Monday, August 13, 2012

Nuansa ceria serlah kecomelan



BAJU Melayu kanak-kanak bermotif polka dot semakin popular hari ini.


SIHAT, ceria dan bergaya menjadi prinsip yang diutamakan label pakaian kanak-kanak Manjakhuhappy.com. Maka untuk Aidilfitri kali ini, Manjakhuhappy.com bakal menyerlahkan perwatakan kanak-kanak agar tampil riang menerusi pemilihan pakaian rona-rona terang.
Ubah kebiasaan menyarungkan baju Melayu senada pada tubuh putera kecil anda dengan menggantikannya dengan baju Melayu yang dipadankan bersama seluar yang sedikit kontra.
Baju Melayu Johor bercorak polka dot dengan mainan warna kelabu dan putih, pasti mencuri perhatian apabila disatukan dengan seluar berjalur empat rona terang.
Sekiranya mahu memberi perhatian lebih kepada baju anak anda, pilih baju Melayu berjalur yang kemudiannya digabungkan bersama seluar polos.
Ibu bapa yang tidak menggemari campuran warna yang banyak disarankan memilih baju Melayu senada. Bagaimanapun kelainan pakaian itu terletak pada motif berbeza baju dan seluar. Corak reben kecil pada baju dan polka dot yang menghiasi seluar menghidupkan gaya ceria si kecil.
Sesekali tidak salah menukar angin dengan menjadikan jubah pakaian rasmi pada pagi Syawal anak-anak anda. Paduan nuansa kontra pada kolar dan lengan berjaya menghadirkan imej ‘budak baik’ dalam diri mereka.

PASTIKAN saiz yang dipakai anak anda bertepatan dengan saiz yang dijual.


Pemilik perniagaan dalam talian tersebut, Jazmiladina Husin, 32, menyatakan pakaian yang dijual menggunakan 100 peratus fabrik kapas. Fabrik kapas lebih sesuai berbanding material satin kerana personaliti kanak-kanak lelaki yang lasak dan mudah berpeluh.
“Dengan baju Melayu keluaran kami, ibu bapa tidak perlu bersusah-payah menggantikan pakaian mereka kerana berpeluh.
“Pesanan kepada ibu bapa yang berminat membeli pakaian Manjakhuhappy.com, periksa saiz baju anak anda dan bandingkan dengan saiz yang kami sediakan. Ia dapat membantu pemilihan pakaian yang tepat tanpa perlu proses penukaran dan pemulangan,” jelas Jazmiladina yang sudah tiga tahun menubuhkan perniagaan tersebut.
Selain baju Melayu, ibu bapa juga boleh membeli pakaian kanak-kanak perempuan seperti baju kurung, dres untuk bayi dan pakaian kasual. Setakat ini saiz yang disediakan hanya untuk bayi sehingga kanak-kanak berumur lima tahun.
@kosmo.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...