Friday, April 11, 2014

8A SPM - ANAK CHE TA DAPAT BMW X6, SAMBUNG BELAJAR DI ENGLAND

Jika keluarga yang tidak mampu, mereka hanya menghadiahkan doa untuk anak-anak yang berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Doa sememangnya lebih mustajab dan berharga daripada wang ringgit! 

Namun bagi pelakon Rozita Che Wan, dia mahu memberikan yang lebih baik kepada Ammar Effendy selepas memperolehi 8A dalam SPM. Selain doa seorang ibu, hadiah sebuah kereta BMW X6 untuk Ammar tidaklah seberapa memandangkan dia mampu membelinya. 
 
 

Kereta mewah itu menurut Che Ta, adalah sebagai hadiah kepada anaknya yang telah berusaha keras dalam pelajaran. 

"Insya Allah saya akan belikan kereta yang diinginkan itu namun buat masa ini saya sedang menguruskan pembelian kereta saya dahulu memandangkan keluarga kami bakal bertambah besar," ujar Che Ta. 

 

Selain dapat kereta, Ammar juga bakal memulakan pengajian peringkat asas di Universiti Nottingham pada Mei ini dalam bidang perbankan. Hanya selepas menamatkan peringkat persediaan selama setahun, Ammar kemudiannya akan berangkat pula ke England untuk menyambung pengajian peringkat tertinggi. 

"Dia memilih bidang perbankan dan saya sebagai ibu menyokong apa sahaja keputusan yang dibuat kerana itu adalah minatnya," jelasnya. 

 

"Daripada kecil lagi saya memang buat jadual untuk mereka ikut dan saya sangat pentingkan disiplin sehingga pada satu tahap saya tidak perlu awasi mereka kerana sudah terbiasa dengan jadual yang saya sediakan. 

"Alhamdulillah berkat kesabaran mendidik seperti itu, ia mula menampakkan hasil dan saya sebagai ibu begitu berbangga dengan pencapaian mereka berdua," tambah Che Ta yang kini hamil anak ketiga dan yang pertama dengan suaminya Zain Saidin. 

 

 

@myartis.com

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...