Sunday, September 30, 2012

Ibu Mahu Iedil Jadi Doktor, Bukan Pelakon


Ibu Mahu Iedil Jadi Doktor, Bukan Pelakon
Sekali imbas macam payah je nak sebut nama seorang pelakon ni iaitu Iedilputra. Mahu terbelit-belit lidah.
Tapi sebenarnya itu adalah nama betul bagi pelakon filem terbaru terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd, dengan kerjasama Line Clear Motion Pictures berjudul Ngorat.
Nama Iedil bukan sengaja ditukar atau direka-reka okay. Nama penuhnya adalah Tengku Iedildzuhrie Putra Tengku Alaudin.
Walaupun jarang kedengaran nama seperti ini atau pun anda memang tidak pernah dengar langsung, namun Iedil sebenarnya sudah lama melibatkan diri di dalam bidang seni sejak dirinya berusia sembilan tahun lagi.
Kata Iedil, sebenarnya dia dan adik-beradik sudah terdedah dengan pelbagai persembahan seni dan kebudayaan daripada kedua ibu bapanya sejak kecil lagi.
“Ibu dan bapa selalu bawa pergi tengok persembahan kebudayaan dan dari situ minat saya dalam bidang ini mula berputik.
“Namun sebenarnya ibu mahukan saya menjadi seorang doktor bukan pelakon atau penyanyi.
“Tetapi atas minat yang sangat mendalam dalam bidang seni saya teruskan juga walaupun mempunyai kelulusan dalam bidang sains kesihatan,” katanya yang dipetik melalui Sinar Harian, di sini, semalam.
Iedil pernah melanjutkan pengajian di United Kingdom tetapi oleh kerana rezekinya di dalam bidang ini nampak cerah, dia terus melangkah ke depan.
Menerusi Ngorat, Iedil bergandingan dengan primadona Erra Fazira serta Bintang Paling Popular 2011, Aaron Aziz.
Iedil berkata, sebagai pelakon baru sudah tentu dia berasa kerdil apabila bergandingan dengan mereka yang berpengalaman.
“Tetapi perkara itu tidak menjadi masalah kerana saya dapat keserasian berlakon bersama Erra malahan Erra dan Aaron serta pengarah dan semua tenaga produksi banyak memberi tunjuk ajar kepada saya bagaimana untuk mencorakkan lagi watak Ijam seperti yang dituntut oleh pengarah,” katanya.
Iedil, 28, sebelum ini turut pernah muncul dalam drama bersiri popular 8TV berjudul Projek Pop yang turut membawa watak sebagai seorang jejaka yang dilihat ‘loser’ sama seperti wataknya dalam filem Ngorat.
Ketika ditanya mengenai perkara itu, Iedil menjelaskan, kebetulan kedua-dua watak yang dipegangnya itu adalah lebih kurang sama.
“Takut juga orang ingat itu ‘trademark’ lakonan saya, tetapi sebenarnya saya hendak mencuba semua jenis watak yang ada terutama sekali watak jahat dan serius.” katanya.
Ngorat yang turut dibarisi pelakon seperti Erra Fazira, Aaron Aziz, Zain Hamid, Nas-T, Dira Abu Zahar dan Tania Hudson bakal menemui penonton mulai 4 Oktober ini.
@mynewshub.my

