Sunday, January 26, 2020

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia



Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama
Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 26 Jan ― Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan mengenai pengesanan satu lagi kes yang disahkan dijangkiti 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) malam tadi, menjadikan jumlah individu disahkan positif 2019-nCoV, kepada empat setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata, kes yang disahkan petang tadi itu, tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tiga kes positif yang telah dilaporkan, semalam.
“Kes terbaru ini merupakan seorang lelaki berumur 40 tahun yang berasal dari Wuhan, China. Kes (pesakit) itu tiba di Johor Baru pada Rabu (22 Januari) dengan menaiki bas dari Singapura. Kes datang bersama sekumpulan pelancong warga China seramai 17 orang kesemuanya; yang turut terdiri daripada isteri dan seorang anaknya.
“Kes (lelaki) mula mengalami gejala demam pada  Khamis (23 Jan) dan keesokan harinya beliau telah pergi mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital swasta berhampiran. Beliau seterusnya telah dirujuk oleh pihak hospital swasta tersebut untuk menerima rawatan lanjut di bawah jagaan Pasukan Perubatan Penyakit Berjangkit Hospital Sultanah Aminah, Johor Baru,” katanya.
Dr Noor Hisham berkata ujian pengesanan dan pengesahan bagi kes ini, telah dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan pada petang tadi (25 Jan) pihak Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima pelaporan bahawa sampel pesakit terbabit didapati positif 2019-nCoV.
Jelasnya ketika ini kes (lelaki) masih demam dan batuk, namun beliau berada dalam keadaan stabil.
Katanya, pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor telah bertindak segera mengesan kesemua 17 kontak daripada kumpulan pelancong yang sama yang disertai oleh kes, dan melakukan saringan kesihatan bagi memeriksa status kesihatan mereka.
“Hasil saringan mendapati mereka tidak demam dan tidak mempunyai sebarang gejala jangkitan. Sampel klinikal seterusnya telah diambil dalam kalangan kontak tersebut, untuk menjalani ujian pengesanan dan pengesahan 2019-nCoV di MKAK Sungai Buloh.
“Kesemua kontak tersebut seterusnya telah diletakkan di bawah Perintah Pemantauan dan Pengasingan di tempat yang disediakan, sementara menunggu keputusan ujian yang dijalankan ke atas mereka,” kata Dr Noor Hisham. ― Bernama

Pakai Seluar Ketat Tayang Punggung, Netizen Minta Sajat Bertaubat

Sering terpalit dengan kontroversi, nama Nur Sajat memang tidak asing lagi. Merasakan dirinya seorang “wanita” cantik,Memang tidak dapat dinafikan Sajat berani tampil seksi dan menggoda.
tayang punggung
Baru-baru ini, rakan baik Sajat iaitu Datuk Seri Aliff Syukri bengang dengan kelakuan Sajat yang dilihat sengaja memakai seluar ketat hingga memperlihatkan bentuk punggung.
Kecantikan asli sejak lahir

sajat seluar ketat tayang punggung
Menerusi sebuah video yang dikongsikan di Instagram, kedengar suara Aliff yang memarahi Sajat yang seksi melampau.
Eh kau jangan jalan nak gedik-gedik ya, kereta langgar kau nanti. Cuba jalan betul-betul boleh tak? Asyik nak mengacau mata orang saja. Tengok orang bangla (Bangladesh) tu dah ghairah dah.
Netizen minta Sajat bertaubat
sajat seksi
sajat seluar ketat
sajat seluar ketat
sajat seksi tayang punggung
Seperti biasa, apa sahaja Sajat kongsikan di media sosial sentiasa menjadi topik panas. Rat-rata netizen mengecam aksinya itu, terlalu bangga dengan keseksian tubuhnya dan lebih baik tidak pakai seluar langsung. Ada juga segelintir netizen memintanya untuk bertaubat sebelum terlambat.
Sajat kata kecantikannya adalah asli sejak lahir lagi dan ramai yang pasti terpegun dengannya. Kalau dah cantik mestilah kena ‘show off’ sikit. Apa-apa pun, doakan satu hari nanti dia akan berubah.

PU Abu Didakwa Curang Lagi, Isteri Dedah Foto Skandal?

Mengejutkan! Nama Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila dilanda kontroversi baharu melibatkan perkahwinannya bersama Hana Azraa.
pu abu hana azraa
Menerusi akaun Instagram semalam, Hana mendedahkan PU Abu buat hal lagi dan turut mendedahkan foto seorang wanita yang didakwa sebagai skandal terbaru suaminya.
“My husband lover” – Hana Azraa
hana azraa pu abu
Menurut perkongisan tersebut, Hana mendakwa wanita itu merupakan kekasih hati suaminya yang baru.
“Rasalah, dulu kau ambik hak orang”
pu abu hana azraapu abu hana azraa
Tidak dinafikan, pendedahan Hana itu cukup hangat dan sekaligus mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang berkata, ini mungkin kifarah buat wanita itu yang sebelum ini dikaitkan sebagai orang ketiga, punca pendakwah itu bercerai dengan bekas isterinya, Ain Afini ketika sedang sarat hamil.
pu abu skandal
Untuk makluman, Hana kini sedang sarat hamil dan pasangan ini sedang menunggu detik kelahiran cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi.
Sejauh mana kebenaran disebalik pendedahan di atas tidaklah kami ketahui. Takkanlah seorang isteri mahu mengaibkan suami sebegitu rupa dan siap memalukan wanita lain juga. Mungkin ada benarnya akaun Instagram Hana digodam? Sama-sama kita nantikan penjelasan daripada tuan empunya badan.

Friday, August 16, 2019

Saya Yang Tak Jadi Kahwin, Orang Lain Pula Yang Menggelabah – Remy Ishak

Sebelum ini ramai juga yang teruja dan mengucapkan tahniah apabila Remy Ishak memberitahu dia akan menamatkan zaman bujangnya pada Februari 2020. Bagaimanapun, Remy menjelaskan ia sekadar gurauan sahaja.
remy ishak
Sudah berusia 37 tahun, Remy akui hatinya terdetik untuk berkahwin tetapi buat masa ini dia perlu memberikan sepenuh perhatian terhadap karier lakonannya terlebih dahulu.
Remy meminta peminat mendoakan yang baik-baik sahaja buat dirinya dan sekiranya sudah bertemu jodoh pasti dia akan mengumumkan berita gembira dengan umum.
remy ishak kahwin
Saya bergurau sahaja dengan pihak media apabila mengumumkan tarikh majlis kahwin. Tak sangka pula ia jadi sensasi. Saya yang tak jadi kahwin, orang lain pula yang menggelabah.
Saya masih solo dan belum bertemu pengganti. Kalau ada jodoh, saya akan beritahu. Saya juga mohon semua peminat mendoakan yang baik-baik sahaja.
remy ishak
Bohonglah kalau saya cakap tak pernah fikir soal kahwin tetapi buat masa ini perlu beri sepenuh perhatian terhadap karier lakonan.
Terdahulu, Remy pernah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan, Ezza Yusof pada Mei 2017 namun hubungan mereka berakhir pada Februari lalu.

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...