Sunday, September 30, 2012

Ibu Mahu Iedil Jadi Doktor, Bukan Pelakon


Ibu Mahu Iedil Jadi Doktor, Bukan Pelakon
Sekali imbas macam payah je nak sebut nama seorang pelakon ni iaitu Iedilputra. Mahu terbelit-belit lidah.
Tapi sebenarnya itu adalah nama betul bagi pelakon filem terbaru terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd, dengan kerjasama Line Clear Motion Pictures berjudul Ngorat.
Nama Iedil bukan sengaja ditukar atau direka-reka okay. Nama penuhnya adalah Tengku Iedildzuhrie Putra Tengku Alaudin.
Walaupun jarang kedengaran nama seperti ini atau pun anda memang tidak pernah dengar langsung, namun Iedil sebenarnya sudah lama melibatkan diri di dalam bidang seni sejak dirinya berusia sembilan tahun lagi.
Kata Iedil, sebenarnya dia dan adik-beradik sudah terdedah dengan pelbagai persembahan seni dan kebudayaan daripada kedua ibu bapanya sejak kecil lagi.
“Ibu dan bapa selalu bawa pergi tengok persembahan kebudayaan dan dari situ minat saya dalam bidang ini mula berputik.
“Namun sebenarnya ibu mahukan saya menjadi seorang doktor bukan pelakon atau penyanyi.
“Tetapi atas minat yang sangat mendalam dalam bidang seni saya teruskan juga walaupun mempunyai kelulusan dalam bidang sains kesihatan,” katanya yang dipetik melalui Sinar Harian, di sini, semalam.
Iedil pernah melanjutkan pengajian di United Kingdom tetapi oleh kerana rezekinya di dalam bidang ini nampak cerah, dia terus melangkah ke depan.
Menerusi Ngorat, Iedil bergandingan dengan primadona Erra Fazira serta Bintang Paling Popular 2011, Aaron Aziz.
Iedil berkata, sebagai pelakon baru sudah tentu dia berasa kerdil apabila bergandingan dengan mereka yang berpengalaman.
“Tetapi perkara itu tidak menjadi masalah kerana saya dapat keserasian berlakon bersama Erra malahan Erra dan Aaron serta pengarah dan semua tenaga produksi banyak memberi tunjuk ajar kepada saya bagaimana untuk mencorakkan lagi watak Ijam seperti yang dituntut oleh pengarah,” katanya.
Iedil, 28, sebelum ini turut pernah muncul dalam drama bersiri popular 8TV berjudul Projek Pop yang turut membawa watak sebagai seorang jejaka yang dilihat ‘loser’ sama seperti wataknya dalam filem Ngorat.
Ketika ditanya mengenai perkara itu, Iedil menjelaskan, kebetulan kedua-dua watak yang dipegangnya itu adalah lebih kurang sama.
“Takut juga orang ingat itu ‘trademark’ lakonan saya, tetapi sebenarnya saya hendak mencuba semua jenis watak yang ada terutama sekali watak jahat dan serius.” katanya.
Ngorat yang turut dibarisi pelakon seperti Erra Fazira, Aaron Aziz, Zain Hamid, Nas-T, Dira Abu Zahar dan Tania Hudson bakal menemui penonton mulai 4 Oktober ini.
@mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...