Sunday, September 25, 2011

Ditahan kurung enam wanita sebagai hamba seks


gambar hiasan
BEIJING - Polis di tengah China menahan seorang bekas anggota bomba berusia 34 tahun kerana mengurung enam wanita sebagai hamba seks di sebuah penjara bawah tanah selama dua tahun.
Media China semalam melaporkan lelaki terbabit juga membunuh dua tawanannya sebelum seorang mangsa berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis.
Menurut akhbar Southern Metropolis Daily, Hao yang bekerja di sebuah pejabat pentadbiran tempatan di bandar Luoyang, Wilayah Henan, didakwa kerana membunuh dan menanam mayat dua wanita berkenaan.
Dia menanam mayat mangsa di dua buah bilik yang digali di bawah bilik bawah tanah kediamannya.
Akhbar sama memberitahu, Li ditahan pada 6 September lalu kerana menculik enam wanita yang merupakan pekerja kelab malam dan karaoke sebelum berulang kali memperkosa mereka.
Dia hanya memberi mereka makan sekali dalam setiap dua hari supaya wanita-wanita itu lemah dan tidak berdaya melarikan diri.
Laporan berkenaan menyatakan, Li cuma membenarkan mereka keluar dari bilik bawah tanah tersebut untuk dilacurkan apabila dia kesempitan wang. Namun, ketika dia melacurkan mereka di luar, seorang wanita berusia 23 tahun kemudian berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis.
Hao mempunyai seorang isteri dan anak lelaki berusia setahun. - Reuters

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...