Hati Fida ditawan cinta pelawak
PANTAS tersebar cerita bunga-bunga cinta antara dua pucuk muda. Fida yang manis bertudung sedang bermain rasa dengan pelawak pelapis terkenal anggota Sepah, Mamat.
Tidak main sorok-sorok sebaliknya mereka mesra dan yakin tampil depan khalayak. Perkataan sedang mengenali antara satu sama lain memang meluncur laju daripada mulut pasangan ini.
Seakan satu template khas buat selebriti berpasangan untuk mengucapkan perkataan-perkataan tersebut. Klise namun itulah realiti yang sedang bergulir dalam rasa dan perjalanan hari-hari Rafidah Ibrahim, 25, dan Mohd. Noor Murad (Mamat), 26.
Namun sedang enak melihat kelibat dan gaya pasangan ‘bercinta’ ini, ada khabar yang menyatakan bahawa Fida turut bercinta dengan pengurus yang sudah lama menjaga jadual dan kehidupannya sebagai artis baru.
Terbuka untuk berbicara hal ini, Fida berkongsi untuk menjelaskan keadaan.
Beraya di mana tahun ini?
FIDA (F): Sama seperti tahun-tahun lalu, saya beraya di Kampung Baru, Kuala Lumpur sahaja. Tapi kalau tiba-tiba emak saya mahu ke Taiping, kami akan ke sana menziarahi keluarga.
Mungkin tahun ini raya berlainan sedikit kerana sudah dikenali melalui Kasih Alia. Impak besar buat Fida?
F: Drama bersiri Kasih Alia memang memberi impak dalam kerjaya lakonan saya. Ia sebuah drama yang dalam dan penuh dengan elemen rasa, ada cinta dan dendam.
Kasih Alia banyak mengajar dan menguji saya tentang penghayatan watak sebagai Kasih dan Alia. Saya rasa drama ini yang paling membuka mata khalayak terhadap watak saya.
Proses kenal-mengenal kalian di tahap mana sekarang?
F: Memang dalam proses tersebut. Kami jarang berjumpa sebab masing-masing sibuk dengan kerjaya. Cuma berhubung melalui telefon justeru proses perkenalan kami agak lambat berjalan kerana jarang bertemu. Ambil masa saya rasa.
Lemas bila hanya cerita itu yang ditonjolkan?
F: Nak kata lemas itu tidak tetapi saya dapat rasa bahawa cerita ‘cinta’ itu lebih banyak diceritakan dan berulang-ulang malah melebihi cerita kerjaya kami sekarang. Tetapi saya tidak nafikan juga cerita ini membuatkan orang lebih mengenali saya dan Mamat.
Maksudnya?
F: Dulu orang hanya kenal saya, Fida sebagai seorang pelakon dan Mamat sebagai ahli Sepah dan pelawak. Tetapi selepas keluar cerita ‘cinta’ kami, orang nampak karakter lain kami selain pelakon dan pelawak. Maksudnya khalayak lebih dekat dengan kami.
Tapi khabarnya Fida sebenarnya bercinta dengan pengurus sendiri, Shahzemir?
F: Nama pun pengurus, jadi dia sebenarnya menguruskan saya sahaja. Saya kenal dia sudah lama dan selesa berkawan. Kami ada batas profesional. Memang kami rapat sehingga orang anggap bercinta. Terus terang, saya selesa dengannya sejak zaman kami belajar lagi.
Bukan bercinta masa belajar dan kemudian diambil menjadi pengurus?
F: Saya dulu menyanyi, dia pula ada grup. Waktu itu mereka cari penyanyi untuk grup mereka dan akhirnya saya menjadi vokalis mereka. Sejak itukami rapat.
Dia yang banyak ajar saya tentang menyanyi dan sekarang dia menguruskan jadual saya sebagai pelakon. Malah lagu-lagu nyanyian saya dalam drama adalah hasil nukilan Shah.
“Ada chemistry di situ. Saya memang jenis senang rapat dengan orang. Mungkin itu sebab orang anggap kami bercinta walhal tidak,” katanya.
No comments:
Post a Comment