Friday, August 10, 2012

Lutut Masih Cedera Tidak Halang Farid Kamil Tunggang Kuda

Farid Kamil merisikokan diri untuk melepaskan rindu menunggang kuda walaupun belum pulih daripada kecederaan lutut.
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah filem Farid Kamil yang masih belum pulih kecederaan lutut sanggup berhadapan dengan risiko apabila dia mengambil keputusan untuk menunggang kuda.
Farid, 31, berkata keputusan itu diambil kerana dia tidak dapat menahan perasaan rindu terhadap kudanya selepas beberapa minggu tidak melakukan aktiviti kesukaannya itu ekoran komitmen lakonan dan kecederaan yang dialami baru-baru ini.
“Sejak mendapat kecederaan lutut pada pertengahan bulan lalu, saya terpaksa berehat dan tidak banyak bergerak bagi memulihkannya.
“Namun, situasi itu membuatkan saya gelisah dan sangat merindui kuda saya. Akhirnya selepas tiga minggu saya terpaksa menunggang kuda selama sejam untuk melepaskan rasa rindu itu,” katanya.
Farid berkata demikian ketika ditemui pada malam gala filem lakonannya Hantu Gangsterdi GSC Maxx Berjaya Times Square di sini, malam Rabu lalu.
Kekasih kepada aktres Diana Danielle itu mengalami kecederaan lutut ketika penggambaran filem Dampak pada 16 Julai lalu di kelab hiburan Rootz, Lot 10 Bukit Bintang di sini.
Ia mengakibatkan lutut kirinya bengkak serta lebam dan mengambil masa selama enam minggu untuk pulih sepenuhnya.
Mengenai status terkini kecederaan itu Farid berkata, tempoh pemulihan yang diberikan doktor adalah tempoh yang menyeksakan kerana dia seorang individu yang aktif dan tidak boleh duduk diam.
“Saya hanya berehat dan jaga betul-betul kaki ini untuk minggu pertama sahaja. Masuk minggu kedua saya sudah mula bergerak tetapi dalam keadaan berhati-hati.
“Hakikatnya, saya berasa rimas kerana pergerakan terbatas sedangkan saya seorang yang tidak boleh duduk diam. Saya sudah tidak sabar untuk pulih seperti sediakala,” kongsinya.
Ditanya perkembangan terkini, Farid kini sibuk di lokasi penggambaran filem Pengapitarahan Wan Hasliza Wan Zainuddin di samping Rita Rudaini, Anne Ngasri dan Nadiya Nisa.
Selain itu, aktor dari Alor Setar, Kedah ini bakal muncul sebagai watak gengster bernama Ewan dalam filem komedi aksi berjudul Hantu Gangster arahan Namewee.
Filem itu menemui penonton bermula 9 Ogos 2012.
@mstar.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...