Tidak Berminat Jadi Pengantara Antarabangsa


Dr Mahathir Tidak Berminat Jadi Pengantara Antarabangsa
NEW YORK – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak berminat memainkan peranan sebagai pengantara antarabangsa seperti bekas perdana menteri Britain Tony Blair atau bekas presiden Amerika Jimmy Carter.
Beliau menyatakan perkara ini pada perjumpaan tidak rasmi dengan pelajar Malaysia di pejabat wakil Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Sabtu.
Selepas menerima Anugerah Peringatan Rafik Hariri PBB-Habitat pada Jumaat malam, beberapa hadirin bertanya Dr Mahathir sama ada beliau ingin memainkan peranan sebagai orang tengah untuk menyelesaikan pertikaian antarabangsa berdasarkan pengalaman luasnya di peringkat antarabangsa dan kedudukan beliau sebagai negarawan terkemuka.
“Saya rasa saya tidak layak memainkan peranan itu,” katanya kepada Bernama sambil memberi alasan dalam nada berjenaka bahawa “dunia tidak akan mendengar cakap saya dan orang akan tetap melakukan apa yang mereka suka…Jadi, saya menolak kemungkinan itu.”
Pada majlis berkenaan, Dr Mahathir kelihatan tenang dan santai ketika menjawab soalan para pelajar tentang pelbagai isu, daripada keadaan politik di Malaysia dan langkah Malaysia untuk beralih menjadi sebuah negara maju, hinggalah kepada sengketa China-Jepun.
“Untuk mengurus sebuah negara pelbagai kaum, pelbagai budaya dan pelbagai agama seperti Malaysia, anda memerlukan kerajaan yang kuat,” kata beliau.
Dr Mahathir menasihati para pelajar supaya tidak meninggalkan budaya serta nilai yang mereka bawa dari tanah air ketika menuntut di Barat.
“Ramai yang mula berubah dari segi nilai dan budaya sendiri setelah tinggal di negara maju. Malah, ada yang sanggup berkata kami (di Malaysia) tidak seprogresif seperti orang di negara tempat anda belajar.
“Apabila anda membandingkan sesuatu yang baik dengan sesuatu yang lebh baik, maka negara anda akan kelihatan tidak begitu baik. Tapi, sekiranya anda bandingkan negara anda dengan sesuatu yang tidak begitu baik, maka perkara yang tidak berapa baik ini akan mula kelihatan baik,” katanya.
Beliau menggesa pelajar Malaysia supaya pulang ke tanah air setelah menamatkan pengajian masing-masing untuk menyumbangkan pengetahuan mereka dalam membangunkan negara.
“Bantulah Malaysia mencapai matlamatnya untuk menjadi negara maju menjelang 2020,” kata Dr Mahathir sambil menegaskan bahawa walaupun berdepan dengan kemelesetan global, Malaysia terus berkembang dan “mampu melepaskan diri daripada graviti”, seperti yang disebut Financial Times baru-baru ini.
Dr Mahathir, yang kelihatan masih cergas dan berfikiran tajam, walaupun sudah mencapai usia 87 tahun, berkata ketika mula mencapai kemerdekaan daripada pentadbiran penjajah Inggeris, Malaysia dipandang rendah dan malah, ada pengkritik berkata ia tidak akan sampai ke mana kerana mempunyai rakyat yang berbilang etnik dan kaum.
“Kami mengambil keputusan untuk berkongsi kekayaan sesama masyarakat kita — Melayu, Cina dan India. Tidak mengapalah mendapat bahagian yang lebih kecil, daripada membolot semuanya. Dengan berkongsi kek yang ada dengan masyarakat lain, ini bermakna kami memberi peluang kepada masyarakat lain juga,” katanya sambil menjelaskan bahawa sehingga kini, Malaysia berjaya memastikan pertumbuhan ekonomi dan kemakmurannya.
Beliau berkata Malaysia dianugerahi kekayaan alam semula jadi dan berbeza dengan jirannya, Malaysia tidak dilanda bencana alam.
Mengenai rasuah, Dr Mahathir berkata orang yang memberi rasuah, juga bersalah seperti orang yang menerimanya.
Menyentuh tentang kekacauan yang berlaku di beberapa negara Islam baru-baru ini berkaitan sebuah filem anti-Islam yang dihasilkan seorang individu di Amerika, Dr Mahathir berkata beliau menyokong kebebasan menyuarakan pendapat, tetapi ia mestilah ada hadnya, terutama tidak melukakan persaan orang lain.
Mengenai ketegangan yang semakin memuncak antara China dan Jepun serta peranan Amerika dalam konflik itu, beliau berkata: “…Perlu ada kesediaan untuk bertolak ansur dan mencapai keseimbangan.”
Beliau memberi contoh bagaimana Malaysia berjaya mencapai persetujuan dengan jirannya hasil daripada ‘pendirian sewajarnya’ yang diambil dalam menangani sesuatu konflik atau isu.
Ketibaan Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ke pejabat perwakilan Malaysia itu disambut duta Malaysia di Washington Datuk Othman Hashim.
Muhammad Afiq Hassan, pelajar dari Stevens Institute of Technology di New Jersey, menyampaikan ucapan alu-aluan bagi pihak pelajar Malaysia. – BERNAMA
@mynewshub.my

