Tuesday, November 5, 2013

Individualiti cincin belah rotan


ABADIKAN nama pasangan anda pada cincin belah rotan yang elegan ini.


SEJAK sekian lama, cincin belah rotan menjadi simbol cinta kepada pasangan yang menyatukan perjalanan hidup mereka ke gerbang perkahwinan. Seiring dengan peredaran zaman, rekaan cincin sempena hari bahagia turut mengalami pengubahsuaian mengikut cita rasa individu.
Pengeluar barang kemas eksklusif, OE Fine Jewellery mengambil kesempatan tersebut dengan memperkenalkan rekaan inovatif ke atas cincin belah rotan keluaran terbaharu mereka.
Mula bertapak di Malaysia pada tahun 1974, jenama mewah itu berterusan menghadirkan variasi cincin perkahwinan yang istimewa dan kali ini ia memberikan peluang kepada pasangan mempelai untuk mengukir lafaz cinta, simbol, mesej, puisi atau nama pada cincin masing-masing.
Keistimewaan tersebut memberikan nilai individualiti kepada si pemilik cincin. Tambah menarik, rekaan itu boleh dilakukan sendiri pelanggan menerusi perisian konfigurasi cincin (ring configurator) pada laman web rasmi OE Fine Jewellery.

LI DONG menunjukkan antara koleksi cincin perkahwinan keluaran OE.


“Selepas siap direka, cetak dan bawa rekaan anda ke butik OE yang berhampiran. Selain ukiran nama dan ayat pilihan sendiri, pelanggan juga boleh memateri identiti cap jari menggunakan laser,” jelas Pengurus Besar OE Fine Jewellery, Ong Li Dong ketika majlis perasmian koleksi perkahwinan di Butik OE, Suria KLCC, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sebanyak 200 rekaan berbeza cincin belah rotan koleksi perkahwinan OE sedia ditawarkan kepada bakal pengantin. Tambah Li Dong, pengenalan cincin berkonsep peribadi itu mengubah ciri-ciri klise yang sering dikaitkan dengan barang kemas berkenaan. Ia membuktikan bahawa item mewah itu boleh diolah dengan nilai kontemporari, rekaan yang ceria dan eksklusif.
Direka menggunakan berlian berwarna emas putih, emas merah (rose), emas kuning dan platinum, kualiti sebentuk cincin OE amat diyakini pelanggan. Kerjasama OE dengan syarikat pengukir cincin antarabangsa dari Jerman, Gerstner membolehkan 12 rekaan ukiran berbeza dipilih bakal pengantin.
Sebagai rujukan, Gerstner ialah sebuah perusahaan yang mahir dalam penghasilan ukiran cincin perkahwinan sejak 100 tahun dulu. Hasil kerja mereka meliputi rekaan versatil seperti tradisional, klasik, kontemporari dan moden.
Suasa
Menambah koleksi cincin belah rotan edisi perkahwinan mereka, buat pertama kali OE menyediakan cincin suasa campuran logam emas sembilan karat khusus untuk pelanggan Muslim.
Ia memberi peluang kepada pengantin lelaki beragama Islam untuk menyarung cincin perkahwinan daripada OE memandangkan lelaki Muslim diharamkan memakai barangan berunsur emas tulen.

PENAWARAN cincin suasa memberi peluang kepada bakal pengantin lelaki Muslim untuk menyarungkan cincin perkahwinan OE.


Dengan penawaran harga serendah RM1,000, ia membuka peluang kepada pasangan mempelai muda untuk memiliki sepasang cincin eksklusif daripada OE. Koleksi yang ditawarkan juga sesuai untuk semua orang dan dikelaskan berdasarkan bajet individu.
“Koleksi asas sempurna untuk mereka yang mencari cincin pada harga mampu milik. Bagi nilai elegan yang lebih tinggi, pelanggan boleh memilih cincin daripada koleksi klasik dan moden kontemporari.
“Tidak ketinggalan, koleksi mewah yang disediakan buat mereka yang bercita rasa eksklusif,” ujar Li Dong.
Memandangkan OE hanya memiliki tiga butik iaitu satu di Kuala Lumpur dan dua di Pulau Pinang, perkhidmatan pembelian secara dalam talian turut ditawarkan kepada pelanggan.
Sebelum membeli dalam talian, pelanggan disyorkan mengunjungi mana-mana kedai barang kemas dan dapatkan ukuran jari mereka. Ia bertujuan mengelakkan cincin yang dibeli tidak menepati saiz jari. Namun jika cincin yang diterima masih tidak bertepatan dengan saiz jari, mereka boleh membetulkannya di kedai barang kemas yang berdekatan.
Jom singgah kedai kami di dataran pahlawan, Melaka! Beratus koleksi cincin, batu permata, keris dan pelbagai kraftangan tradisional Melaka!!!! Mesti Singgah & Klik!

CARDOVA CREATIVE

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1105&pub=Kosmo&sec=Stailo&pg=st_04.htm#ixzz2jkkDnxEy 
Hakcipta terpelihara 

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...