Monday, January 28, 2013

Ibu Liyana Jasmay Kesal Gambar Pra Perkahwinan Anaknya Tersebar


Hati ibu mana yang tak sedih melihat gambar mesra anaknya yang masih belum sah menjadi suami isteri tersebar dan menjadi tontonan umum. Ditambah pula dengan kritikan yang diterima daripada orang ramai kerana gambar pra perkahwinan tersebut.
liyana jasmayIbu kepada Liyana Jasmay, Datin Habsah Simpon melahirkan rasa kesalnya terhadap penyebaran gambar-gambar pra perkahwinan anaknya memandangkan majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung tidak lama lagi. Kata Datin Habsah kepada Sinar Harian:-
Saya dan keluarga kesal dengan apa yang berlaku. Perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku ketika ini memandangkan majlis bakal berlangsung tidak lama lagi. Gambar itu sepatutnya tidak boleh dipaparkan kepada umum kerana perkara ini telah dijanjikan sejak awal lagi. Ia hanyalah untuk simpanan peribadi sahaja. Kami kesal dengan tindakan jurugambar berkenaan. Namun, tidak perlu diperkatakan lagi kerana ianya telah berlaku dan kami akui kesilapan itu.
liyanaHmmm… Mungkin lain kali kalau nak ambil gambar pra perkahwinan boleh cuba guna cara yang lebih Islamik. Tak perlu cium-cium dahi, peluk-peluk mesra dan posing lain yang tak sedap mata memandang. Pastinya gambar pra perkahwinan sebegitu tidak akan mengundang kritikan dan kutukan. Tak ke gitu?
@beautifulnara.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...