Pertunangan Diana Amir Dihidu Peminat


Pertunangan Diana Amir Dihidu Peminat
Walaupun cuba berahsia, berita pertunangan aktres Diana Amir yang diadakan secara tertutup baru-baru ini, akhirnya berjaya dihidu.
Dalam hal ini, Diana sebenarnya wajar dipuji kerana dia telah mengikut syariat Islam apabila tidak menghebohkan majlis pertunangannya.
Bagaimanapun, itulah lumrah seorang selebriti. Kehidupan mereka sentiasa menjadi perhatian peminat termasuklah hal peribadi.
Diana turut berharap agar masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi terhadap dia dan tunangnya kerana perhubungan mereka masih di peringkat awal. – SinarHarian
@mynewshub.my

Budaya Wanita China Ikat Kaki Untuk Cantik


Budaya Wanita China Ikat Kaki Untuk Cantik
Budaya Cina yang mengamalkan pengikatan kaki bagi wanita diamalkan secara meluas di China sejak zaman berzaman.
Budaya ini dipercayai bermula 2000 tahun sebelum masihi iaitu semasa pemerintahan Dinasti Xia.
Bagi kaum Cina, kaum wanita wajar mengikat kaki mereka bagi membezakan status mereka di kalangan masyarakat.
Pendapat ketemporari menyatakan bahawa kaum lelaki bangsa Cina zaman lampau menyukai wanita yang berkaki kecil kerana ia melambangkan kecantikan dan kesuburan wanita tersebut.
Tradisi ‘ngeri’ ini melibatkan gadis seawal usia 5 tahun. Kaki mereka dibalut dengan kemas sehingga pada satu ketika, tulang-tulang di bahagian kaki gadis tersebut patah dan merengkok.
Tradisi ini beransur-ansur terhapus menjelang kurun ke-20 iaitu di zaman kolonis British mula melebarkan pengaruh mereka di Tanah Besar China. Penubuhan Republik China pada tahun 1911 menyebabkan ramai wanita mula meninggalkan tradisi kuno ini.

Sumber: Takusahrisau.wordpress.com
@mynewshub.my

Isteri Guna Darah Haid Dan Air Mani Gajah Sihir Suami


Isteri Guna Darah Haid Dan Air Mani Gajah Sihir Suami
SEORANG isteri tergamak menggunakan darah haidnya dan air mani gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja.
Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan menggunakan kalimah ALLAH) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain.
Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup dalam minuman suami.
Apabila meminum air itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram.
Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.
Dia yang berasal dari daerah Lipis dan pernah bekerja di Petaling Jaya, Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar Disember lalu.
Menurutnya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk menundukkannya.
“Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi malas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala hati selalu tidak tenteram.
“Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah di atas meja isteri. Hasil pencarian di dalam rumah, saya menemui pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah kotak.
“Saya turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan suami orang yang juga pelanggannya. Sebenarnya dia mahu kelihatan berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak sesuatu dia akan lakukan walau apa cara sekalipun. Mungkin kerana itu, saya menjadi sasaran,” katanya di sini, kelmarin. – SinarHarian
@mynewshub.my

Penerbit filem hina Nabi Muhammad SAW tukar nama



NAKOULA kini dikenali sebagai Youssef.

