Ketika ditemubual sebentar tadi bersama OHBULAN!, kami mendapat penjelasan yang lebih menyeluruh daripada Julia Ziegler mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan oleh orang ramai.
Ditanyakan jika dia akan mengeluarkan saman fitnah terhadap Didie Alias, dia berkata :
“Saya tak akan buat saman fitnah, cumanya saya mahu diri ini lebih dihargai walaupun saya tahu Didie Alias adalah selebriti yang lebih senior dari saya. Kejadian ini benar-benar menggugat prestasi saya sebagai seorang artis.”
Julia Ziegler turut menjelaskan isu ini bermula apabila berlaku ketidaksefahaman dengan Didie Alias sebagai pengurus produksi.
“Saya ingin melawat ibu saya yang sedang sakit, namun Didie Alias tidak membenarkan saya keluar dan tahu-tahu, cerita tersebar mengatakan saya tidur bersama seorang kru produksi.”
Menurut laporan Mstar, khabar angin ini sekaligus mencemarkan nama baiknya dan keluarga.
“Saya tidak buat perkara tersebut tapi bermacam-macam cerita negatif mengenai saya telah kedengaran. Sebagai perempuan sudah tentu saya tidak mahu dilabel sebagai perempuan murahan. Saya juga ingin kahwin satu hari nanti, saya tak mahu nanti keluarga suami saya berfikir yang tidak baik tentang saya,” katanya.
ohbulan.com
asampedaz: gaduh2 baru pedaz indurti hiburan..huhu.. dah lah tuh jangan panjang2 kan....
No comments:
Post a Comment