Kalau nak tahu, ada 10 barangan paling berharga buat Erul atau nama sebenarnya Hairul Najmuddin Abu Samah, 20. Barangan tersebut memang selalu di bawanya atau menjadi simpanan peribadi sebagai kenang kenangan yang amat sukar diperolehi.
Selain itu, bekas peserta Akademi Fantasia itu juga mengakui yang dia merupakan seorang yang amat taksub dengan permainan video. Tabiatnya itu bermula sejak dia kecil dan hingga kini masih lagi gemar bermain game menggunakan alat mudah alih PSP.
“Selepas puas bermain dengan permainan video itu baru saya akan makan dan minum. Tabiat saya ini tidak berhenti sehingga saya meningkat remaja. Sekarang ini, saya masih lagi menggemari permainan ini tetapi tidaklah seteruk dahulu,” katanya.
Jom kita lihat apakah barangan berharga buat Erul itu!
1 - iPad
Ipad ini merupakan hadiah dan kenangan terakhir dari AF9.
Klik untuk barangan seterusnya...
2 - Cakera padat
Amat meminati muzik berunsurkan K-Pop, membuat Erul menyimpan CD 2PM dan lagu-lagu bekas pelajar AF9.
3 - Kemeja AF9
Baju ini mengingatkan kenangannya ketika di AF9.
4 - Jam tangan
Jam tangan merupakan aksesori penting yang wajib bagi Erul.
5 - BlackBerry Torch
Erul membeli BlackBerry Torch menggunakan wang pendapatan pertamanya selepas bergelar artis.
6 - PSP
PSP ini ibarat nyawa Erul kerana dah memamng hobinya bermain game.
7 - Novel
Erul gemar berfantasi dengan watak-watak rekaan dalam novel terutama buku karya penulis dari Jepun
8 - Headphone
Erul amat menggemari muzik dan tidak sah sekiranya tidak mendengar muzik setiap hari.
9 - Cermin mata
Akibat meminati bintang muzik Korea, Erul mempunyai hampir 30 pasang cermin mata untuk koleksi.
10 - Kamus
Erul sering menggunakan kamus ini apabila membaca novel berbahasa Inggeris bagi menguatkan tahap penguasaan bahasa Inggerisnya.
*Sumber: Mingguan mStar
RM55 semalam sahaja!
No comments:
Post a Comment