Thursday, August 16, 2012

Mas Idayu & Black Gamatkan Mentor 6 Raya


SHAH ALAM: Juara Mentor musim ketiga, Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md. Hanafiah dan mentornya penyanyi Mas Idayu berjaya menggamatkan rakaman Mentor 6 Raya apabila mereka muncul sebagai pengacara program itu.
Pasangan pengacara itu ketika ditemui memberitahu, mereka sangat teruja dapat menggalas tugas sebagai pengacara Mentor namun mengakui gementar.
"Walaupun sudah biasa menyanyi di pentas tetapi rasa gemuruh itu lain macam sikit kerana tidak biasa mengacarakan program," kata Black ketika ditanya mengenai pengalamannya mengacarakan program tersebut.
Mentor 6 Raya dirakamkan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini dan akan ditayangkan pada 26 Ogos depan pada pukul 8 malam di TV3.
Kemunculan dua bintang itu sebagai mengambil alih tugas pengacara asalnya iaitu Ally Iskandar dan Nas Ahmad yang kemudian bertindak sebagai mentor dalam program itu.
Mas Idayu yang menggunakan nama 'Mummy' kepada Black menggunakan kuasa sebagai pengacara program itu untuk ‘membuli’ Ally dan Nas yang diberi tanggungjawab sebagai ketua kumpulan bagi ‘game show’ selain mentor kepada artis yang hadir.
Walaupun lebih dikenali sebagai penyanyi, Mas Idayu dan Black mahu membuktikan mereka juga mampu mengacarakan program hiburan seperti Mentor Raya 6, setanding pengacara sedia ada di negara ini.
Mentor Raya juga meneruskan lagi tradisinya dengan menemukan semua barisan mentor dan protege musim keenam selepas hampir dua bulan program realiti televisyen itu melabuhkan tirainya.
Sementara itu, penerbit eksekutif program tersebut, Muhamad Sufian Isa berkata, Mentor Raya diterbitkan sebagai hadiah khas buat peminat dan para penonton yang sentiasa menyokong program tersebut setelah bermusim lamanya.
"Walaupun Mentor 6 telah lama berakhir tetapi bahang program realiti itu masih terasa dan gandingan Mas Idayu dan Black dilihat dapat mencuit hati penonton dengan gaya bersahaja mereka," ujarnya.
Suffian memberitahu, program itu nanti akan lebih kepada santai dan menghiburkan selain menghimpunkan kembali barisan mentor dan protoge setelah hampir dua bulan mereka membawa haluan masing-masing.
Konsert edisi khas sempena hari raya ini menampilkan persembahan hebat daripada eenam, Caroline, Zatul, Anas, Tisha, KJ dan Ana Syuhada.
Lebih meriah, penampilan istimewa barisan Mentor 6 iaitu Ella, Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy), Faizal Tahir, Ferhad, Adam AF dan Ramlah Ram dengan pelbagai persembahan dan permainan menarik yang disertai mereka.
Program ini dimulakan dengan sesi penyampaian cek kepada barisan pemenang Mentor 6 iaitu Puteri Caroline (Juara), Zatul (tempat kedua) dan Anas (tempat ketiga).
Penonton yang terlepas menyaksikan Mentor Raya 6 juga boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di alamat www.tonton.com.my.
@mstar.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...