Saturday, January 30, 2016

Aizat Nafi Bercinta Dengan Aisyah Aziz

Sering kelihatan keluar bersama, Aizat Amdan dan Aisyah Aziz dikatakan mempunyai hubungan istimewa.
Walaubagaimanapun, Aizat  yang mengakui pernah keluar makan bersama dengan Aisyah tetap sekerasnya menafikan gosip tersebut dan menjelaskan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang sahabat biasa.
Eh… Jangan salah anggap. Kami berkawan sahaja. Benar kami keluar makan bersama tetapi hubungan yang dijalinkan itu tidak lebih daripada sebagai kawan.
Biasalah, apabila selesai dengan urusan kerja di studio, saya dan rakan artis akan ke kedai makan.
Buat masa ini Aizat masih belum bertemu dengan wanita istimewa yang dapat mengisi kekosongan didalam hatinya.
Aizat mengimpikan seorang wanita yang beriman, memahami dirinya dan sependapat dengan beliau.
Dalam perkembangan lain, Aizat kini  tampil dengan sedikit pembaharuan dalam kariernya di mana dia akan menghasilkan sebuah lagu setiap bulan yang akan dibuat sehingga akhir tahun ini. Ia salah satu strategi oleh Aizat agar menarik minat serta perhatian ramai akan setiap lagu baharu yang bakal dikeluarkan.
Agak lama jugak Aizat tidak aktif dalam bidang nyanyian seperti dahulu, mungkin kali ini beliau boleh tampil dengan lagu hitz seperti dulu. Soal percintaan pula, tidak semestinya keluar bersama terus dilabelkan bercinta bukan?


@beautifulnara.com

Cerai Adalah Jalan Terbaik Buat Kedua-dua Belah Pihak, Saya Redha – Fasha Sandha

Meskipun dalam linangan air mata dan rasa sedih yang amat, Fasha memberitahu beliau redha dengan segala ketentuan dan menjelaskan penceraian adalah jalan terbaik buat mereka berdua.
Buat masa ini, Fasha akan memberikan fokus seratus peratus buat anak-anak beliau dan meneruskan kehidupannya.
Perceraian ini adalah jalan terbaik untuk kedua-dua belah pihak. Saya sudah berusaha menyelamatkan perkahwinan ini. Saya redha dan akan meneruskan kehidupan dengan dua anak saya.
Sejak beberapa bulan lepas, spekulasi mengenai rumah tangga Fasha dan Jejai terus hangat diperkatakan. Malah, ada pihak yang berkata wujud orang ketiga yang menjadi batu api dan dalang dalam rumah tangga mereka.
Namun, Fasha dan Jejai masing-masing tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan status rumah tangga sehinggalah hari ini dimana Fasha dipercayai pergi ke mahkamah pagi tadi.
Kemudian, semua persoalan terjawab apabila beliau sah bercerai talak satu dengan Jejai pada jam 3 petang tadi di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.
Fasha dan Jejai berkahwin pada 27 April 2012 serta dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal, 2, serta Putri Raysha Jemyma, 1. Jejai pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Nora Danish pada 20 Jun 2006 sebelum bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dianugerahkan seorang anak lelaki, Putra Rayqal, 7.
INGIN TAHU? KLIK CEPATTT!!!

beautifulnara.com

Monday, January 25, 2016

Baju Fara Fauzana Dikritik Serupa Dengan Ayam Belanda : Ini Komen Rizalman Ibrahim

Dalam debaran menanti siapakah bakal juara AJL 30 semalam, busana yang dipakai oleh Fara Fauzana juga menjadi bualan ramai apabila ia disamakan seperti ayam belanda. Alamak dasyat juga pakaian itu dikritik oleh netizen.
Menjadi topik hangat dan viral di media sosial, akhirnya pereka busana berkenaan Rizalman Ibrahim menjelaskan Fafau terpaksa meminjam baju berkenaan daripada beliau pada saat akhir kerana busana yang sepatutnya digayakan oleh Fafau agak tidak kena dengan tema pada malam berkenaan.
Rizalman juga menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau sengaja ingin menganiaya Fafau sehingga menjadi bahan lawak ramai.
Untuk pencerahan Fafau memakai baju ‘ayam belanda’nya itu dari koleksi saya tahun 2015 dua hari sebelum Anugerah Juara Lagu apabila saya sudah berlepas ke Paris akibat baju beliau yang sepatutnya dipakai direka oleh pereka lain tidak bertepatan dengan tema.
Beliau tiada pilihan selain dari berlari ke butik saya dan meminjam apa saja yang tergantung di rak. Kesian dia jangan kutuk dia tau dan jangan kutuk saya jugak.
Tahun lepas baju Dayang Nurfaizah disamakan dengan sotong kali ini Fafau pula jadi mangsa kritikan ramai.  Nama pun baju pada saat akhir tentu sekali Fafau tidak ada masa untuk memilih dan gunakan apa yang ada dalam keadaan terdesak. Sabarlah Fafau.
@beautifulnara.com

Uqasha Senrose & Iqram Dinzly Bercinta Di Koh Lipe, Thailand?

