Tuesday, July 31, 2012

Dua Beradik Dituduh Bunuh Ibu Tiri Sendiri

Dua Beradik Dituduh Bunuh Ibu Tiri Sendiri
KLANG  - Dua beradik perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh ibu tiri mereka pada pertengahan bulan ini.
Tiada pengakuan direkodkan daripada pekerja pub, Zahidah Ahmad, 29, dan adik tirinya yang baru berusia 16 tahun.
Semasa tuduhan dibacakan, pelajar tingkatan empat itu berdiri di luar kandang tertuduh dan dilihat sering mengesat air matanya sambil memegang tangan kakak tirinya yang berada di dalam kandang tertuduh.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian guru agama, Tanziah Zainuddin, 72, dengan menekup muka mangsa dengan bantal.
Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 5.30 petang, 14 Julai lalu di ruang tamu rumah No. 2, Lorong Kiyai Sujak, 20B, Taman Sri Wangi, Kapar di sini. (Utusan Malaysia)
@mynewshub.my

Erra Fazira Fokus Persiapan Raya Aleesya

Erra Fazira

Dalam kerancakan orang ramai bercerita mengenai kisah rumah tangganya, Erra Fazira lebih selesa untuk berdiam diri daripada memberikan maklum balas mengenai cerita yang tidak sahih.
Untuk Ramadhan kali ini, Erra mengakui aktiviti kerjanya padat.
Walaupun sibuk menguruskan kerjaya seninya, Erra tidak pernah lupa atau tertinggal menyediakan persiapan untuk anak perempuannya bagi menyambut Hari Raya Aidilfitiri.
Kali ini, Erra dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin bersama-sama menyediakan persiapan raya untuk puterinya, Engku Aleesya.
Kata Erra, dia lebih gemar menyediakan persiapan di saat-saat akhir.
Tetapi, barang-barang keperluan untuk Aleesya akan disediakan awal sejal Ramadhan menjelma.
“Saya jenis buat persiapan saat akhir. Sejak dulu lagi saya suka melakukan persiapan penghujung Ramadan kerana lebih terasa nikmatnya. Pun begitu, tidaklah semua saat akhir, ada juga yang saya beli awal seperti baju anak.
“Kalau bercakap soal persiapan, fokus saya lebih kepada Aleesya. Setakat ini saya ada tiga pasang baju raya untuknya dan hujung Ramadan nanti, saya akan beli lagi. Tahun lalu dia ada 10 baju raya,” kata Erra seperti dalam Harian Metro Online.
Dalam kesibukan menyediakan persiapan raya untuk anaknya, Erra tidak lupa untuk menyediakan pakaian raya buat dirinya.
Cuma, dia lebih gemar besederhana di hari raya.
“Untuk diri sendiri, memadai dua atau tiga baju. Biasanya pada hari raya, saya akan tampil ringkas dan santai. Baju kurung pilihan saya daripada jenis kain kapas kerana ia sesuai dengan cuaca panas terik dan suasana kampung,” katanya.
@mynewshub.my

Bekas Pengurus Fail Saman Terhadap Hafiz AF

Hafiz AF Disaman RM200,000 Bekas Pengurus

KUALA LUMPUR — Penyanyi Hafiz AF yang popular dengan lagu ”Awan Nano” hari ini disaman bekas pengurus pentas sebuah rancangan hiburan di Astro atas dakwaan menyebabkan kecederaan kepadanya.
Nur Haniza Mohd Azhar, 25, selaku plaintif menamakan Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 22, yang juga juara Akademi Fantasia ke-7, sebagai defendan bagi menuntut ganti rugi lebih RM200,000.
Beliau memfail saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini, menerusi Tetuan Boestamam Ahmad & Co.
Dalam pernyataan tuntutannya, Nur Haniza mendakwa beliau didatangi Mohd Hafiz yang menepuk bahunya dari belakang dan menyatakan hasrat untuk berjumpa dengannya secara paksa ketika beliau menjalankan tugas sebagai pengurus pentas untuk rancangan Salih Yaacob Show di Studio Filem Negara pada 3.15 petang, 17 Mei tahun lepas.
Nur Haniza mendakwa beliau menolak pelawaan itu dengan baik kerana sedang sibuk melakukan tugasannya tetapi beliau tetap didesak Mohd Hafiz untuk berbincang mengenai suatu perkara.
Nur Haniza, yang kini bekerja sebagai penasihat jualan di syarikat permotoran, mendakwa ketika beliau menuruni tangga studio untuk meneruskan tugasnya, Mohd Hafiz bertindak agresif dengan menolaknya sehingga terjatuh ke bawah dan tersungkur di hadapan rakan sekerjanya. – BERNAMA
@mynewshub.my

