Thursday, September 1, 2011

Chong Wei terus ‘dihantui’ Lin Dan



 
DATUK Misbun Sidek (kanan) antara watak penting yang telah membantu Chong Wei untuk menawan dunia.

APA lagi yang kurang dengan Datuk Lee Chong Wei jika hendak dibandingkan dengan musuh tradisinya, Lin Dan dari China.
Meskipun bergelar pemain No. 1 dunia, namun impian jaguh badminton utama negara ini untuk merangkul kejuaraan pada Kejohanan Dunia buat kali pertama masih belum mampu dicapai.
Bagi Lin Dan, kesemua gelaran berprestij dunia sudah berada dalam genggamannya.
Sebagai rekod, bintang sensasi China itu telah merangkul empat kejuaraan dunia iaitu pada edisi 2006 di Madrid, 2007 (Kuala Lumpur), 2009 (Hyderabad) dan 2011 di London.
Lin Dan juga merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China.
Sebaliknya, Chong Wei masih kempunan bergelar juara dunia sekalipun mahkota Seluruh England berjaya diraihnya bagi edisi 2010 dan 2011.
Terdahulu, Chong Wei disebut-sebut bakal mengakhiri kemarau gelaran dunia apabila turun beraksi pada Kejohanan Badminton Dunia 2011 di Arena Tertutup Wembley, London baru-baru ini.
Dengan empat gelaran dalam kejohanan bertaraf Siri Super dan satu Grand Prix (GP) Emas tahun ini, Chong Wei dikatakan berada di landasan terbaik untuk menambah koleksi kejuaraan pada Kejohanan Dunia.
Chong Wei membuktikan kehebatannya apabila muncul juara pada Terbuka Malaysia, Seluruh England, Terbuka India, Terbuka Indonesia dan GP Emas Terbuka Malaysia.
Bagaimanapun, tuah ternyata tidak menyebelahi Chong Wei pada penampilan kali keenamnya di bumi London itu baru-baru ini.
Biarpun diletakkan selaku pemain pilihan pertama kejohanan, pemain berusia 29 tahun itu sekali lagi dibayangi kehandalan Lin Dan.
Buktinya, dia tewas di tangan Lin Dan dalam pertarungan tiga set 22-20, 14-21, 21-23 pada perlawanan akhir.
Ekoran daripada kekalahan tersebut, ramai yang beranggapan masih ada jurang pemisah di antara Chong Wei dengan Lin Dan.
Meskipun rekod kemenangan memihak kepada jaguh China itu, namun Chong Wei masih mampu mencatatkan lapan kemenangan daripada 24 pertemuan.
Justeru, timbul persoalan mengapa Chong Wei kadangkala dilihat sukar mengekalkan konsistensi setiap kali turun berdepan dengan Lin Dan?
Jika ranking dunia menjadi ukuran, kelebihan ternyata milik Chong Wei berbanding Lin Dan yang tampil selaku pemain No. 2 dunia.
Bagaimanapun, kedudukan ranking bukan ukuran untuk menentukan siapa lebih hebat kerana situasi yang dialami Chong Wei itu sudah cukup bagi menceritakan segala-galanya.

LIN DAN, satu-satunya pemain yang sering kali menyekat impian Chong Wei untuk bergelar juara dunia.


Peluang untuk Chong Wei merangkul kejuaraan dunia kini tampak sukar apabila kejohanan tersebut hanya akan kembali mewarnai kalendar sukan badminton dunia pada 2013.
Ini kerana tahun depan tidak dilangsungkan Kejohanan Dunia kerana London akan menjadi tuan rumah temasya Sukan Olimpik 2012.
Ketika itu nanti, Chong Wei semakin dimamah usia. Kudratnya pasti sudah tidak sama seperti sekarang.
Sebelum kembali memburu gelaran dunia dua tahun akan datang, Chong Wei masih ada misi penting yang harus dilaksanakan pada temasya Olimpik 2012.
Mampukah Chong Wei menghadiahkan emas sulung Olimpik buat kontinjen Malaysia selepas dia hanya mampu menyumbang pingat perak pada temasya 2008. Namun segala-galanya masih lagi samar.
Tidak ada jaminan yang mampu diberikan Chong Wei kepada kira-kira 27 juta rakyat Malaysia yang masih menanti emas sulung Sukan Olimpik.
Bukan mahu memperkecilkan kemampuan Chong Wei tetapi berdasarkan prestasi semasa pemain kelahiran Pulau Pinang ini, semuanya dilihat belum terjamin.
Mahu atau tidak, atas kertas Chong Wei diramal sekali lagi membuat perhitungan dengan Lin Dan di London tahun depan.
Justeru, ada segelintir pihak yang meramalkan agak sukar bagi Chong Wei merangkul pingat emas Sukan Olimpik selagi dia masih gagal mencari formula terbaik untuk menumbangkan Lin Dan.

CHONG WEI masih belum putus harapan untuk memburu gelaran dunia meskipun usianya semakin meningkat.


Bagaimanapun, Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia, Datuk James Selvaraj (gambar kecil) ada pandangannya yang tersendiri.
Bagi James, meskipun Chong Wei gagal membawa gelaran dunia, ia bukan bermakna segala-galanya sudah berakhir buat jaguh perseorangan negara ini.
“Kegagalan tersebut seharusnya dijadikan pengajaran berguna buat Chong Wei bagi memperkemaskan semula rentaknya menjelang Sukan Olimpik 2012.
“Nasihat saya kepada Chong Wei, dia perlu kuatkan semula semangatnya.
“Dia perlu tanamkan tekad dalam hati dia bahawa dia akan membalas dendam ke atas Lin Dan yang telah menewaskannya pada perlawanan akhir Kejohanan Dunia pada Sukan Olimpik nanti.
“Segala-galanya kini terpulang kepada Chong Wei. Jika dia mahu memenangi pingat emas Sukan Olimpik, dia perlu bekerja keras bermula dari sekarang, namun sekiranya dia tidak mahu, saya tidak boleh kata apa-apa.
“Saya bersama jurulatih (Rashid Sidek dan Tey Seu Bock) hanya boleh membuat perancangan untuk mempersiapkannya bagi menghadapi Sukan Olimpik. Selebihnya, ia bergantung kepada Chong Wei sendiri,” kata James kepada Kosmo! baru-baru ini.
Meskipun mengakui bahawa faktor usia mampu menjadi penghalang buat Chong Wei memenangi pingat emas

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...