Monday, August 13, 2012

Busana Aidilfitri di bawah satu bumbung!!





SABAN tahun sambutan Aidilfitri antara perayaan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam. Kemunculan bulan Syawal bagaikan simbolik bagi umat Islam meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa. Pastinya pelbagai persiapan dilakukan seperti juadah dan busana sebelum Aidifitri menjelma.
Namun bagi golongan yang terlalu sibuk bekerja dan belajar sehingga tiada masa untuk menempah baju raya, usah bimbang. Gedung fabrik dan pakaian, Gulati's-Euro Moda menawarkan pelbagai pilihan untuk pelanggan di bawah satu bumbung.
Menurut Pengarah Eksekutif Kumpulan Euro Moda, Jasleen Kaur, buat julung-julung kalinya, tahun ini butik Gulati's-Euro Moda menawarkan koleksi baju kurung dan baju Melayu siap yang dijual secara besar-besaran.
"Jualan busana raya berskala besar ini bertujuan memberi peluang kepada mereka yang tidak berkesempatan menempah baju raya. Lagipun, kedai-kedai jahit sudah menutup tempahan menjahit pakaian.
"Justeru, serlahkan gaya penampilan pada pagi Syawal dengan menyarungkan persalinan baju kurung dan baju Melayu koleksi kami. Bagi golongan wanita, kami menawarkan baju kurung daripada saiz XS, S, M, L dan XL," terang Jasleen sambil menunjukkan koleksi baju kurung siap label Aalia Donna keluaran Gulati's-Euro Moda.
Selain pilihan saiz baju yang ideal, baju kurung Aalia Donna turut hadir dalam pelbagai fabrik menawan yang sesuai untuk cuaca panas dan lembap di Malaysia. Antara fabrik yang digunakan ialah sutera, sifon polos, sifon bercetak, kain kapas, sofia crepe, sutera tafeta berkotak dan viscose.
"Baju kurung Aalia Donna bukan saja istimewa dari segi fabrik dan jahitannya yang kemas malah kami turut mengaplikasi teknik perincian yang bersesuaian. Kepada wanita yang ingin tampil moden dan mewah, pilih saja baju kurung moden bertatah manik atau labuci yang diletakkan di pergelangan tangan, kaki baju, dada ataupun bahagian leher baju.
Tudung Aalia
Sementara itu, bagi wanita yang gemarkan gaya ringkas dan funky, baju kurung berkotak-kotak yang diperbuat daripada sutera tafeta antara pilihan ideal. Warna-warnanya yang terang membantu menyuntik penampilan segar dan muda. Baju kurung sutera dan sifon bercorak pula sesuai untuk wanita yang sinonim dengan gaya feminin. Aalia Donna juga melancarkan koleksi baju kurung kanak-kanak pelbagai corak dan potongan.
Bagi wanita yang bertudung, anda boleh suai dan padankan baju kurung koleksi Aalia Donna bersama tudung himpunan Aalia keluaran Gulati's-Euro Moda.


JASLEEN (kanan) sentiasa memastikan produk di Gulati's-Euro Moda menepati cita rasa pelanggan.



Selain tudung berkepala keras (awning) yang diperbuat daripada kain likra, wanita juga boleh memiliki tudung yang sama berasaskan kain sifon bermotif, sifon dwi warna dan sifon polos.
Seri penampilan pada hari raya juga semakin terserlah apabila menggayakan tudung syria, selendang panjang, tudung ala Siti dan tudung yang daripada jenis sutera.
Pilihan tudung eksklusif jenama Aalia boleh didapati dari harga RM30 ke atas.
Sementara itu, pereka pakaian lelaki Gulati's-Euro Moda, Ricky Au, 30, menjelaskan, lazimnya golongan wanita lebih mudah mencari busana sedia pakai berbanding golongan lelaki.
Tempahan baju Melayu
"Segelintir pelanggan mengeluh kerana gagal mendapatkan baju Melayu yang sepadan dengan ukuran badan mereka. Kadangkala mereka selesa dengan potongan di bahagian dada tetapi lengan baju pula sendat.
"Justeru bagi mengatasi masalah ini kami di Gulati's-Euro Moda masih membuka khidmat tempahan baju Melayu meskipun tinggal dua minggu saja bulan Syawal menjelma. Saranan saya, pelanggan hanya perlu mengunjungi butik kami untuk memilih fabrik yang diminati dan membuat tempahan," terang Ricky yang menerima tempahan baju Melayu hampir 500 pasang sejak bulan Jun dan Julai lalu.
Ricky yang sudah lima tahun bertugas di Gulati's-Euro Moda mengakui lazimnya setiap kali hari raya, baju Melayu klasik seperti berbutang lima atau tiga menjadi pilihan pelanggan. Begitu juga baju Melayu Johor dan baju Melayu yang mempunyai sulaman di leher baju.


RICKY menyatakan tempahan baju Melayu di gedung Gulati's-Euro Moda masih lagi dibuka.



Bagi jejaka yang ingin tampil bergaya dan segak dalam persalinan baju Melayu, jangan lepaskan peluang memilih pakej baju Melayu yang ditawarkan di Gulati's-Euro Moda.
"Kami menyediakan harga pakej baju Melayu antara RM350 hingga RM1,200 ke atas. Pakej menarik ini meliputi khidmat tempahan dan fabrik pilihan seperti wool satin, Valentizo dan kain koleksi Ermenegildo Zegna.
"Selain itu kami turut menawarkan baju Melayu siap yang diperbuat daripada fabrik koleksi Gulati's dan Euro Moda. Himpunan baju Melayu ini boleh didapati pada harga antara RM128 hingga RM158. Malah pelanggan berpeluang memiliki kain samping secara percuma dengan setiap pembelian baju Melayu," ujar Jasleen sambil menunjukkan kemeja batik lelaki yang sesuai digayakan ketika menghadiri majlis rumah terbuka.
Gulati's setinggi tujuh tingkat yang berdiri gah di Jalan TAR itu sebelum ini hanyalah sebuah kedai kecil yang diasaskan sekitar tahun 1999.
Namun berkat kesungguhan dan kebijaksanaan pemiliknya, Gulati's yang turut menguruskan butik Euro Moda berjaya membuka sebanyak 18 buah cawangan di serata Malaysia.
Gulati's dan Euro Moda telah membuka tiga butik terbaharu di lokasi yang berbeza.
"Melihat sambutan yang cukup menggalakkan daripada penduduk sekitar Shah Alam dan Klang, kami melancarkan sebuah lagi butik di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Ia merupakan butik Gulati's dan Euro Moda yang kedua di Shah Alam selepas butik pertama dibuka di gedung SACC.
"Selain itu, pengunjung juga berpeluang membeli-belah di butik baharu kami iaitu di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor dan Kota Bharu, Kelantan," jelas Jasleen.
@kosmo.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...