Saturday, November 2, 2013

Meraikan kemeriahan Deepavali


PENGUNJUNG di Pavilion Kuala Lumpur disajikan dengan persembahan tradisonal masyarakat India yang penuh warna-warni.


PALUAN padu gendang dholak dan chimta yang dimainkan oleh sekumpulan penghibur keturunan Sikh menukarkan suasana sibuk di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur menjadi seakan-akan sebuah perkampungan yang meriah meraikan suatu berita gembira.
Rentak itu dijulang dengan laungan “Hoi! Hoi! Hoi!” yang menggambarkan kebahagiaan dalam tarian Bangra.
Penari-penari wanita dan lelaki pula tidak jemu menguntum senyuman sambil menggerakkan badan mereka mengikut rentak irama yang penuh semangat dan mengujakan.
Sebagai pelengkap, persembahan itu menampilkan pakaian dan aksesori tradisional yang menarik dan penuh warna-warni.
Rata-rata para pelancong yang datang bertandang ke negara ini ternyata terpukau dengan kekayaan budaya Malaysia apabila mereka tidak melepaskan peluang merakamkan detik tersebut menggunakan peralatan elektronik masing-masing.
Dalam pada itu, suasana menjadi semakin gamat apabila seorang demi seorang pengunjung ditarik untuk menari bersama-sama dan merasai kegembiraan sambutan itu.
Seorang pengunjung pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur, Nur Akmal Hashim, 26, memberitahu, dia terkejut, namun teruja apabila ditarik untuk menyertai tarian masyarakat India.
“Saya sangat terkejut apabila ditarik untuk menari bersama-sama mereka (penari) tetapi pada masa yang sama berasa sangat teruja kerana ini adalah pengalaman pertama saya menyertai tarian masyarakat India,” katanya.
ORANG ramai berpeluang menyalakan pelita dan meletakkannya di atas kolam.


Kolam kontemporari
Acara yang bertemakan Shine a Light on Style itu telah dianjurkan oleh Pavilion Kuala Lumpur bagi meraikan warna-warni perayaan Deepavali yang akan disambut esok.
Sambutan Deepavali tentunya tidak lengkap tanpa kehadiran kolam-kolam indah di pintu masuk utama suatu kediaman atau bangunan. Kolam merupakan satu bentuk seni yang menggunakan tepung beras, beras atau sagu yang dipercayai membawa kesejahteraan terhadap kediaman itu.
Di Pavilion Kuala Lumpur, pihak penganjur telah menyediakan empat rekaan kolam unik dengan rekaan kontemporari yang memaparkan gandingan gaya fesyen, wangian mewah, keenakan manisan dan haruman rempah ratus bagi menarik perhatian pengunjung kepada kepelbagaian dan kekayaan budaya masyarakat India.
Kolam Chic Bergaya dihiasi dengan butang dan manik, jelas melambangkan gaya, fesyen dan sifat elegan manakala a Kolam Haruman Membelai menampilkan lilin-lilin wangi dan mewah.
Selain itu, Kolam Rempah dan Gaya terdiri daripada pelbagai rempah-ratus yang merupakan ramuan asas dalam hidangan masyarakat India dan Kolam Manisan Lazat menampilkan kepelbagaian manisan yang menggambarkan sifat positif, terang dan warna-warni kehidupan.
Menurut Pengarah Pemasaran Pavilion Kuala Lumpur, Kung Suan Ai, acara sambutan perayaan Deepavali itu ia akan terus disambut pada 3 November ini.
“Kami akan meneruskan sambutan Deepavali ini dengan persembahan tarian kontemporari Dandirass dan Karagattam di Pintu Masuk Utama Bukit Bintang Pavilion Kuala Lumpur pada hari itu,” katanya.
Selain daripada itu, sehingga 3 November ini (Ahad), pelanggan berpeluang menerima barangan eksklusif Gift to Style untuk setiap resit pembelian bernilai RM300 dan ke atas.
Untuk maklumat lanjut, layari laman sosial Facebook PavilionKL dan Twitter Pavilion KL.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1101&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_02.htm#ixzz2jTWQL6Y1
Hakcipta terpelihara 

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...