Saturday, September 3, 2011

Budak mangsa asid ingin baju kurung hijau



NURUL DAHYATUL (tiga dari kiri) bersama ibu dan adik-beradiknya selepas menziarahi bapanya di Penjara Marang, Marang semalam.


HULU TERENGGANU – Kanak-kanak mangsa simbahan asid, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 9, merayu agar bapanya membelikannya sepasang baju kurung hijau corak batik dan upah RM50 kerana berpuasa penuh pada tahun ini.
Permintaan tersebut diluahkannya semasa melawat bapanya, Mat Haizan Mat Yasin, 34, yang menjalani hukuman penjara 10 tahun di Penjara Marang kerana menyimbah asid pada ahli keluarganya sendiri Ogos tahun lalu.
Menurut ibu kanak-kanak itu, Che Ku Huzaimah Che Ku Awang, 29, bekas suaminya itu hanya menahan sebak kerana tidak dapat menunaikan permintaan anaknya yang lebih mesra dipanggil Lin itu.
“Sebaliknya, dia menyuruh Lin supaya meminta apa yang diinginkannya kepada saya.
“Hati saya sedih apabila mendengar Lin cakap macam itu sedangkan dia tahu abahnya tidak boleh tunaikan permintaannya,” kata Che Ku Huzaimah ketika ditemui di rumahnya di kampung Sekayu dekat sini baru-baru ini.
Sementara itu, Lin yang merupakan anak kedua daripada empat beradik memberitahu, dia tetap rindukan bapanya walaupun lelaki tersebut bertanggungjawab mencederakan mukanya dengan asid.
ManaKedai.com - menyesal kemudian tiada guna! moga jadi iktibar kpd kita semua. sayangilah anak2 kecil kita dirumah! anak2 tidak berdosa tidak tahu apa2..tetap sayangkan ibu bapa! 

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...