Thursday, December 1, 2016

Padah hobi pelik bela harimau


Harimau belang betina berusia enam bulan antara hidupan liar yang berjaya dirampas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara di rumah banglo tertuduh pada Oktober lalu.

KAJANG – Hobi pelik seorang jurutera lulusan Universiti Arizona, Amerika Syarikat (AS) yang membela seekor harimau be­lang betina di kediamannya di Hulu Langat akhirnya memakan diri apabila dia didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Tertuduh Mohd. Taha Abd. Wahab, 50, didakwa di bawah Seksyen 70(2) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang memper­untukkan hukuman denda tidak lebih RM500,000 dan penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.
Difahamkan tertuduh tidak sempat memberi nama manja untuk harimau belang berusia enam bulan itu kerana baru sahaja membelanya tiga minggu lalu.
Harimau itu dibeli pada harga RM18,000 daripada seorang individu tempatan.
Selain tuduhan tersebut, Mohd. Taha yang merupakan lulusan Ijazah Sarjana Kejuruteraan dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Muda bidang sama di Universiti Arizona turut berdepan lapan lagi tuduhan kerana membela sembilan ekor haiwan liar lain di rumah banglo­nya.
Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Noridah Adam.


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz4RZg8XWwA 
Hakcipta terpelihara 


No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...