Tuesday, March 29, 2016

Berkahwin Dengan Mayat, Rakyat China Kembali Amalkan Adat Kuno



BEIJING: Di kawasan pedalaman China sekarang, orang bujang yang sudah meninggal dunia pun boleh mendapat jodoh dengan munculnya kembali satu adat yang aneh.
Masyarakat Cina pada satu ketika dulu mengamalkan adat yang dikenali sebagai "Perkahwinan dengan mayat" yang mana melibatkan lelaki bujang yang meninggal dunia dikahwinkan dengan mayat seorang perempuan.
Adat ini kemudiannya diharamkan selepas pembentukan Republik Rakyat China pada tahun 1949.
Bagaimanapun, apabila berlaku kecurian mayat yang berterusan di wilayah desa Shanxi, ianya sebagai tanda adat usang 'perkahwinan dengan mayat' kembali diamalkan.
Pada 23 Feb, Agensi Berita Xinhua melaporkan bahawa daerah Hongtong di selatan menyaksikan sekurang-kurangnya 36 kecurian mayat perempuan dalam tempoh tiga tahun lepas.
Menurut Xinhua, dalam upacara perkahwinan dengan mayat ini, rangka perempuan akan diikat dengan wayar keluli dan diberi pakaian sebelum ditanam bersama lelaki bujang yang sudah mati sebagai "pengantin perempuannya".
Ramai penduduk kampung percaya sekiranya anggota keluarga lelaki meninggal dunia sebelum berkahwin, mereka perlu mencarikannya pasangan untuk menjadi teman hidup mereka di dunia lain.
Terdapat banyak lagi sebab untuk perkara ini. Tambahan, mereka percaya kegagalan untuk mencari pasangan untuk ditanam bersama saudara lelaki bujang yang mati akan membawa nasib malang kepada kehidupan mereka.
PERMINTAAN MENINGKATKAN HARGA MAYAT SEHINGGA 100,000 YUAN
Secara jujurnya saya terkejut apabila mendengar adat seperti ini masih diamalkan di China, negara yang mempunyai 1.4 bilion penduduk dan sebuah negara yang sedang pesat membangun.
Upacara perkahwinan dengan mayat diamalkan sepanjang era feudal China dan terutamanya popular pada kurun ke-10 sewaktu Dinasti Song.
Selepas adat ini diharamkan, masyarakat desa China masih meneruskan adat ini dengan menggunakan gambar atau patung yang dibuat daripada kertas atau doh..
Menurut Xinhua, apabila penduduk China semakin mewah, amalan menggunakan mayat yang sebenar muncul kembali di sesetengah kawasan desa wilayah Shanxi, wilayah utara Henan dan wilayah Shaanxi.
Xinhua juga memetik timbalan pengarah Persatuan Sastera Rakyat dan Kesenian, Chang Sixin sebagai menyatakan, terdapat juga ejen serta syarikat mencari jodoh untuk mencarikan pasangan "mayat perempuan" bagi lelaki bujang yang meninggal dunia.
UNDANG-UNDANG GAGAL MENYEKAT PENCURI MAYAT
Menurut undang-undang jenayah China, mereka yang mencuri atau merosakkan mayat boleh dipenjara tiga tahun.
Hukan yang ringan ini menyebabkan pencuri mayat masih meneruskan perniagaan yang menyeramkan ini.
Mereka yang terdesak untuk mencari mayat boleh membelanjakan sehingga 100,000 yuan (kira-kira RM64,300) untuk mendapatkan mayat perempuan yang baru meninggal dunia sedangkan mayat sudah berdekad dikuburkan boleh dibeli dengan harga sekitar 5,000 yuan (RM3,200).
Mencuri mayat bukan sesuatu yang baru di China dan perkara ini telah berlaku bertahun-tahun lamanya dan kebiasaannya bermusim, bergantung kepada permintaan.
Xinhua melaporkan perbuatan pencuri mayat itu telah menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk kampung berhampiran.
Di kampung Shengou, ada keluarga yang mula memindahkan kubur saudara-mara mereka yang terletak di kawasan pergunungan ke tempat yang hampir dengan rumah mereka.
Malahan ada yang mengupah orang untuk menjaga kubur keluarga mereka, memperkukuhkan kubur dengan memasang keluli serta meletakkan kamera di atas kubur.
JADI BAHAN NOVEL DAN FILEM
Adat China yang pelik ini juga memberi ilham untuk penghasilan cerita fiksyen termasuk novel Yangsze Choo, 'The Ghost Bride', berlatar belakangkan zaman penjajahan di Malaya pada abad ke-19.
Kisah ini adalah mengenai seorang wanita muda yang menerima lamaran daripada sebuah keluarga berada di Melaka untuk mengahwini anak lelaki mereka yang sudah meninggal dunia.
Satu lagi kisah yang mendapat inspirasi daripada perkahwinan dengan mayat ini ialah cerita animasi 'Corpse Bride', kisah seorang pemuda yang secara tidak sengaja berkahwin dengan mayat apabila berlaku kesilapan semasa latihan majlis perkahwinan. 
@mstar.com.my

