Sunday, August 28, 2011

Ingin panjat Menara Berkembar


 



KHAGENDRA melambai tangan ke arah wartawan sambil didukung ayahnya di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - "Saya mahu 'tawan' menara tertinggi di sini (Menara Berkembar Petronas)."
Demikian kata bekas manusia terpendek di dunia, Khagendra Thapa Magar dari Nepal yang akan berada di beberapa lokasi di negara ini bagi mempromosikan Tahun Melawat Nepal 2011 sehingga 1 September depan.
Khagendra, 19, yang tiba di ibu negara pagi semalam berkata, peluang melawat Menara Berkembar Petronas yang sering diceritakan rakan-rakannya sebelum ini pastinya tidak dilepaskan kali ini, tambahan pula hasratnya sebelum ini tidak kesampaian apabila terpaksa membatalkan lawatannya ke negara ini pada tahun lepas.
"Saya memang sukakan tempat dan bangunan yang tinggi meskipun saya pendek.
"Malah, jika ikutkan hati, Gunung Everest di negara saya juga saya mahu tawan namun kesihatan saya kurang mengizinkan," katanya pada sidang akhbar sempena Tahun Melawat Nepal 2011 di sini semalam.
Turut hadir ialah Duta Besar Nepal ke Malaysia, Dr. Rishi Raj Adhakari dan bapanya, Rup Bahadur.
Dilahirkan pada 14 Oktober 1992, Khagendra yang hanya setinggi 0.67 meter merupakan manusia terpendek di dunia yang diiktiraf Guinness Bookof Records sejak 14 Oktober 2010 sebelum rekod itu diambil alih oleh Jun Rey Balawing, 18, seorang lelaki warga Filipina yang hanya setinggi 0.59 meter pada 12 Jun lalu.
Khagendra bersama artis-artis tempatan Nepal dijadualkan berada di empat lokasi berasingan di seluruh negara bagi mempromosikan Tahun Melawat Nepal 2011.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...