Wednesday, September 21, 2011

blog pilihan - Ady Budika


Ady Budika


Turut hadir adalah Dato Siti dan Zizan

Teruja bergambar dengan Alyah


Kene marah dengan Nani winehouse sebab aku terlalu popular di rumah terbuka


Sape tah!!! tak kenal!! :P

Cer teke ni sape??

Dengan Abg Pejal Tahir

At last zizan yang nak bergambar dgn aku.. aku takmo pun...

Pagi tadi keluar beli barang rumah yang dah kekurangan.. Pusing-pusing la Tesco Mutiara Damansara... Banyak jugak berhabis... Selepas membayar kat cashier, mula melangkah keluar... Mata meliar memerhati kedia buku, tercari-cari sesuatu.. NAH!!!! Ade pun MASKULIN Jun 2011. Tak pernah pun nak beli majalah macam neh, tapi kenapa plak hari ni aku pelik? Ambik majalah, bayar dan terus masuk kete.

Dah sampai rumah aku terus belek-belek majalah ini, dimana isu khas yang dipaparkan adalah mengenai disebalik Pencarian Lelaki Maskulin 2010/2011... Apa kaitan Ady dalam majalah ini?? Jap-jap nak belek dulu...

MASKULIN Jun 2011


Belek-belek mencari sesuatu


Nak tahu kenapa aku beli majalah ini pada bulan ini? Sebenarnya aku membeli kerana ingin mengetahui disebalik Pencarian Lelaki Maskulin 2010/2011 dan mengapa Hyder Jamal dipilih menjadi juaranya... Bukan ade gambar aku pun dalam majalah neh. Ahahahaahhaha.

Untuk kali ini :

Juara : HYDER JAMAL
Tempat Kedua : Rain
Tempat Ketiga : Ben

Kat majalah ini kita boleh tahu mengapa Hyder terpilih.. So tunggu ape lagi? Sila dapatkan majalah ini dikedai-kedai berdekatan..

Namun apa yang dapat aku lihat kat sini , mungkin pencarian ini bukan hanya semata-mata melihat dari segi penampilan luaran namun melihat juga dari segi perhubungan sesama peserta, semangat yang ditampilkan, ketekunan, kerajinan, usaha yang berterusan dan lain-lain.

So kat sini nak letak sedikit detail Hyder 

Siapa sangka seorang yang simple dan selekeh sebelum menyertai PLM ini berjaya memengang gelaran Ikon Lelaki Maskulin 2010/2011 dan Hyder berjaya mengubah penampilannya.

Nama penuh : Mohd Haidar Jamal.
Umur : 27
Tinggi : 184cm
Berat : 83kg
Adik-beradik : Bongsu dari 3 beradik
Pekerjaan : Usahawan

Yang menarik pasal Hyder :
  • Nampak pendiam, tapi kalau korang tegur die kat facebook die ker, in real ker.. mesti die akan layan punya la..
  • Pemain bola sepak yang handal
  • Pandai masak macam Mat Gebu... Errr.... macam... macam Ady gak kot.. la la la
  • Teman serumahnya juga finalis PLM 2010/2011.
  • Jangan terkejut kalau tiba-tiba jejaka ini menjadi penyanyi atau menghiasi kaca tv anda selepas ini, kerana dia dalam usaha memantapkan diri dalam bidang seni..
  • Langsung tak terlintas akan memenangi pertandingan ini.
  • Pada Ady wajah die sesuai bawak watak penjahat gak.


"KEMENANGAN BUKAN SEMATA-MATA PADA NAMA, NAMUN IANYA SEPERTI SATU TANGGUNGJAWAB YANG TERPAKSA KITA GALAS " - HYDER JAMAL

Ada iras gak kan Hyder dengan Bront neh !!
Sumber google

Tahniah buat semua pemenang... Terutamanya Hyder.. jalan dah terbentang dihadapan... dan cuma ko yang akan mencoraknya.. 

Sesiapa yang berminat bolehlah mendapatkan Maskulin Jun 2011..

Sesiapa yang nak kenal Hyder dengan lebih rapat, leh add facebook dia kat --->FACEBOOK HYDER

Ok dibawah nih pulak entri yg aku suka baca...best... seronok baca pengalaman & pengembaraan hidop kawan2 kita yg lain.. henjoyyy derr!

Baca dulu pengalaman di hari pertama ---> DISINI

Hari kedua di Phuket. Malam tadi tak sahur pun.. Mana taknya.. Masih kenyang makan kat Phuket Fantasea. Awal pagi dah tunggu pemandu untuk lakukan aktiviti yang telah dirancang pada hari kedua... Aktiviti di atas laut... Seharian akan berada dia tas laut hari ini... Jadi semua dah bersedia... Hehehhe.. yang paling penting adalah sunblock...

