Wednesday, May 30, 2012

Kritik Sultan Johor Bida WWW 1: Nizar Disiasat Di Bawah Akta Hasutan

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sedang disiasat di bawah Akta Hasutan berikutan dakwaan beliau berhubung kejayaan Sultan Johor membuat bidaan untuk nombor pendaftaran kenderaan WWW 1.
Difahamkan, Polis Johor telah menubuhkan satu pasukan petugas untuk melakukan siasatan selepas lima laporan polis dilaporkan di negeri itu berkaitan dengan dakwaan tersebut sejak Selasa.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif mengesahkan mengenai pasukan petugas itu yang telah memulakan siasatan.
“Kami akan menyiasat perkara berkenaan secara telus dan profesional. Kami akan mengendalikan tugas kami tanpa sebarang tekanan bagi memastikan ia berlaku adil kepada kedua-dua pihak,” kata beliau.
Kritikan Nizar mengenai kerabat diraja Johor memperoleh bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 di Twitter membawa padah.
Beliau menulis di Twitter bahawa wang RM520,000 yang dibelanjakan untuk bidaan itu dapat digunakan sepenuhnya untuk membantu golongan miskin.
Beliau diminta membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kerabat diraja Johor.
@mstar.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...