Tuesday, November 24, 2015

Tidak Mahu Peminat Meluat : Shukri Yahaya Ingin Jaga Privasi Selepas Berkahwin

Shukri Yahaya minggu lepas telah selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya Tya Adnan, boleh kata ramai juga peminat wanita di luar sana yang gigit jari selepas aktor kacak ini mendirikan rumah tangga. Walaubagaimanapun, mereka tetap mendoakan yang terbaik buat Shukri dan isterinya.

Buat Shukri pula, beliau merasa syukur kerana segalanya perancangan bagi majlis perkahwinan beliau berjalan dengan lancar. Malah, beliau juga nampaknya sudah sedia seratus peratus untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan ingin mempelajari lagi cara untuk menjaga rumah tangganya.

Selepas segalanya selesai dan saya sudah sah bergelar suami kepada Tya, perasaan gembira dan bersyukur pula datang bertandang. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.

Tanggungjawab saya semakin berat. Dulu, saya hanya menumpukan perhatian kepada ibu dan ayah. Kini, segalanya sudah berubah. Saya sudah bergelar suami dan perlu belajar untuk lebih bertanggungjawab dalam perihal menjaga rumah tangga dan juga isteri.

Berbicara mengenai stigma masyarakat dimana populariti seseorang artis itu akan jatuh selepas berkahwin, Shukri menjelaskan beliau ingin mengubah presepsi tersebut dengan tidak terlalu mendedahkan kehidupan beliau selepas kahwin terlalu kerap di media sosial agar tiada yang merasa meluat.

Kalau boleh, saya dan isteri tidak mahu terlalu terbuka dengan berkongsi kehidupan kami di laman sosial. Kami tidak mahu orang meluat dengan kelakuan kami.

Sewaktu masih belum berkahwin orang boleh mengata macam-macam. Apatah lagi apabila sudah bergelar pasangan yang sah. Orang akan terus bercakap mengenai kita.

Peminat  akan  meluat kalau seseorang artis itu mendedahkan perkara tidak sepatutnya di Instagram, contohnya bergambar bersama di atas katil. Iyalah, meskipun sudah halal ia juga mengundang kritikan ramai bukan?

Sumber Berita: Kosmo!

Sunday, November 15, 2015

Uqasha Senrose jawab tuduhan jadi call girl VVIP

Kata orang kalau orang cantik memang ramai yang cemburu dan ada sahaja beberapa pihak yang akan melemparkan pelbagai cerita buruk dek kerana merasa tidak puas hati. Mungkin ini yang dihadapi oleh Uqasha Senrose, iyalah tidak cukup dengan kontroversi percintaan, beliau di tuduh menjadi “ call girl” atau lebih dikenali sebagai pelayan kelas atasan kepada VVIP.
Dihimpit pelbagai komen serta sindiran selepas gosip itu timbul, Uqasha menerusi BH PLUS menafikan dakwaan tersebut sebagai satu tuduhan tidak masuk akal apatah lagi ia kurang sesuai dengan imej beliau sekarang.
Uqasha juga menjelaskan beliau juga tidak pernah mengambil dadah seperti yang dikatakan sebelum ini.
Mana mungkin saya menjadi call girl dengan imej bertudung sebegini. Tidak logik rasanya tuduhan yang dilemparkan kepada saya itu kerana sebagai seorang gadis berhijab, semestinya saya ingin menjaga batas dan tingkah laku.
Apabila perbualan saya saya dan rakan saya tersebar di laman sosial, ada pihak yang mendakwa ia sebagai kata kunci bagi menggantikan perkataan dadah. Sebenarnya itu adalah privasi saya kerana setiap individu mempunyai pendekatan tersendiri untuk berkomunikasi.
Bila seseorang artis itu hidup mewah pasti akan ada pihak yang fikir bukan-bukan, mungkin ada sugardaddy lah ataupun jadi escort girl. Memang ada yang sebegitu tetapi kalau sudah membawa imej muslimah adakah mereka  akan tetap melakukan perkara terkutuk itu untuk hidup senang?

Emma Maembong selamat serangan di Paris

Jika anda peminat setia Emma Maembong dan salah seorang pengikutnya di Instagram, pasti anda mengetahui baru-baru ini beliau dan adik- beradiknya berada di kota London untuk melihat perlawanan gusti WWE secara langsung di Manchester. Malah, Emma juga keluarganya turut menggunakan kesempatan tersebut untuk berkunjung ke Paris pula.
Namun, timbul sedikit keresahan di hati peminat beliau tentang keselamatan Emma di sana selepas dunia dikejutkan dengan serangan berdarah di Paris yang setakat ini sudah mengorbankan lebih daripada 100 nyawa  pada hari Jumaat lalu.
Walaubagaimanapun, Emma bersama adiknya, Chacha serta kakak dan abang ipar iaitu Yaya Maembong dan Wan Raja sudah selamat pulang ke tanah air pada hari Rabu lepas.
Alhamdulillah, saya dan ahli keluarga lain selamat sahaja kerana kami sudah pulang sejak tiga hari lalu malah sekarang pun sudah mula kembali bekerja.
Mengetahui berita tentang kes tembakan dan letupan yang berlaku di dewan konsert Bataclan Paris, Wan Raja meluahkan rasa syukur mereka tidak terlibat dengan insiden tersebut.
Alhamdulillah, kami sudah balik dari bercuti. Kami ke sana pada 2 hingga 10 November untuk bercuti. Kami ke Paris sehari sahaja, selebihnya berada di London.
Syukur mereka semua tidak terlibat dengan serangan pengganas tersebut. Memang terkejut juga dengar berita macam ini, dunia sudah tidak aman tetapi paling tak best bila serangan pengganas je mesti orang Islam yang akan dipersalahkan.

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...