Menikmati angin pagi di Patong Beach sebelum melakukan aktiviti utama hari ini.

Tunggu driver datang ambik untuk ke Phang Nga Bay

Tempat yang akan dituju adalah ke Phang Nga Bay.. Perjalanan adalah 1 jam dari resort yang Ady diami untuk  ke jeti.. Setibanya disana, kami diberikan sedikit penerangan sebelum berangkat ke pulau yang dimaksudkan...

Tiba dah di jeti untuk ke Phang Nga Bay

Excited nak lakukan aktiviti.. Org first tu 

Nak masuk boat yang telah disediakan

So kami pun berlumba-lumba masuk dalam boat yang disediakan... Dah macam cite survivor lak.. naik boat ke tengah lautan, kemudian akan dilepaskan dengan kayak jer.. Hehehehhehe...Diatas boat, kami disajikan dengan pelbagai juadah selamat datang.. aku senyum jer... Datang salah seorang trainer kat aku... Tanye aku nie siam muslim ker.. Siap speaking thai dengan aku.. Aku jawab dalam english jer.. hehehehehhe...

Suasana atas boat ( sian aku.. org lain makan-makan, aku lak terperuk sorang-sorang hujung boat)

Selepas diorang makan-makan.. Kami diberikan sedikit penerangan mengenai aktiviti yang bakal dilakukan.. Pasal keselamatan dan lain-lain..Kemudian kami dipecahkan kepada 3 orang satu kayak.. ! tour guide dah=n dua orang pelancong :) Tour guide aku adalah seorang yang pandai kecek kelate... Joe namanya.. So takde la susah berkomunikasi...

Sebelum masuk kayak.. 

Indahnya

Kayuh-kayuh

Santai Ben Ashaari

Enjoy ! kurasakan someting !

Kene baring neh kalo nak lalu bawah gua tu.

Bersama Joe, yang menjadi tour guide aku

Aktiviti kami banyak berkayak sambil menikmati keindahan pulau.. Menyusuri gua-gua dan melihat keindahan alam... Dan salah satu tempat yang menjadi kemestian untuk dilawati adalah pulau tempat dimana lakonan filem James bond dilakukan.. Kami siap leh pusing2 sekitar pulau tersebut dengan kayak.. Orang tempatan menggelar pulau tersebut sebagai Pulau James Bond

Nyaman yang amat

Pulau James Bond

Tarekkkkkk tarekkkk


SEmpat jejak kaki kat salah satu pulau kecil

Masuk dan jejak kaki dalam salah satu gua

Naik turun kayak... Bila waktu makan diorg akan balik kapal..Huhuhuhhu..tergugatnya.... Siap leh berenang2 duyung lagi.. aku lak kalo balik kapal pasti akan pegi lepak hujung kapal... 

Waktu berbuka puasa hampir tiba, aku nampak ada seseorang sedang siapkan makan malam.. Hehehehe..nampaknya aku ada juadah yang best untuk berbuka malam ini.. Dan makanan yang disediakan adalah makanan halal..

Sediakan juadah berbuka tapi takleh lawan mat gebu

Sempat tolong org sediakan juadah makan malam...


Juadah berbuka malam ini.. tapi juadah mat gebu lebih menjadi pilihan hati

Sambil menantikan waktu berbuka, kami diajar untuk buat satu jambangan bunga yang di panggil kratong... Kratong adalah sejenis jambangan bunga yang digubah dan akan dihanyutkan disungai.. Tapi kami pula akan hanyutkan kratong tu dalam laut.... Dengan menghanyutkan kratong, maka berakhirlah aktiviti kami pada hari kedua..

Sediakan Kratong

Masih sediakan kratong

Taraaaa... Kratong dah siap...

Bila hari dah mula gelap, kami berkayak menuju salah satu gua dan lepaskan kratong tu dalam laut.. 

Selepas semua selesai, kami pun balik resort.. nak rehat n nantikan hari esok.. Sebab esok akan buat extreme activiti.. Hehehehhehehe.. Nantikan part ketiga k :)

ManaKedai.com - ok petang nih sebelom aku sambung2 dgn kerja2 rutin aku layanlah sebuah blog pilihan kali ini.. blog seorang jejaka yang simpel dan rajin menulis..hehe.. yang pasti anda akan suka baca blog ini... percayalah!

p/s kalau kowang ada blog yg santai dan best... nak suroh aku baca email ke admin@manakedai.com atau letak ajer url link kowang kat Shoutbox aku tuh yer..nanti aku jengok! hehe

layan - http://www.adybudika.com/  

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...