Friday, September 30, 2011

Blomqvist janji aksi terbaik



BLOMQVIST (kiri) ditemani Abd. Karim pada sidang akhbar di Shah Alam semalam.


“SINGAPURA merupakan salah satu pasukan hebat di Asia Tenggara, namun saya akan mempamerkan aksi terbaik apabila beraksi dengan Selangor pada perlawanan Piala Sultan Selangor nanti.”
Itu janji bekas pemain Manchester United, Jesper Blomq- vist yang akan menyarung jersi Selangor pada perlawanan menentang pasukan pilihan Singapura di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
Blomqvist memberitahu, berdasarkan rekod pertemuan lalu, kejohanan yang diperkenalkan pada tahun 2001 itu menyaksikan kedua-dua pasukan sentiasa tampil dengan aksi cukup sengit.
Pemain yang berasal dari Sweden itu percaya kehadirannya nanti mampu dapat membantu pasukan Gergasi Merah itu untuk mencapai kemenangan pada kejohanan edisi ke-10 ini.
“Saya amat berbangga kerana ditawarkan beraksi untuk pasukan Selangor dan berjanji akan mempamerkan aksi terbaik ketika menentang pasukan Singapura nanti.
“Apa yang paling penting, saya perlu mengembalikan tahap kecergasan dan berusaha untuk membantu Selangor meraih kejayaan.
“Saya juga sedar Singapura bukanlah satu pasukan yang mudah untuk ditewaskan, namun saya percaya dengan kebolehan jurulatih (P. Maniam) dan rakan-rakan pasukan yang lain. Saya yakin kami mampu meraih kemenangan pada pertemuan 1 Oktober ini,” katanya sebaik tiba di Kuala Lumpur semalam.
Jelasnya, ini merupakan kali keempat dia menjejakkan kaki ke Malaysia dan faktor cuaca bukanlah suatu perkara yang asing baginya.
“Cuaca di Malaysia bukanlah satu masalah bagi saya me- mandangkan ini merupakan kali keempat saya sampai di sini dan saya pula sukakan (cuaca) panas.
“Jadi, faktor cuaca bukanlah satu alasan saya tidak dapat mempamerkan aksi yang terbaik dan saya berharap penyokong Selangor dapat menerima kehadiran saya di sana (Stadium Shah Alam) nanti,” kata yang kini menjadi pembantu jurulatih di kelab Sweden.
Ditanya mengenai posisi pemain, Blomqvist menyerahkan tugas itu kepada jurulatih, namun jika dibenarkan memilih, dia mahu beraksi sebagai pemain sayap kiri.
“Mengenai posisi, saya serahkan kepada jurulatih (Maniam) kerana beliau yang akan mencaturkan segala strategi ketika menentang Singapura nanti dan saya akan mengikuti segala arahan daripada jurulatih.”
Turut hadir menyambut ketibaannya semalam ialah Pengerusi penganjur PSS 2011, Datuk Abd. Karim Munisar.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...