Norish Karman Tak Kisah Dengan Cakap Orang

Norish Karman Tak Kisah Dengan Cakap Orang

KUALA LUMPUR – Setelah sekian lama mendiamkan diri mengenai isu yang mengatakan dia melahirkan seorang bayi dengan tersebarnya gambar seorang wanita mirip mukanya di sebuah hospital swasta, pelakon wanita, Norish Karman akhirnya membuka mulut.
Kali ini, Norish sudah tidak kisah lagi dengan pandangan dan persepsi orang ramai terhadap dirinya.
Katanya, biarpun orang ramai menabur fitnah tentang dirinya, dia sentiasa bersabar dan berdoa supaya Allah S.W.T sentiasa memberikan bantuan kepada orang yang teraniaya seperti dirinya.
“Biarlah orang nak bercakap apapun. Umi Syarifah (ibu), pesan kita akan dapat bantuan Allah jika dianiaya. Dia juga nasihatkan saya supaya baca doa setiap kali selepas selesai solat untuk memohon pertolongan Allah.
“Lagi orang cakap rezeki saya lagi banyak. Allah akan bagi rezeki kepada orang yang teraniaya. Peminat juga tak pandang serong terhadap saya biarpun isu ini kecoh diperkatakan. Mereka datang peluk saya apabila berjumpa saya,” kata Norish yang dipetik dari Harian Metro Online.
Meskipun cerita fitnah yang menyebabkan dirinya malu, Norish mengatakan dia tidak pernah takut dengan manusia.
Sebaliknya, dia hanya takut kepada Allah S.W.T kerana menganggap itu hanyalah sebagai dugaan hidup untuk dia terus menjadi hamba yang kuat.
“Saya hanya takut Allah dan tak takut dengan pandangan serong manusia. Apapun saya serahkan pada Allah untuk menilai. Zaman nabi dulu, ada juga yang kena masuk penjara, difitnah dan macam-macam lagi tapi akhirnya darjat mereka diangkat tinggi sebagai khalifah.
“Inikan pula saya manusia kerdil. Ini adalah ujian daripada Allah untuk angkat darjat saya,” katanya.
Tidak melatah dengan cerita-cerita yang dicanang umum terhadap dirinya, Norish menyerahkan segala yang terjadi kepada Allah S.W.T untuk menentukan segalanya.
“Saya tak melatah dengan mana-mana media pun untuk marah. Cukuplah dia dikutuk Allah kerana buka keaiban orang. Siapa yang buka keaiban orang akan dianiaya Allah nanti. Saya serahkan segala-galanya pada Allah untuk menentukan,” kata Norish.
berita terdahulu...
Norish Karman 'Diburu' Media Bila Fotonya Bersama Bayi Tersebar...

Norish Karman ‘Diburu’ Media Bila Fotonya Bersama Bayi Tersebar…


Sekarang ini, gempar di banyak laman web hiburan apabila beberapa keping gambar pelakon dan pengacara, Norish Karman yang berada di dalam wad hospital dengan bayi kecil tersebar meluas.
Kalau dilihat, wajah wanita yang terbaring di atas katil dalam hospital mirip seperti Norish.
Malah, ada juga gambar di mana ‘tag’ tangan yang dipakai oleh Norish jelas menunjukkan namanya sendiri.
Norish dikhabarkan telah melahirkan seorang bayi lelaki pada 24 September 2011 di KPJ Cheras sekitar jam 6.13 petang.
Bayi lelaki itu telah diberikan nama Alexander bin Abdullah.
Ada juga sekeping gambar anak lelaki Norish dengan bayi itu.
Bulan Disember tahun lalu, industri tanah air digemparkan dengan cerita mengatakan Norish sedang mengandung.
Bagaimanapun, Norish menafikan dakwaan tersebut kerana dia sebenarnya sedikit sibuk dengan aktiviti kerjayanya di samping membesarkan anak-anaknya.
Bukan itu sahaja, ada juga beberapa dakwaan yang mengatakan Norish yang secara tiba-tiba menyepikan diri dari dunia hiburan kerana sedang mengandung dan tinggal di Bali, Indonesia?
Tidak kurang juga, ada beberapa peminat yang memuat naik status di laman Facebook mengenai dakwaan penipuan Norish.
Apakah cerita sebenarnya? Siapakah bayi yang dipegang oleh Norish? Adakah dia dimasukkan ke hospital kerana jatuh sakit? Atau adakah ia cuma ‘sedutan’ daripada adegan dalam drama lakonannnya?
Apapun janganlah kita menyangka yang bukan-bukan selagi belum ada kenyataan sahih dari yang empunya badan.
Kita kena adil pada Norish…mungkin inilah harga yang perlu dibayar agaknya bila bergelar selebriti, Wallahualam.
@mynewshub.my

Bayi Dalam Kandungan Memegang Tangan Doktor

Bayi Dalam Kandungan Memegang Tangan Doktor
Gambar menakjubkan ini dirakamkan oleh jurugambar akhbar USA Today ketika proses kelahiran seorang bayi yang baru mencecah usia kandungan 21 minggu.
Bayi lelaki itu yang diberi nama Samuel mengeluarkan tangan kecilnya dari lubang bedah rahim ibunya.
Ketika doktor mengangkat tangannya, Samuel memberi reaksi terhadap sentuhan dan meramas jari doktor.
Seolah-olah memohon kekuatan untuk dikeluarkan dari rahim ibunya!
@mynewshub.my