Gadis 15 Tahun 'Terlalu Cantik Untuk Dilihat' Jadi Kegilaan



SEORANG gadis berusia 15 tahun menjadi kegilaan netizen di China selepas dia menjalani pembedahan kosmetik untuk mengubah seluruh wajahnya.
Gadis tersebut yang berasal dari wilayah Henan, dikategorikan sebagai 'terlampau cantik untuk dilihat' oleh pemilik media sosial yang menyimpan gambarnya.
Lebih mengejutkan apabila gadis yang bernama Lee Hee Danae mempunyai pengikut seramai 400,000 di akaun Weibo (laman sosial terkenal China) malah turut memberitahu tarikh hari lahirnya iaitu pada Mei 1999.
Menurut satu agensi berita tempatan China, Shangaiist, gadis bawah umur tersebut mendapat lebih 24,000 'likes' di dalam satu portal internet China, Tencent.
Tambah akhbar itu lagi, gadis tersebut bertindak melakukan pembedahan kosmetik untuk memenangi semula hati bekas kekasihnya, lapor laman web China, Cbg.cn.
Bagaimanapun, ada pihak yang berpendapat bahawa gambar tersebut adalah penipuan semata-mata atau disunting secara digital.
Dalam pada itu, pembedahan plastik seperti pembedahan kelopak mata dah Rhinoplasty (pembedahan hidung) semakin popular di kalangan penduduk China.
Malah, ramai wanita yang menjalani pembedahan garisan-V untuk memberi garisan yang cantik pada rahang sehingga menjadi bentuk 'love' (hati).
Pembedahan paling popular yang diminati wanita China adalah melebarkan mata dan mengecilkan muka dengan dagu yang lebih runcing.
@mstar.com.my

Monday, March 28, 2016

Tiz Zaqyah Tidak Kisah Kahwin Lewat

Tiz Zaqyah, lama juga kan kita tidak melihat lakonan beliau di televisyen? Ramai yang merindui lakonan mantap beliau.
Ada juga yang bertanya, bila agaknya Tiz bakal mendirikan rumah tangga. Iyalah, dua tahun lagi aktres itu bakal menjangkau usia 30 tahun.
Enggan komen mengenai soal cinta, Tiz menyerahkan soal jodoh dan perkahwinan kepada takdir. Malah, beliau merasa tiada masalah untuk berkahwin pada usia yang lewat.
Kalau soal cinta, saya tiada apa nak komen. Tetapi saya tak pula fikir usia saya ini sudah agak lewat untuk mendirkan rumah tangga. Saya tiada tekanan dalam soal kahwin ini kerana kita tidak perlu kaitkan dengan soal bersedia atau tidak.
Saya tak terasa kalau orang bertanya, cuma jangan kata saya ini nak kahwin lambat kerana tidak bersedia. Lumrahnya seorang perempuan, kalau dia berkahwin, punya anak, secara automatik dia boleh menjadi ibu dan menjaga anak-anaknya.
Relaks lah, kalau fikir kata orang yang menghina seorang wanita kahwin lambat memang boleh stress dibuatnya. Percayalah aturan Allah SWT itu lebih baik,kalau lambat mesti ada hikmah disebaliknya.
@beautifulnara.com

