Wednesday, August 15, 2012

Peminat Slot Akasia Tak Suka Tengok Neelofa?

Neelofa

Sememangnya rancangan-rancangan yang dimainkan di televisyen mampu membuat para penonton terpukau.
Mana tidaknya, drama lakonan mantap Tiz Zaqiyah dan Remy Ishak, Nur Kasih seperti satu fenomena yang besar di Malaysia.
Selain itu, baru-baru ini, drama arahan pengarah tersohor, Eirma Fatima, Dejavu Di Kinabalu turut mendapat sambutan hebat dari penonton setia Slot Akasia yang bersiaran di TV3.
Slot Akasia TV3 diteruskan dengan drama arahan Eirma Fatima juga yang berjudul, Kau Yang Terindah.
Hebat. Dua drama dari arahan pengarah yang sama ditayangkan secara berterusan.
Apabila penulis membaca sinopsis Kau Yang Terindah, terdetik di hati yang drama itu pasti akan ‘meletup’.
Mana tidaknya, cinta yang dicari-cari di Malaysia terus dikejar hingga di bawa ke tanah suci Mekah pastinya sesuatu yang luar biasa.
Drama itu memulakan tayangan pada 6 Ogos lalu dengan menampilkan pelakon utama dari Indonesia, Hafil Andrio Putra, Neelofa dan pelakon kacak bergaya yang makin mendapat tempat dihati peminat drama tanah air, Nazim Othman.
Namun, secara tiba-tiba penulis terpandang beberapa komen yang kurang enak didengar berkenaan lakonan Neelofa.
Neelofa, nama yang cukup ‘panas’ dalam industri hiburan tanah air masa kini apabila dia sering diselubungi pelbagai kontroversi.
Penulis menerima komen yang mengatakan Neelofa seperti tidak pandai berlakon dan gagal membawa watak Alisya dalam drama itu.
Malah, penulis turut memetik beberapa komen di laman sosial Twitter yang berbunyi hampir sama.
Rata-rata penonton berminat dengan drama tersebut tetapi menjadi sebaliknya apabila drama itu menampilkan Neelofa sebagai pemegang watak utama.
Adakah masyarakat sudah mula rasa tidak senang dengan kontroversi Neelofa hingga terbawa dalam penyampaian lakonannya?
Atau telah menjadi satu persepsi negatif masyarakat terhadap perwatakan Neelofa?
Penulis sukar untuk meniliti isu itu. Namun, masih ada kelompok masyarakat yang mengikuti dan meminati drama tersebut.
@mynewshub.my
Post a Comment

Kejam! Wanita Dirogol Sebelum Kepala Dipenggal

SEORANG wanita yang berkunjung ke India untuk mengubati kemurungannya, diberikan dadah, dirogol sebelum dipenggal kepala. Mayat mangsa ...