Bruce Willis Anggap Anak-Anak Pentingkan Diri

Bruce Willis
AKTOR Bruce Willis berang apabila anak-anaknya cuba menjauhkan diri daripada ibu mereka Demi Moore yang sedang mengalami masalah kemurungan yang teruk.
Menurut laporan Showbizspy.com, Bruce menyifatkan ketiga-tiga anak perempuannya iaitu Rumer, 23, Scout, 21, dan Tallulah, 18, terlalu mementingkan diri.
"Bruce amat kecewa dengan anak-anaknya itu dan menggelar mereka sebagai anak yang terlalu dimanjakan dan pentingkan diri.
Demi Moore
"Dia tidak faham mengapa mereka membiarkan ibunya sendirian di saat dia memerlukan sokongan daripada orang yang disayangi," kata sumber.
Tambah sumber itu, Bruce berasa cara layanan anak-anaknya terhadap Demi agak kasar.
Pelakon itu yang masih menyayangi Demi walaupun sudah bercerai tidak dapat meluangkan masa kepada bekas isterinya itu kerana dia juga sudah berkahwin lain dan anak memiliki anak baru untuk diberi perhatian.
@mstar.com.my

Haizi Rani Tak Serik Mahu Jadi Penyanyi

Haizi mengakui merindui bidang nyanyian. Foto FAIHAN GHANI.
PETALING JAYA: Bekas peserta program Sinaran Pasport Kegemilangan yang popular suatu ketika dahulu iaitu Haizi Rani menganggap masih belum terlambat untuk memulakan kembali karier nyanyiannya selepas hampir sepuluh tahun tidak tampil dengan album baru.
Haizi, 33, berkata, dia tidak peduli jika ada pihak yang sudah tidak mengenalinya kerana berpegang kepada keyakinan dan rezeki yang telah ditetapkan.
"Saya tidak mahu menjadikan faktor masih dikenali atau tidak sebagai halangan untuk diri saya melakukan sesuatu yang saya cintai.
"Malah saya yakin dengan kehadiran single atau album baru itu nanti akan dapat diterima peminat.
"Paling penting adalah usaha kita sebagai manusia dalam mengejar sesuatu impian," ujarnya ketika ditemui mStar Online.
Tambah Haizi, sepanjang tidak merakamkan album atau membuat persembahan pentas dia sentiasa memasang hasrat untuk kembali ke persada muzik tempatan dan berharap hasrat itu akan tercapai.
"Kali terakhir saya muncul dengan album baru adalah pada tahun 2004 yang berjudul 'Terus Melangkah' dan selepas itu saya terus senyap. Bagaimanapun itu bukan bermakna saya sudah berputus asa dengan impian dan cita-cita saya," jelasnya.
Dalam pada itu, Haizi memberitahu sedang mengintai beberapa orang komposer terkenal tanah air untuk bekerjasama dengannya dan berhasrat untuk mendapatkan khidmat Edry Abdul Halim dan Adi daripada kumpulan Sixth Sense.
Haizi bagaimanapun berkata, ia masih lagi di peringkat awal dan tidak mahu terlalu terburu-buru tampil dengan karya baru selain memastikan perancangan dibuat berjalan dengan baik.
"Setakat ini ia masih pada peringkat perbincangan lagi dan saya tidak mahu terburu-buru kerana ingin melakukan sesuatu yang betul," katanya.
Sementara itu, Haizi yang juga bekas penyampai berita TV3 menjelaskan kehilangannya selama beberapa tahun sebelum ini bukan kerana kecewa atau kecil hati dengan industri sebaliknya ingin memberikan tumpuan kepada keluarga.
Haizi menjelaskan sepanjang tempoh tersebut dia banyak menghabiskan masa bersama keluarga selain memberi fokus kepada perniagaan kedai dobi yang diusahakannya.
Dalam perkembangan lain, Haizi yang baru muncul sebagai pengacara program terbaru berjudul Resipi Sunnah memberitahu teruja dapat kembali ke dunia pengacaraan dan sedang dalam perancangan untuk mengacarakan sebuah program travelog.
Resipi Sunnah disiarkan pada setiap Jumaat pada pukul 6.30 petang di TV9.
@mstar.com.my

'Usah Terlalu Kemaruk Untuk Jadi Pelakon' – Amar Baharin

Amar selesa berlakon untuk drama televisyen sehingga dia benar-benar mendapat skrip filem yang baik. - Foto oleh RAYMOND OOI
PETALING JAYA: Aktor Amar Baharin berkata seseorang pendatang baru hendaklah tidak terlalu kemaruk untuk menjadi pelakon filem sehingga sanggup menerima tawaran membintangi karya yang tidak berkualiti.
Sebaliknya kata Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 27, golongan berkenaan hendaklah bersikap selektif ataupun memilih sebelum menerima sesuatu tawaran.
“Pelakon baru sepatutnya bersikap memilih jika hendak berlakon dalam sesebuah filem. Masalahnya, apa yang saya perhatikan majoriti pelakon baru menerima sahaja apa juga tawaran yang diberi kepada mereka walaupun ia berkualiti rendah.
“Hanya kerana mereka mahu nama terpahat sebagai pelakon filem, segelintir artis baru ini terima bulat-bulat tawaran itu tanpa memikirkan impaknya pada profil mereka,” katanya ketika ditemui di Menara Star di sini, petang Isnin.
Bekas finalis program Anak Wayang ini berkata, demi untuk tidak mencalarkan profil kerjaya dia lebih selesa berlakon untuk siaran televisyen sahaja sehingga menerima tawaran filem yang berlainan dan membanggakan.
“Untuk apa berlakon filem kalau filem yang ditawarkan itu tidak bagus, kurang kualiti dan hasilnya lebih teruk daripada sebuah drama televisyen?
“Lebih baik saya berlakon di televisyen sahaja buat masa ini sehingga ada skrip yang tersendiri dan bersesuaian pada masa akan datang,” katanya.
Mengenai perkembangan terbaru, Amar memutuskan untuk berehat daripada kerja sepanjang baki bulan Ramadan yang masih tinggal ini.
“Pada awal puasa, saya sibuk di lokasi penggambaran telefilem Jambatan Ke Syurga. Sebelum Ramadan, saya sudah sibuk setiap hari selama dua bulan kerana komitmen drama bersiri Naziha untuk TV3 dan Geng Surau musim kedua (RTM).
“Kini saya hanya mahu berehat dulu di rumah sebelum mempertimbangkan sebarang tawaran lakonan yang baru,” katanya.
Aksi lakonannya boleh ditonton dalam drama Naziha yang kini disiarkan pada setiap Jumaat pukul 9 malam di TV3.
@mstar.com.my

