih ada di tangan keluarga angkat dan saya akan pulang untuk menyelesaikan perkara ini mengikut adat nanti,” kata Khairul Fahmi ke Harian Metro Ahad.
Berkaitan gambar, set foto ini kami ambil dari Twitter Shila Amzah sendiri. Tidak kami pasti apa hubungan antara mereka berdua dan Shila Amzah sendiri tidak pernah berada dalam radar Khairul Fahmi sebelum ini.
Lagi gambar Khairul Fahmi & Shila Amzah beraya bersama selepas ini.Enjoice & jangan gossip!
@rotikaya.com
Lagu Background Best! Layan Ya! Kini Tinggal Kenangan Sahaja!
No comments:
Post a Comment