Friday, October 8, 2010
Restoran Laksa Specialist
Restoran Laksa Specialist ini di miliki oleh seorang anak muda En Bukhari 26, merupakan seorang yang berpengalama dalam bidang F&B (food & beverages) selama 5 tahun. Walaupun sebenarnya beliau berlatarbelakangkan Manufacturing Engineering dalam bidang akademik, tetapi atas minat beliau dalam bidang katering dan restoran, En Bukhari telah membuka sebuah restoran di Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka berdekatan dengan MITC yang merupakan sebuah hub prasarana bandaraya ICT (intelektual satelit) yang menempatkan pejabat-pejabat kerajaan dan badan berkanun negeri Melaka.
Dengan kedudukan restoran berhampiran dengan kawasan perkilangan, taman-taman perumahan, hotel seperti Hotel Ancasa, gedung beli belah terkemuka seperti Mydin, amat sesuai dikunjugi oleh pengunjung tempatan dan luar.
Sajian paling popular yang diminati oleh pelanggan-pelanggan adalah Laksa Asam, Laksa Johor dan Laksa Nyonya Melaka. Bertepatan dengan nama Restoran Laksa Spercialist, sajian-sajian pelbagai rasa laksa ini menjadi buah mulut pelanggan, yang datang pasti akan datang lagi. Sekiranya anda berminat untuk merasakan sendiri keistimewaan masakan, kunjungilah restoran ini
Menu Utama (Pagi-Petang)
Laksa Asam, Laksa Johor, Laksa Nyonya Melaka,
Nasi Lemak Singapore, Nasi Ayam Lemak Cili Padi, Nasi Lemak Berlauk, Nasi Ayam Asam Pedas, Nasi Ikan Asam Pedas, Nasi Ayam Masak Merah, Nasi Ayam Kari.
Menu Utama (Petang)
Pelbagai Kuih Muih, Roti Jala Special dan lain-lain.
Menu Utama (Malam)
Pelbagai masakan goreng panas seperti Mee Goreng, Mee Bandung, Mee Hailam, Nasi Paprik, Nasi Daging Merah, masakan Tomyam dan lain-lain.
Minuman :-
Pelbagai Minuman Panas & Sejuk
Minuman Istimewa - Sirap Bandung Cincau, Sirap Soya Cincau.
Lain-lain perkhidmatan
Katering untuk makan ringan bagi majlis-majlis rasmi, mesyuarat jabatan kerajaan dan juga swasta, jamuan hari keluarga, jamuan perjumpaan, majlis harijadi, majlis berbuka puasa dan lain-lain.
Lokasi : No 16, Jalan TU 42, Taman Tasek Utama, 75450, Ayer Keroh, Melaka.
Di Miliki Oleh : Bukhairiah Resources (MA0127368-W)
Waktu Perniagaan: Isnin-Sabtu (Ahad Cuti)
8.30 pagi - 12.00 malam
Hubungi : En Ahmad Bukhari (012-3857945)
Email : bububukhairi@yahoo.com
Blog : http://bukhairiah.blogspot.com
more photos...
PAPAN IKLAN!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia
Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...
No comments:
Post a Comment