Mempunyai golongan peminat yang aktif didalam Fan Club pasti memberi sedikit impak yang amat baik kepada selebriti berkenaan.
Inilah yang mungkin dirasai oleh Siti Saleha apabila buat kali yang ke 4 Team Siti Saleha (TSS) yang merupakan Fan Club rasmi pelakon tersebut telah menganjurkan satu lagi acara iaitu ‘BBQ Raya Bersama Saleha’ pada 15 September yang lalu.
Jauh dari kotaraya Kuala Lumpur, acara kali ini diadakan pula di Utara tanah air iaitu Ipoh, Perak. Menurut ahli TSS yang dikenali sebagai Kak Dee & Kak Sue acara sebegini merupakan yang pertama kali dianjurkan di luar Kuala Lumpur.
Ujarnya lagi “Kali ini kami di TSS membawa Siti Saleha ke luar KL pula untuk bersama-sama peminat beliau yang tinggal di bahagian Utara tanah air. Ini bagi memberi peluang juga buat para peminatnya yang sebelum ini agak sukar untuk menyertai aktiviti bersama Siti Saleha yang telah kami anjurkan sekitar Kuala Lumpur tidak lama dulu.”
“Apa yang istimewanya acara kelolaan TSS kali ini ialah apabila kami membuat majlis ini di rumah salah seorang peminat Siti Saleha yang bertuah bersama lebih 60 peminat lain yang ada datangnya dari Kelantan, Johor, Kedah dan KL.”
Kami juga dimaklumkan pelbagai aktiviti telah dijalankan yang melibatkan permainan tradisional seperti Baling Kelapa, Tuju Tin & Kukur Kelapa. Terdapat juga cabutan bertuah & Door Gift dimana ianya telah mendapat tajaan dari pihak Palmolive yang juga merupakan produk dimana Siti Saleha menjadi Dutanya pada tahun ini.
@buahmulut.com
No comments:
Post a Comment