(30 FOTO) Majlis Resepsi Jihan Muse Dan Ungku Hariz Dengan Tema Tradisional

Semalam pasangan Jihan Muse dan Ungku Hariz telah diraikan dalam satu majlis resepsi dengan tema tradisional bertempat di Menara NAZA TTDI, Shah Alam.
Mengenakan busana warna kuning rekaan pereka fesyen terkenal Man Kajang, Jihan dan Ungku Hariz tampak cantik dan segak.
Beberapa rakan artis turut memeriahkan lagi majlis mereka. Antara yang hadir semalam ialah Zara Zya, Sharifah Sakinah, Elfira Loy, Nad Zainal dan Fara Fauzana, Erra Fazira dan ramai lagi.
Berikut kami kongsikan beberapa lagi foto sekitar majlis resepsi perkahwinan Jihan Muse dan Ungku Hariz dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
@beautifulnara.com

Datuk Siti Nurhaliza Nafi Khabar Angin Bakal Bersara Daripada Bidang Nyanyian

Bakal mengadakan Konsert Datuk Siti Nurhaliza & Friends pada 2 April ini bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur, ada khabar angin yang mengatakan ia adalah konsert terakhir Siti Nurhaliza sebelum beliau meninggalkan bidang nyanyian.
Ramai peminat yang meluahkan rasa kecewa dan pasti akan merindui alunan suara Siti Nurhaliza. Namun, berita itu adalah tidak benar.
Menurut Siti Nurhaliza, semua itu satu khabar angin sahaja dan beliau masih akan tetap terus menghiburkan peminatnya.
Berhenti? Saya tak boleh buat begitu kerana bagi saya, Allah SWT sudah mengurniakan bakat, pinjaman suara dan keupayaan yang ada dalam diri untuk saya terus menghiburkan peminat. Ia adalah tanggungjawab saya untuk terus menghiburkan semua yang sentiasa menyokong saya dari dulu sampai sekarang.
Seandainya saya berhenti atau terniat begitu, saya serahkan kepada Allah SWT untuk menentukan jalan hidup saya.
Sebelum ini Datuk Siti Nurhaliza ada meluahkan hasratnya untuk berehat selepas keguguran, tetapi rezeki masih lagi berpihak kepadanya. Kami yakin, satu hari nanti jika benar beliau ingin berhenti pasti beliau sendiri akan mengumumkan perkara tersebut.  Buat masa ini, selagi beliau aktif teruskan menyokong beliau dan mendoakan yang terbaik buat kerjaya serta kehidupannya.
@beautifulnara.com

Tempah Pakaian Dengan Ukuran Kecil : Rahsia Rozita Che Wan Kekal Cantik Dan Langsing

Tidak dinafikan ramai yang cemburu melihat penampilan Rozita Che Wan yang selalu kekal awet muda dan cantik meskipun sudah memasuki usia pertengahan 40 an. Ramai sekali wanita yang mengidamkan untuk mendapatkan susuk tubuh persis anak dara seperti Che Ta.
Menerusi portal Harian Metro, Che Ta mendedahkan salah satu rahsia beliau untuk mengekalkan kecantikannya adalah dengan menempah baju dengan ukuran yang kecil. Eh, betul ke?
Kata Che Ta, selepas memberikan ukuran kepada pereka fesyen beliau akan menjadikan ia sebagai motivasi diri untuk mendapatkan berat badan idaman.
Saya biasanya akan pastikan ukuran pakaian yang ditempah itu muat dengan tubuh. Ini kerana saya suka menggayakan busana yang selesa dipakai.
Lagipun, hingga kini saya masih boleh menggayakan pakaian yang ditempah 10 tahun lalu. Ia satu perkara yang dibanggakan. Saya sendiri terkejut kerana masih boleh mengenakan pakaian yang sudah bertahun-tahun lamanya.
Che Ta cukup menjaga jumlah makanan yang beliau ambil. Pada masa yang sama, beliau mengakui ada melakukan kaedah bertungku selepas melahirkan Aaisyah Dhia Rana bagi mengempiskan perut untuk mendapatkan bentuk badan asal.
Hasil bertungku itu memang berbaloi apabila beliau kini sudah langsing dengan berat badannya hanya 50 kilogram.
Pergh, patutlah Che Ta selalu kekal cantik rupa-rupanya beliau ada kaedah tersendiri untuk menjaga badannya. Untunglah Zain Saidin..
@beautifulnara.com