Illa Sabry Labur Hampir RM100 Ribu Untuk 'Muncul' Semula

Illa Sabry. Foto RAYMOND OOI
PETALING JAYA: Penyanyi Illa Sabry menganggap kemunculan semulanya ke persada muzik tempatan selepas lapan tahun menyepi bukannya sudah ketinggalan meskipun ramai artis seangkatannya sudah jauh ke hadapan.
Illa atau nama sebenarnya Fasillah Sabry, 33, berkata, walaupun agak terkebelakang, dia percaya dengan memiliki sebuah album yang bagus, namanya mungkin mampu diangkat semula seperti pada era kegemilangannya sekitar tahun 2004.
"Dalam industri muzik kita sekarang ini, agak susah untuk menjangkakan mengenai penerimaan umum terhadap lagu-lagu kita.
"Namun saya yakin dengan pelaburan hampir RM100,000 bagi mendapatkan lagu-lagu yang bagus, ia mudah menarik perhatian pendengar dan populariti itu akan muncul dengan sendirinya.
"Lagipun saya akan menyanyikan semula lagu Keranamu Kekasih, yang pernah menaikkan nama saya dahulu dengan susunan muziknya lebih segar khas buat peminat yang baru mengenali saya," katanya yang ditemui di studio Menara Star, di sini, Isnin.
Tambah Illa, album baru yang akan dilancarkan pada penghujung tahun ini dihasilkan dengan kerjasama komposer hebat iaitu Ajai, Aidit Alfian dan Adi (6ixth Sence).
Penyanyi kelahiran Perlis ini memberitahu, tujuannya untuk menyertai semula dalam bidang nyanyian juga tiada kena mengena untuk bersaing dengan penyanyi yang sedia ada, sebaliknya sekadar ingin memeriahkan industri muzik tanah air.
"Saya seorang yang sangat teliti dan bersungguh dalam hal kerja. Kemunculan semula saya ini juga dibuat hasil daripada usaha saya yang terlalu rindu beraksi di atas pentas.
"Sebab itu komposer yang dipilih untuk projek album saya ini bukan calang-calang orang. Semoga saya diberi peluang lagi," ujarnya.
Walaupun yakin dengan lagu-lagu baru yang bakal muncul tidak lama lagi, graduan bidang pengurusan perniagaan Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) ini agak risau dengan tubuh badannya yang sedikit berisi.
Dia kini sedang berusaha untuk menurunkan berat badannya mengikut kadar yang sesuai bagi seorang penyanyi.
"Di Malaysia, para selebriti perlu menjadi cantik buat tatapan peminat-peminat mereka. Dan apabila saya muncul semula di khalayak, pasti ramai yang akan terkejut dengan perubahan diri saya yang ketara berbanding dahulu.
"Bayangkan, lapan tahun dahulu, berat saya hanya 47 kilogram (kg) dan kini saya sudah 63 kg. Ini pun dah turun sedikit selepas saya menjaga rutin pemakanan dan senaman sejak April lalu," katanya yang menyasarkan berat 56 kg sebelum pelancaran album barunya itu.
@mstar.com.my

Sofia Jane Punca Sheila Rusly Kembali Berlakon

Sheila Rusly
PETALING JAYA: Pelakon dan penerbit drama Sheila Rusly berkata keputusan untuk kembali berlakon selepas hampir setahun berehat semata-mata kerana projek istimewanya bersama rakan aktres Datin Sofia Jane.
Sheila, 41, berkata, dia terpanggil untuk berlakon semula dalam telefilem berjudul Jane Jamilah itu demi memenuhi keinginan Sofia yang bersetuju untuk membintangi karya genre komedi buat julung kalinya.
“Saya bersetuju untuk berlakon semula kerana rakan lama, Sofia Jane yang buat pertama kalinya bersetuju membintangi telefilem komedi berjudul Jane Jamilah.
“Telefilem ini adalah projek istimewa kami untuk tayangan selepas Hari Raya nanti dan kini berada dalam proses suntingan,” katanya ketika dihubungi mStar Online.
Ditanya mengenai tindakannya berehat daripada lakonan sebelum ini, Sheila berkata, dia selesa memberikan tumpuan kepada kerja-kerja belakang tabir syarikat produksinya dan suami Azman Yahya (Jinggo) iaitu JS Pictures.
Sofia Jane
“Kalau diikutkan sudah hampir setahun saya tidak berlakon langsung kerana sibuk membantu Jinggo dalam kerja-kerja belakang tabir drama-drama terbitan syarikat kami.
“Sebenarnya, saya kasihan pada suami yang sering tidak cukup tangan dengan pelbagai komitmen. Kebetulan pula, saya juga mempunyai ilmu dan kemahiran dalam bidang itu, apa salahnya saya bantu apa yang patut,” katanya.
Mengenai sambutan Ramadan pada kali ini, Sheila berkata, syarikat produksinya tidak melakukan sebarang penggambaran sepanjang bulan puasa dan lebih menumpukan pada proses pra-produksi drama bersirinya akan datang.
“Macam biasa, syarikat produksi saya akan berhenti berehat daripada penggambaran sepanjang bulan Ramadan.
“Selain untuk fokus pada ibadah, saya sibuk dengan kerja-kerja pra-produksi drama bersiriCinta Adam & Hawa yang akan memulakan penggambaran selepas Hari Raya,” katanya.
@mstar.com.my

Penceroboh E-mel Pelakon Wendy Wong Minta Wang RM11,000

Wendy Wong
PETALING JAYA: Pelakon dan penerbit drama Wendy Wong terkejut apabila ada pihak menceroboh e-melnya bagi memperdayakan orang ramai untuk menuntut wang berjumlah Euro$2,850 (RM11,000).
Wendy atau nama Islamnya Wani Wendy Wong Abdullah pada Selasa berkata, dia menerima panggilan telefon daripada ramai kenalan yang mahu menolong selepas mereka menerima e-mel kononnya dia mengalami masalah di Sepanyol.
“Pagi ini (Selasa) saya dihujani berpuluh-puluh panggilan telefon daripada kenalan saya selepas mereka menerima e-mel kononnya saya memerlukan bantuan apabila dompet dan kad kredit saya tercicir di Sepanyol.
“Sebenarnya, itu adalah helah individu yang berjaya menceroboh akaun e-mel saya untuk memperdayakan orang ramai. Saya berada di Malaysia dan tidak ke luar negara seperti yang dicatat dalam e-mel berkenaan,” katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.
mStar Online yang turut menerima e-mel itu yang menggunakan alamatwendywong2200@yahoo.com mendapati, penggodam akaun tersebut telah mengirim pesanan dengan mengatakan Wendy memerlukan wang bagi membayar bil hotel serta tambang untuk pulang ke tanah air.
Inilah mesej palsu yang dikirimkan individu tidak bertanggungjawab selepas berjaya menceroboh akaun e-mel Wendy Wong.
Wendy dikatakan menghadapi masalah ketika mengikuti satu program di Sepanyol apabila dompet yang mengandungi wang dan kad kreditnya telah tercicir menyebabkan pasportnya ditahan oleh pihak hotel kerana gagal membuat pembayaran.
Malah mesej dalam e-mel palsu itu turut menyatakan pihak kedutaan Malaysia di Sepanyol tidak dapat mengendalikan kes berkenaan dengan efisien sehinggalah dia memerlukan bantuan rakan-rakan bagi meminjamkannya wang.
Bercerita mengenai hal berkenaan Wendy berkata, kira-kira dua minggu lalu dia telah menghantar komputer ribanya ke sebuah pusat servis di Mid Valley dekat sini.
Katanya, pemilik kedai berkenaan memberitahu komputer tersebut harus diformatkan semula yang antara lain akan menyebabkan data yang disimpan musnah.
“Saya bersetuju untuk format semula dan tinggalkan komputer saya itu selama dua minggu. Apabila saya mahu menuntutnya, saya membawa data yang saya simpan menerusi “external hard disc” untuk dimasukkan dalam komputer itu,” katanya.
Menurut Wendy, sebaik pulang ke rumah dan mahu menggunakan komputer berkenaan, dia mendapati akaun e-mel Yahoo miliknya tidak dapat digunakan apabila kata laluan sudah bertukar.
Berikutan itu Wendy akan membuat laporan polis dan berhasrat mengambil tindakan terhadap individu yang bertanggungjawab menggunakan namanya bagi memperdayakan orang lain.
Pelakon ini juga meminta orang ramai dan mana-mana pihak yang mendapat e-mel berkenaan agar tidak terpedaya kerana ia merupakan taktik pihak tertentu yang mahu mengambil kesempatan atas kedudukannya sebagai seorang artis.
“Saya malu jika orang percaya saya mahu meminta wang. Saya harap semua pihak tidak terpedaya selepas penjelasan saya ini,” ujarnya.
@mstar.com.my

Ikan paus yang diselamatkan ditemui mati



AFP
BEBERAPA aktivis berusaha untuk menyelamatkan seekor ikan paus sperma dekat pantai Karawang, Jawa Barat pada Jumaat lalu.


JAKARTA - Seekor ikan paus sperma yang dibantu kembali semula ke laut telah ditemui mati kira-kira 25 kilometer dari tempat ia terdampar selama empat hari, kata seorang pegawai Rangkaian Bantuan Haiwan Jakarta, Pramudya Harzani.
Ikan paus sepanjang 12 meter itu ditemui terdampar di sebuah kawasan cetek dekat pantai Karawang, Jawa Barat pada Rabu lalu.
Namun, beberapa penyelamat berjaya membantu ikan tersebut bergerak ke kawasan laut dalam apabila ia ditarik dengan menggunakan 10 buah kapal dan sebuah bot tunda pada Sabtu lalu.
Menurut Harzani, bangkai ikan tersebut ditemui beberapa anggota penyelamat di Muara Gembong. - AP
@kosmo.com.my

Hidangan berbuka di lebuh raya



ZUHAIRI menunjukkan pelbagai menu promosi Ramadan di Coffee+More.


MENEMPUH perjalanan jauh di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) ketika bulan Ramadan ini pasti membuatkan anda tercari-cari lokasi untuk berbuka puasa yang enak dan menyelerakan.
Sekiranya anda menghadapi masalah tersebut apa kata singgah sebentar untuk berbuka puasa di kafe Coffee+More yang terletak di Hentian R&R Seremban arah utara dan selatan serta di R&R Tapah arah selatan.

NASI BERIANI AYAM.


Pengurus Pembangunan Perniagaannya, Zuhairi Alias berkata, sempena bulan Ramadan ini, kafe berkenaan menawarkan enam set beriftar untuk memudahkan orang ramai berbuka puasa.
Katanya, set berkenaan merupakan inisiatif syarikat itu bagi memberi kepuasan dan pengalaman berbuka puasa yang istimewa kepada pengguna lebuh raya PLUS.
“Biasanya pengguna lebuh raya PLUS tidak mempunyai banyak pilihan selain berbuka puasa di gerai-gerai yang terdapat di Hentian R&R.
“Atas faktor itu, kita menawarkan enam set hidangan istimewa ini dengan pelbagai juadah dan makanan enak yang pasti menambat selera,” katanya.

SET mi kari antara hidangan di Coffee+More.


Menurutnya, dengan setiap pesanan set berkenaan setiap pelanggan juga akan mendapat bubur lambuk dan kurma secara percuma.
“Antara hidangan yang ditawarkan ialah nasi ayam toot-toot, nasi beriani dan pelbagai jenis mi pada harga dari RM3.90 hingga 14.90 mengikut set.
“Selain berbuka puasa, pelanggan juga boleh singgah di kafe kami untuk menikmati pelbagai kopi istimewa bagi menyegarkan badan selepas penat memandu pada musim perayaan ini,” jelasnya
@kosmo.com.my

Iran rancang bunuh diplomat Israel

AFP
GAMBAR fail menunjukkan sebuah kereta yang dinaiki seorang diplomat Israel terbakar di New Delhi pada 13 Februari lalu.



NEW DELHI - Polis India telah membuat rumusan bahawa anggota-anggota Pengawal Revolusi Iran telah melancarkan serangan terhadap seorang diplomat Israel di sini pada Februari lalu, menurut satu laporan semalam.
Akhbar Times of India yang memetik siasatan polis melaporkan, lima orang suspek dipercayai bekerjasama dengan seorang wartawan tempatan untuk merancang serangan itu.
Pengawal Revolusi merupakan unit ketenteraan Iran.
Dalam serangan berkenaan, seorang lelaki bermotosikal melekatkan sebutir bom bermagnet pada sebuah kenderaan Kedutaan Israel.
Interpol telah mengeluarkan waran tangkap antarabangsa terhadap empat suspek yang dinamakan dalam laporan polis pada Mac lalu.
Namun, buat pertama kalinya, anggota unit tentera Pengawal Revolusi Iran menjadi suspek dalam serangan tersebut.
"Butiran terperinci tentang suspek telah dimaklumkan kepada Iran," menurut akhbar berkenaan.
Akhbar yang sama turut menamakan seorang jurubina Iran, Houshang Afshar Irani sebagai dalang serangan itu dengan dia turut merancang plot berasingan untuk membunuh warga Israel di Thailand dan Georgia pada waktu yang sama.
Perancang utama serangan itu dipercayai polis telah memasuki negara ini dengan menggunakan visa pelancong.
Dia kemudian meninggalkan India selepas percubaan membunuh itu dilakukan.
Pada Mac lalu, seorang wartawan veteran India, Syed Mohammed Kazmi yang bekerja sambilan dengan agensi berita Iran (IRNA) menjadi individu pertama yang ditangkap berhubung serangan ke atas diplomat Israel.
Seorang diplomat Yahudi yang berusia 42 tahun dan isteri atase pertahanan di Kedutaan Israel cedera parah dalam serangan itu yang berlaku dekat kediaman Perdana Menteri, Manmohan Singh di New Delhi.
Israel kemudian menyalahkan Iran ekoran serangan tersebut.
Beberapa penganalisis menyatakan, Iran melakukan serangan balas selepas seorang saintis nuklear negara tersebut mati di Teheran. Iran mendakwa serangan itu dilakukan agensi perisikan Israel, Mossad. - AFP
@kosmo.com.my

Mati dipercayai dibelasah anak




KUCHING - Seorang lelaki warga emas yang bertarung nyawa selepas dipercayai dipukul anak lelaki sendiri akhirnya meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak semalam selepas menerima rawatan hampir dua minggu.
Jeni Kaderi, 77, dipercayai bergaduh dengan anaknya yang berusia 41 tahun pada 17 Julai lalu di rumah mereka di Kampung Sinar Bumi Lama di sini sehingga cedera di rusuk, lebam di mata kiri, telinga kanan dan pendarahan di paru-paru kanan.
Bagaimanapun, suspek yang juga dikenali sebagai 'Ribut' pandai memperdayakan jiran-jiran mereka bahawa bapanya cedera selepas terjatuh tangga.
Namun, rahsia itu terbongkar selepas adik perempuannya datang ke rumah tersebut dan menemui bapanya dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum meminta anak saudaranya membawa mangsa ke hospital.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad (gambar) berkata, mangsa meninggal dunia pada pukul 1 pagi dan doktor mengesahkan sembilan tulang rusuk kanan mangsa patah.
Serentak dengan itu, polis menahan reman suspek untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
@kosmo.com.my

Polis dituduh pukul pekerja hotel



MOHD. AZUAN ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Seremban semalam.


