Thursday, August 16, 2012

Kenchana Dewi Gementar Ditinggalkan Halim & Nabil


Kenchana Dewi bakal bersiaran secara solo pada hari raya nanti.
PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, Kenchana Dewi mengakui gementar untuk mengendalikan segmen Breakfast@Suria tanpa kehadiran dua gandingannya iaitu Halim Othman dan Nabil Ahmad pada Hari Raya nanti.
Kenchana berkata, dia akan mengendalikan segmen tersebut bermula pada Hari Raya pertama sehingga Hari Raya ketiga.
"Kedua-dua mereka mengambil cuti raya dan ini adalah pengalaman pertama saya mengendalikan segmen itu tanpa mereka dan harap-harap semuanya akan berjalan dengan lancar," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Kenchana tetap teruja untuk bertugas kerana kemunculannya secara solo itu nanti turut menjadi satu cabaran dalam kerjayanya sebagai deejay radio.
Dia juga akan cuba sebaik mungkin untuk memastikan semua pendengar Suria FM terhibur bersama seleksi lagu Hari Raya yang diputarkan.
"Takut memang takut tetapi saya perlu lakukan walaupun tanpa kehadiran Nabil dan Halim dan ini adalah peluang saya untuk melakukannya tanpa kehadiran mereka," ujarnya.
@mstar.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...