Monday, August 13, 2012

Panjut tujuh likur



AMALAN memasang panjut masih diteruskan sehingga sekarang di samping penggunaan lampu moden. - Gambar hiasan


TRADISI memasang panjut merupakan amalan biasa di kampung pada malam menjelang hari raya. Ia bertujuan memeriahkan suasana sambutan Aidilfitri yang datang setahun sekali.
Di bandar pula, penduduk lebih senang menggunakan lampu hiasan berwarna-warni untuk menerangi kediaman mereka.
Penduduk Kampung Padang Changkat, Kuala Kangsar, Perak, Fatimah Ashaari, 60, telah menyaksikan pemasangan panjut yang cukup meriah di daerah itu pada awal tahun 1970-an dan 80-an.
Digelar Panjut Kuala Kangsar, pelita raya yang dipasang di bandar diraja itu dikatakan lebih meriah berbanding tempat lain di negara ini.
Fatimah kurang pasti bilakah tradisi itu bermula. Namun, mengikut cerita lisan, bekas yang menggunakan sumbu dan minyak kerosin untuk dinyalakan itu dimulakan oleh penduduk Kota Lama iaitu pusat pemerintahan awal Kesultanan Melayu Perak.
Fatwa
“Suasana menjadi sangat meriah dengan pelita yang begitu banyak. Bagaimanapun, orang zaman dahulu menggunakan pelita untuk menerangi jalan bagi memudahkan mereka menunaikan solat tarawih di surau atau masjid terutamanya pada malam tujuh likur iaitu malam ke-27 Ramadan yang sering dikaitkan dengan malam Lailatul Qadar,” tutur Fatimah kepada Jurnal.
Ujarnya, ada yang menyifatkan amalan memasang panjut dipengaruhi elemen Hindu.
Malah, pihak berkuasa agama di Perak pernah mengeluarkan fatwa yang melarang umat Islam meraikan pesta panjut sehingga mengabaikan tuntutan agama yang lebih afdal iaitu bersolat tarawih.
“Mufti kata pertandingan itu bukan sahaja membazir bahkan menggalakkan umat Islam meninggalkan solat tarawih. Sedangkan solat itu lebih dituntut berbanding menghadiri pesta panjut.
“Ini kerana pesta itu diadakan selepas waktu berbuka puasa dan berlarutan hingga tengah malam,” kata seorang penduduk asal Kuala Kangsar yang enggan dikenali.
Katanya, sedangkan waktu itu lebih elok dipenuhi dengan solat malam dan memperbanyakkan ibadat lain.

TUJUAN asal pemasangan panjut adalah bagi meraikan 10 malam terakhir Ramadan sehingga ke hari raya.


Namun katanya, penduduk tidak dilarang memasang panjut di sekeliling rumah.
“Saya lihat masih banyak rumah yang membuat panjut dalam pelbagai reka bentuk. Ia sekadar untuk memeriahkan perayaan Aidilfitri khususnya untuk menceriakan anak dan cucu yang pulang berhari raya.
“Tentulah cucu-cucu yang tidak biasa melihat keunikan panjut berasa seronok berada di rumah datuk dan nenek mereka,” katanya.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Belanja, Perak, Datuk Mohd. Zaim Abu Hasan, tradisi menyalakan lampu panjut bagi menerangi laman rumah semakin dilupakan.
Menurutnya, zaman kegemilangan budaya Melayu itu kini semakin terancam kerana bilangan rumah yang memasang lampu minyak tanah tersebut semakin berkurangan.
“Pada 10 tahun lalu, setiap rumah di kampung akan berlumba-lumba memasang pelita minyak tanah.
“Malah, ada pertandingan panjut bagi memeriahkan lagi suasana lebaran. Tetapi sekarang tradisi itu semakin dilupakan generasi muda,” katanya
@kosmo.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...