MELAKA – Seorang pegawai kerajaan bergelar Datuk ditahan reman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan projek-projek pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.
Penolong Pendaftar Mah-
kamah Majistret Melaka, Syarina Shaarani @ Tan mengeluarkan perintah itu bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan lanjut ke atas pegawai berusia 55 tahun tersebut yang bertugas dengan salah sebuah PBT di Melaka.
Terdahulu, suspek yang memakai kot berwarna hitam dengan kedua-dua tangan bergari tiba di pekarangan kompleks mahkamah di sini pada pukul 10 pagi dan beredar kira-kira setengah jam kemudian.
Penjawat awam itu ditahan SPRM kira-kira pukul 2 petang kelmarin di sekitar bandar Melaka kerana disyaki meminta wang suapan bagi meluluskan projek-projek di bawah seliaan PBT berkenaan.
Akaun bank milik pegawai berkenaan yang mengandungi wang jutaan ringgit turut dibekukan.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz4RVr7a1vV
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment