Thursday, August 16, 2012

IRMA HASMIE HAMIL, SUAMI YANG MENGIDAM

Selera suami Irma Hasmie, Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan tiba-tiba menjadi pelik apabila kuat makan berbanding sebelumnya. Bila dicari punca mengapa suaminya menjadi begitu, rupa-rupanya ia disebabkan oleh Irma kini sudah berbadan dua!

"Isteri tidak mengidam apa-apa lagi setakat ini tetapi sebaliknya saya pula yang mengidam nak makan macam-macam sehingga menjadikan saya seorang yang kuat makan," ujar Redza kepada media.




Apa yang menarik, Redza akan sentiasa menemani isterinya ke majlis-majlis tertentu disebabkan bimbang. Kata Redza, dia khuatirkan keadaan isterinya yang mengalami alahan akibat mengandung.

"Jika terjadi apa-apa susah pula. Lebih baik saya menemani dia ke mana-mana selepas ini tambahan pula dengan cara itu ia boleh mengeratkan lagi hubungan kami suami-isteri," tambahnya yang amat teruja untuk bergelar seorang bapa.

Terdahulu, Irma turut memberitahu bahawa kandungannya berada di dalam keadaan baik tanpa sebarang masalah. Tambah pelakon itu, dia cuma tidak boleh menikmati makanan seperti kebiasaannya kerana sering muntah-muntah.

"Syukur Alhamdulillah dengan kurniaan ini dan saya berharap semua mendoakan yang terbaik buat diri saya," katanya tersenyum.

@myartis.com

Busana Azamas di duyung, telok mas dan kuala sg baru! 3 pasang baju RM100! Klik!

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...