Sunday, September 25, 2011

Bakar diri guna petrol



ANGGOTA polis mengangkat mayat Kim Tan yang hangus selepas membakar dirinya di Projek Perumahan Rakyat Desa Rejang, Kuala Lumpur kelmarin.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga emas yang tertekan dengan masalah kesihatan disyaki bertindak membakar dirinya sendiri menggunakan petrol dalam kejadian di Projek Perumahan Rakyat Desa Rejang di sini kelmarin.
Kejadian tersebut disedari penduduk pada pukul 8.40 selepas terdengar jeritan meminta tolong daripada Sow Kim Tan, 81. Mangsa membakar dirinya di tepi sebuah longkang dekat perumahan tersebut.
Jurucakap polis memberitahu, siasatan di tempat kejadian menemui sebiji botol bersaiz 1.5 liter dipercayai digunakan mangsa untuk mengisi petrol.
“Botol yang turut terbakar itu ditemui berdekatan mayat mangsa. Siasatan awal mendapati mayat mangsa terbakar hampir 80 peratus,” katanya yang mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.
Sementara itu, anak mangsa, Soo Ah Chuan, 51, memberitahu, bapanya bertindak demikian selepas tertekan dengan pelbagai penyakit yang dihidapinya seperti gout, sakit sendi dan kencing manis.
Katanya, bapanya pernah memberitahu yang dia tidak tahan menanggung penyakit itu.
“Sebelum kejadian, bapa ada memberitahu yang dia hendak membeli petrol dengan mengayuh basikal tetapi tidak sangka dia akan bertindak demikian,” ceritanya yang berada di rumah ketika kejadian itu

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...