Terkejut Abang Nara membaca tulisan Raja Nurfatimah Mawar di BiPop semalam. Dengan tajuk artikel “Seksinya Uqasha”, Kak Raja mempersoalkan kejujuran Uqasha Senrose dalam memakai tudung selepas menerima beberapa keping gambar yang menunjukkan Uqasha tidak bertudung ketika becuti di Koh Lipe, Thailand. . Selain itu turut terselit gambar Uqasha Senrose bersama Iqram Dinzly. Sebelum ini mereka berdua pernah digosipkan bercinta, namun Iqram dan Uqasha kedua-duanya menafikan gosip tersebut.
uqasha senrose iqram
Di sini Abang Nara kongsikan tulisan Raja Nurfatimah yang cukup menarik untuk kita baca bersama-sama:-
Terbaharu Raja terkedu mendapat kiriman gambar Uqasha sedang bercuti ke Koh Lipe, Thailand ketika menyambut tahun baharu. Uqasha khabarnya bercuti bersama adiknya, Nelydia, Raysha Senrose dan ahli keluarga yang lain. Semuanya seksi!!!
Raja lebih terkejut melihat gambar Uqasha menanggalkan tudung dan berpakaian seksi sehingga nampak pusat. Pusatnya pula bertindik. Mak aii..
Betullah jika dulun ada yang mendakwa pernah ternampak Uqasha hanya memakai topi ketika ke pusat hiburan. Raja tidak tahu apa yang bermain dalam fikiran Uqasha. Pelik kerana cakap tidak serupa bikin. Kalau rasa belum bersedia, bukalah saja tudung itu.
Percutiannya itu bukan hanya disertai Nelydia, Raysha dan ahli keluarganya, malah terselit gambar kekasih yang kononnya tidak menjadi, Iqram Dinzly. Amboi betapa erat Iqram memeluk Uqasha seolah-olah tidak mahu melepaskan pelukan. Rindu agaknya!
Mungkin Uqasha dan Iqram ingat apabila berada di Koh Lipe, tiada orang mengenali mereka. Silaplah. Itulah lokasi percutian kesukaan ramai. Banyak mata memandang, lebih lagi melihat keadaannya berpeluk sakan dengan Iqram macam tu.
uqasha senrose iqram
Fuh. Pedih kata-kata daripada Kak Raja ini. Kena tunggu penjelasan dari Uqasha. Mungkin pelanduk 2 serupa kan? Siapa tahu? Abang Nara juga pasti ada sebab Uqasha merahsiakan hubungannya dengan Iqram. Mungkin mereka masih dalam fasa mengenali hati budi. Sama-sama kita nantikan.
@beautifulnara.com

Monday, January 4, 2016

Kehidupan Saya Kini Lengkap, Harap Dapat Jadi Isteri Dan Ibu Yang Baik – Nabila Huda

Beberapa tahun hidup sebagai seorang janda, Nabila Huda akui kini kehidupan beliau lengkap selepas berkahwin dengan pemilik restoran Kulcats, Mohd Izwan pada 25 Disember 2015.
Sehingga kini, beliau masih lagi menerima doa serta ucapan tahniah yang tidak putus daripada orang ramai yang ingin melihat beliau bahagia.
Nabila berharap beliau mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu dengan baik.
Kehidupan saya sekarang lengkap. Biasalah, rutin harian memasak untuk suami dan Keisha. Saya tidak rasa terbeban kerana memang suka memasak.
Alhamdulillah tidak putus-putus doa dan ucapan tahniah diberikan semua pihak. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan. Saya harap dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dengan baik.
Berbicara soal cahaya mata, Nabila yang mesra dengan panggilan Abil memberitahu beliau tidak kisah jika dikurniakan anak yang ramai kerana teringin untuk mempunyai keluarga besar.
Sebuah lagi majlis resepsi akan diadakan di rumah bapanya, Amy Search yang terletak di Shah Alam pada 16 Januari ini.
Abil sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga besama Eddie daripada kumpula Tiga Swagger selama dua tahun sebelum membuat keputusan untuk bercerai. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Keisha Laila yang kini sudah berusia 6 tahun.
Selama ni korang nampak sahaja Nabila Huda dengan perangai beliau yang didakwa “liar” tetapi tiada siapa yang tahu sikap beliau yang cukup matang dalam perhubungan dan mempunyai jiwa yang penuh dengan sifat kekeluargaan.
@beautifulnara

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...