Setiap kali Abby Abadi berceramah diatas pentas pasti ada sesuatu yang menarik perhatian kami untuk jadikan sebagai satu cerita yang mempunyai nilai komersial yang tinggi buat pembaca BM
Kami juga ada mendengar beberapa ceramah [bukan ceramah agama] dari artis-artis tempatan yang menyertai parti politik. Tapi apa yang disampaikan mereka kurang menarik perhatian ataupun dengan kata lain tidak mempunyai nilai komersial untuk dipaparkan disini.
Disogokkan dengan satu paparan Video rakaman ceramah yang disampaikan oleh ‘Pelakon’ Abby Abadi di Taman Melewar pada 23/9/2012 oleh rakan kami maka ini yang dapat kami sampaikan kepada anda.
Ujar Abby “Jangan letakkan saya sebagai seorang bekas pelakon ya, kerana saya masih sayangkan dunia hiburan. Saya tak nak buat kerja apa yang saya buat sekarang ini sebab ini bukan kemampuan saya. Saya tak nak jadi penceramah dan saya tak nak jadi ahli politik sebenarnya. Saya masih mahu berlakon dan insyallah dengan lakonan pun kita boleh berdakwah untuk agama Allah Swt. jadi saya mengharapkan sesuatu yang baik untuk negara, untuk industri hiburan, untuk kawan-kawan saya dan untuk semua umat islam”
Dalam ceramahnya juga abby ada menyebut yang dirinya masih sayangkan Ac Mizal sebagai seorang kawan memandangkan hubungan sebagai rakan sudah terjalin lama. Tapi Abby sedar bahawa Ac Mizal tidak sayangkanya memandangkan pelbagai kecaman yang dibuat Ac kepada Abby dalam beberapa isu.
Katanya “Bila saya dekat dengan Agama macam ni dia kata saya saja-saja nak tunjuk beriman katanya, tak payahla, agama simpan je dalam hati dia kata, Lepas tu kawan saya jawap, kalau macam tu ko sembahyang je dalam jamban” Ungkapan tersebut disambut dengan gelak ketawa dari penonton yang hadir”
@buahmulut.com
No comments:
Post a Comment