Kisah Cinta Awie Dan Erra Bakal Didedahkan Dalam Filem

Sekitar tahun 90an, Awie dan Erra Fazira merupakan gandingan filem paling popular, mempunyai jumlah peminat yang ramai dan semuanya seakan sempurna apabila mereka bercinta dan mengikat tali pertunangan. Namun hubungan pasangan ini tidak sempat sampai ke jinjang pelamin.
Ramai yang ingin sekali mengetahui kisah cinta pasangan ini dan ia bakal menjadi kenyataan apabila Awie dan Erra bakal menceritakan kisah benar hubungan mereka yang tidak pernah diketahui peminat dalam sebuah filem tidak lama lagi.
Projek berkenaan sudah lama saya rancang tetapi banyak perkara yang perlu saya teliti terlebih dahulu termasuk meminta kebenaran daripada Erra untuk mendedahkan tentang kisah kami dalam sebuah filem.
Apabila saya utarakan idea berkenaan kepada Erra dia positif mengenainya dan sekiranya segalanya berjalan lancar, Insya-Allah ia akan menjadi projek terbaharu saya.
Satu ketika dahulu, sekitar pertunangan Awie dan Erra
Awie berkata, filem itu nanti bukan bertujuan untuk mendedahkan aib mana-mana pihak sebaliknya ingin menjelaskan situasi sebenar yang berlaku di antara mereka ketika itu.
Bukan semua tetapi sebahagian sahaja yang pada pandangan saya perlu dijelaskan kepada penonton kerana ada perkara yang menjadi sebutan sebelum ini masih tidak terjawab sehingga hari ini.
Kedua-duanya bakal menjadi pelakon utama dalam filem yang direncanakan itu dan Awie juga berhasrat untuk menggunakan khidmat Erma Fatima selaku pengarah.
Wah, mungkin ramai peminat Awie dan Erra akan merasa teruja untuk menanti filem yang berkisarkan kisah percintaan mereka. Relaks je kan Awie dan Erra mengimbau kenangan lama.
@beautifulnara.com

Sunday, March 27, 2016

Amar Baharin Nafi Kecewa Tidak Tercalon Dalam ABPBH 29

Bila senarai Top 5 ABPBH 29 diumumkan, ramai yang agak terkilan dan mengkritik mereka yang tercalon kali ini agak tidak bersesuaian dengan anugerah berkenaan. Banyak muka baharu dan tiada nama popular tercalon termasuklah Amar Baharin yang sebelum ini menjadi kegilaan ramai.
Walaubagaimanapun, Amar memberitahu beliau sedikit pun tidak merasa kecewa kerana tidak tercalon. Buat Amar, asalkan beliau masih diberikan tawaran berlakon itu sudah cukup baginya.
Bagi saya, tidak menjadi masalah jika tidak menang atau tidak tersenarai dalam Top 5 pun, malah ia tidak mendatangkan apa-apa kerugian kepada saya. Itu semua bersifat sementara.
Paling penting ialah wajah saya masih ada di kaca TV dan tawaran berlakon tak putus. Jadi, tidak kisahlah orang nak kata sudah tidak popular. Setiap orang berhak nak bercakap apa pun.
Amar juga menjelaskan agar tiada pihak merasa iri hati atau menyalahkan sesiapa jika mereka tidak tercalon dalam mana-mana anugerah. Mungkin sudah ketentuan rezeki masing-masing.
Mungkin tahun ini rezeki mereka selepas kerja keras kelab peminat. Jadi tidak ada apa perlu dikesalkan malah jauh sekali nak berkecil hati dan iri hati.
Tidak tercalon tidak bermakna seseorang artis itu tidak bagus. Apa yang penting orang lain tahu bakat anda dalam lakonan bagaimana. Lagipun, bila berkaitan undi ini memang susah untuk dijangka siapa yang menang meskipun tersenarai dalam Top 5.
@beautifulnara.com

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...