LOS ANGELES - Pihak pendakwa raya persekutuan di sini menyatakan, penerbit filemInnocence of Muslims, Nakoula Basseley Nakoula kini menggunakan nama lain yang diiktiraf undang-undang Amerika Syarikat (AS).
Penolong Peguam Negara AS, Robert Dugdale kelmarin berkata, Nakoula, 55, kini dikenali sebagai Mark Basseley Youssef.
Nama itu terdapat dalam rekod mahkamah.
Beberapa dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Tinggi Daerah Orange menunjukkan dia diberikan hak menukar nama pada 2002.
Nama penerbit tersebut ditukar kepada Youssef kerana Nakoula ialah nama seorang perempuan dan ia mencetuskan masalah kepadanya.
Youssef dihadapkan ke sebuah mahkamah di sini pada Khamis lalu selepas pihak berkuasa menyatakan dia melanggar syarat-syarat pembebasannya.
Lelaki itu dibebaskan pada Jun 2011 setelah menjalani hukuman penjara selama 21 bulan kerana didapati bersalah menipu bank pada 2010.
Pendakwa raya Robert Dugdale berkata, dia dituduh melakukan lapan kesalahan termasuk membuat kenyataan palsu kepada para pegawai perunding cara dan menggunakan tiga nama yang berlainan.
Hakim Suzanne Segal turut memutuskan lelaki tersebut ditahan tanpa dibenarkan diikat jamin kerana bimbang dia akan melarikan diri selain dianggap berbahaya kepada masyarakat.
Dia ditahan di Pusat Tahanan Metropolitan di sini.
Youssef yang merupakan penganut Kristian Koptik akan ditahan sehingga seorang hakim memutuskan sama ada dia melanggar syarat-syarat pembebasannya.
Dia yang berketurunan Mesir kini merupakan warga AS.
Youssef menyembunyikan diri pada 15 September lalu sebelum ditangkap pada Khamis lalu.
Rumahnya di Cerritos di sini kini menunggu pembeli baharu.
Filem yang menghina Nabi Muhammad SAW itu telah menyebabkan tunjuk perasaan ganas berlaku di beberapa buah negara sehingga mengakibatkan 50 orang mati baru-baru ini. - Agensi
@kosmo.com.my

Wanita mengaku menghendap Cotillard




NEW YORK - Seorang wanita, Teresa Yuan mengaku bersalah menghendap aktres Marion Cotillard (gambar) yang pernah membintangi filem Batman, The Dark Knight Rises.
Yuan membuat pengakuan itu di sebuah mahkamah persekutuan di Brooklyn di sini kelmarin.
Pihak pendakwa raya menyatakan Yuan telah menghantar sebanyak 504 e-mel dan 120 rakaman video kepada sebuah laman web untuk para peminat Cotillard selama empat hari pada tahun lalu.
Sebahagian rakaman video yang disiarkan di mahkamah itu menunjukkan Yuan kelihatan berada dalam keadaan separuh bogel, berdesis seperti seekor kucing dan bercakap tentang permainan pistol.
Yuan boleh dihukum penjara sehingga 16 bulan. Hakim akan memutuskan hukuman terhadapnya. - Agensi
@kosmo.com.my

Taska Mutiara Ceria, Melaka.









Nama Perniagaan : Taska Mutiara Ceria, Melaka.
Jenis Perniagaan : Taska Dan Pusat Asuhan Kanak-Kanak
Alamat :
Tel No:
Pengurus: 
Jaringan Sosial : Facebook
Foto : Flickr Set 

PENDAFTARAN PELAJAR BAGI SESSI/ TAHUN 2013 DIBUKA SEKARANG! SILA HUBUNGI PUAN SYIFAA HARI INI! TERIMA KASIH!




































Nama Perniagaan : Taska Mutiara Ceria, Melaka.
Jenis Perniagaan : Taska Dan Pusat Asuhan Kanak-Kanak
Alamat :
Tel No:
Pengurus: 
Jaringan Sosial : Facebook
Foto : Flickr Set 

PENDAFTARAN PELAJAR BAGI SESSI/ TAHUN 2013 DIBUKA SEKARANG! SILA HUBUNGI PUAN SYIFAA HARI INI! TERIMA KASIH!

Taska Ceria Mutiara Melaka
info lanjut sila layari
92 photos | 0 views | Add a comment?
items are from 25 Sep 2012.
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Taska Ceria Mutiara Melaka
Subscribe to a feed of stuff on this page... Feed – Subscribe to the set "Taska Ceria Mutiara, Melaka."








Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...