SEREMBAN - Seorang pegawai polis mengaku tidak bersalah atas tuduhan memukul, mengugut dan memecah cermin kereta di Hotel S2 di sini baru-baru ini selepas dihadapkan ke tiga Mahkamah Majistret semalam.
Di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh., Inspektor Mohd. Azuan Yasin, 32, dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan menakutkan Mohamed Nadzeem Zainal Larifin, 25, menggunakan objek keras berwarna hitam menyerupai pistol pada pukul 2.50 pagi di ruang tamu Hotel S2 di sini pada 17 Julai lalu.
Dia juga dituduh memecah cermin pintu hadapan kereta bernombor pendaftaran MBB 1531 milik Tan Chee Luan, 25, sehingga menyebabkan pemilik kenderaan itu kerugian sebanyak RM150 pada pukul 5.45 pagi di kedai kopitiam dekat Temiang di sini pada tarikh dan masa sama.
Di hadapan Majistret Haslina Basarudin pula Mohd. Azuan dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan menakutkan Koh Wen Gio, 32, menggunakan objek keras berwarna hitam menyerupai pistol pada pukul 2.50 pagi di ruang tamu Hotel S2 di sini pada 17 Julai lepas.
Sementara itu, di hadapan Majistret S.Megaswary pula, tertuduh didakwa memecah pintu belakang sebelah kiri kereta bernombor pendaftaran NBV 8822 milik Tan Chee Hold, 32, yang menyebabkan pemiliknya kerugian sebanyak RM180 dalam kejadian pada pukul 5.45 pagi di kopitiam dekat Temiang di sini pada tarikh sama.
Bagi pertuduhan mendatangkan kecederaan, Mohd. Azuan didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau sebat.
@kosmo.com.my

Tertuduh mati dalam mahkamah



ANGGOTA polis mengusung keluar mayat Fazlie dari kamar Mahkamah Majistret 1 Melaka semalam.


MELAKA – Suasana tenang di Mahkamah Majistret 1 di Kompleks Mahkamah Melaka semalam bertukar menjadi gempar apabila seorang tertuduh lelaki tiba-tiba rebah lalu meninggal dunia di luar kandang tertuduh.
Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, seorang tertuduh, Fazlie Khamis, 28, yang menghadapi pertuduhan memiliki heroin meninggal dunia selepas seorang jurubahasa membacakan pertuduhan terhadapnya.
Sumber polis memberitahu, sebelum kejadian, Fazlie dibawa ke Mahkamah Majistret tersebut seorang diri dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah dan duduk di kerusi di luar kandang pesalah dalam keadaan yang sangat lemah di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif.
“Bagaimanapun selepas pertuduhan dibacakan, tiada sebarang tindak balas atau pengakuan salah direkodkan dan tertuduh hanya menundukkan mukanya.
“Disebabkan kakitangan mahkamah melihat tertuduh seperti tidak sihat, mereka kemudian menghubungi ambulans sebagai persediaan.
“Pada masa yang sama, tertuduh ketika itu dilihat masih boleh bergerak dan jurubahasa mahkamah kemudian membaca sekali lagi pertuduhan kepada tertuduh buat kali kedua dan tertuduh masih diam,” kata sumber polis itu semalam.
Tambah sumber polis itu lagi, selepas pertuduhan kali kedua dibacakan tidak berapa lama selepas itu, Fazlie kemudian tiba-tiba rebah ke lantai dan pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati tertuduh telah meninggal dunia.
@kosmo.com.my

Syaleza mati akibat leher dijerut

SAAT BAHAGIA. Gambar Norazman dan Syaleza ketika berkahwin tiga tahun lalu.



SHAH ALAM – Polis semalam mengesahkan keputusan bedah siasat mendapati Eksekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar menemui ajal dengan cara lehernya dijerut hingga mengakibatkan mangsa kekurangan oksigen sebelum mati lemas. Sehubungan itu, polis telah menahan suami wanita itu, Norazman Ba- shah, 31, selepas selesai upacara pengebumian jenazah Syaleza, 31, di kampungnya di Felda Redong 1, Labis, Segamat, Johor pada pukul 10.15 malam kelmarin bagi membantu siasatan kes yang diklasifikasikan sebagai bunuh itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah (gambar kecil) berkata, lelaki berusia 31 tahun tersebut kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dekat sini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. “Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu. “Selain suaminya, kita juga telah mengambil keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan kes tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

@kosmo.com.my

Monday, July 30, 2012

Tukang urut menangis dicekup

Sebahagian 14 tukang urut yang ditahan dalam serbuan di sebuah premis tidak bernama di Jalan KS 3A,
Sebahagian 14 tukang urut yang ditahan dalam serbuan di sebuah premis tidak bernama di Jalan KS 3A, Taman Kinrara Seksyen 3, lewat malam kelmarin.
PUCHONG - Dua tukang urut yang leka melayan pelanggan masing-masing di sebuah premis di Jalan KS 3A, Taman Kinrara Seksyen 3 di sini, menangis teresak-esak apabila premis tempat mereka bekerja diserbu pihak berkuasa, lewat malam kelmarin.

