Saturday, November 9, 2013

Rabecca Menang Saman Erma Fatima

Rabecca
PETALING JAYA: Pelakon Rabecca Nur Al-Islam pada Jumaat berjaya memenangi kes tuntutan terhadap penerbit dan pengarah drama Erma Fatima ekoran perlanggaran kontrak dan melunaskan baki bayaran lakonan sebanyak 40 peratus selepas Mahkamah Majistret Kuala Lumpur membuat keputusan pada Jumaat.
Majistret Muhamad Faizal Ismail turut mengarahkan Erma mengembalikan baki jumlah wang berkenaan berserta lima peratus faedah daripada bayaran selain membayar kos guaman kepada Rabecca.
Menurut peguam yang mewakili Rabecca iaitu Nordin Othman, sekiranya Erma masih gagal melunaskan baki bayaran, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Erma.
"Pihak kami tidak meminta lebih daripada apa yang dijanjikan oleh Erma dan berharap baki bayaran Rabecca segera dilunaskan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat.
Erma dan Rabecca sebelum ini pernah bertegang urat apabila Erma selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu gagal melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40 peratus.
Erma Fatima
Ia membuatkan Rabecca memfailkan saman di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 23 Julai lalu.
Dejavu Di Kinabalu diterbitkan oleh Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd sebanyak 28 episod dan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, bermula 18 Jun hingga 31 Julai 2012.
Selain Rabecca, drama berkenaan turut dibintangi Tiz Zaqyah, Aqasha, Nazim Othman dan Aishah Ilias.
Sementara itu, Rabecca berkata, dia bersyukur apabila kes tuntutan itu berpihak kepadanya dan berharap kejadian seperti itu tidak berlaku lagi.
"Apa yang dituntut merupakan hak saya di mana saya berada di pihak yang benar. Kes tuntutan ini juga dibuat agar pihak penerbit tidak sewenang-wenangnya 'mempermainkan' hak pelakon.
"Saya juga tidak ada masalah jika dia (Erma) enggan mengambil saya berlakon kerana banyak lagi penerbit-penerbit lain yang mahu menggunakan khidmat saya," katanya.
@mstar.com.my

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...