Kedua-duanya saling berpelukan dan sengaja menangis dengan suara kuat apabila mendapati jurugambar media bertali arus merakamkan wajah mereka yang cuba disembunyikan di sebalik bantal.

Dalam serbuan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor kira-kira jam 11.30 malam itu, 14 tukang urut ditahan masing-masing tujuh warga Vietnam dan tujuh warga China.

Pegawai Turus D7 IPK Selangor, Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, ketika diserbu, lima tukang urut berusia 19 hingga 30 tahun leka memberi khidmat kepada pelanggan warga tempatan di dalam bilik-bilik kecil yang dipisahkan dengan dinding.

Menurutnya, tiga kondom belum digunakan turut ditemui dan pihaknya percaya wujud aktiviti pelacuran di premis terbabit.

Katanya, premis dipercayai beroperasi tanpa lesen sejak setengah sebulan lalu dan pengusaha dikatakan menawarkan pakej sekali perkhidmatan percuma sekiranya pengunjung mendapatkan khidmat urutan lebih 10 kali di premis sama.

“Pengusaha premis menawarkan harga RM99 bagi satu sesi dan pelanggan mereka turut diberikan satu cop di atas ‘kad kunjungan’ setiap kali premis dikunjungi.

“Kita dapati setiap bilik-bilik kecil juga mempunyai bilik air yang menempatkan sebuah katil,” katanya.

Rohan Shah berkata, lima pelanggan warga tempatan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang bagi membantu siasatan.

Menurutnya, pengusaha bakal disiasat di bawah Seksyen 55 B Akta Imigresen kerana menggaji pekerja asing tanpa permit manakala tukang urut disiasat di bawah Seksyen 39 B Peraturan-peraturan Imigresen kerana bekerja tanpa permit sah

“Salah seorang tukang urut yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Imigresen,” katanya.

Seorang penjaga premis berusia lingkungan 30-an turut ditahan dan dibawa ke IPD Serdang.
@sinarharian.com.my

Beri alasan bersahur elak dicekup

Pasangan kekasih yang merupakan rakan sekerja ini ditahan selepas mendapati mereka tiada ikatan sah.
Pasangan kekasih yang merupakan rakan sekerja ini ditahan selepas mendapati mereka tiada ikatan sah.
PETALING JAYA – Mahu keluar sahur bersama menjadi alasan kepada sepasang kekasih bagi mengelak daripada dicekup dalam operasi cegah maksiat Ahli Jawatankuasa, Pemuda Masjid Nurul Ehsan serta polis di sebuah hotel bajet di Taman Medan, malam kelmarin.

Pasangan kekasih masing-masing berusia 30 dan 28 tahun itu yang merupakan rakan sekerja itu ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka duduk berdua-duaan di dalam bilik tanpa ikatan sah.

Terdahulu anggota masjid terpaksa menunggu hampir 20 minit sebelum pintu bilik dibuka.

Hasil soal siasat, pasangan itu mengaku menginap di hotel itu jika ada waktu terluang terutama selepas tamat waktu bekerja.

Imam 1 Masjid Nurul Ehsan, Abdul Muin Abdul Hamid berkata, operasi dilakukan berdasarkan maklumat orang ramai yang kurang senang apabila mendapati hotel itu dijadikan lokasi untuk melampiaskan nafsu dan mencemar kesucian Ramadan.

“Operasi ini yang kedua dilakukan di hotel ini berikutan ia menjadi tumpuan pasangan kekasih terutama pada waktu malam,” katanya.

Menurutnya, pihak masjid akan membuat pemantauan di hotel bagi mengelak ia terus menjadi pusat maksiat.
@sinarharian.com.my

12 GAMBAR - ARTIS WANITA BERSERONOK DI PARTI LUCAH?

Gambar seorang artis wanita yang didakwa oleh pengirim email menghisap ganja, bergambar tidak senonoh dan menghadiri parti tidak bermoral ala-ala tiger show. Siapakah artis yang dimaksudkannya itu? Tepuk dada tanya selera...!

Ikhlasnya, Myartis tidak mahu bikin panas atau menambah dosa di bulan mulia yang penuh keberkatan ini. Anggaplah kemungkinan gambar-gambar ini sekadar gambar 'super impose'. Heh!



Malah tujuan kami memaparkan gambar-gambar inipun sebenarnya hanya sekadar memberi ingatan dan teguran untuk 'sesiapa sahaja' yang mungkin pernah tersesat agar kembali ke pangkal jalan. Kerana sesuatu yang harus diingat, usia muda bukan bermaksud 'Sakaratul Maut' tidak datang menjemput!


TEXT ORIGINAL DARIPADA EMAIL PENGIRIM:
Hi, attached adalah gambar **** ***** menghisap ganja ( boleh nampak itu bukanlah rokok, cara ianya balut adalah berlainan) dan juga **** ***** dalam party sex. Berserta juga gambar scandalnya di luar negara menghadiri tiger show. 







(BAWAH) GAMBAR YANG DIDAKWA MENGHADIRI 
TIGER SHOW DI LUAR NEGARA











@myartis.com




Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...