Sunday, May 6, 2012

Desakan Berterusan Lucut Kerakyatan Ambiga

Desakan Berterusan Lucut Kerakyatan Ambiga

BALING – Desakan supaya kerajaan melucut kerakyatan Datuk S.Ambiga sekali lagi berkemundang di negara ini.
Jika sebelum ini gesaan itu dibuat ekoran tindakan beliau menyokong program mempromosi seks bebas Seksualiti Merdeka di negara ini pada tahun lalu, kini desakan itu dibuat disebabkan keganasan yang berlaku semasa perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara baru-baru ini.
Terbaru sebanyak sepuluh badan bukan kerajaan (NGO) di sini mendesak kerajaan melucutkan kerakyatan Ambiga dan menarik balik darjah kebesaran yang dianugerahkan kepadanya kerana berang dengan kerosakan dan huru-hara yang berlaku semasa perhimpunan tersebut.
Malah NGO yang terdiri daripada Perkasa, Majlis Belia Malaysia (MAYC), JKKP Baling, Persatuan Siam Baling, Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah (Pekida), Persatuan Wanita dan Kaum Ibu Baling, Puteri Umno serta peniaga Melayu Pekan Baling turut mendesak tindakan sama dikenakan keatas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi Bantahan Bersih Baling, Othman Mohd. Nor, 47, berkata, desakan itu dibuat kerana penduduk Baling tidak lagi sanggup melihat rakyat negara ini yang terpengaruh dengan perhimpunan Bersih 3.0 sekali lagi diperalatkan pemimpin berfahaman komunis dan pengaruh Yahudi.
Tidak cukup dengan bantahan secara lisan, sepuluh NGO terbabit turut membakar patung Anwar dan Ambiga sebagai simbolik kepada kemarahan mereka terhadap kedua-dua individu terbabit.
“Sekiranya mereka merancang mengadakan Bersih 4.0 pula, penduduk Baling akan adakan bantahan yang lebih,” kata Othman kepada pemberita.
Media pada 5 November lalu melaporkan beberapa pemimpin NGO berpendapat Ambiga yang merupakan bekas Presiden Majlis Peguam wajar dikenakan hukuman berat seperti dilucutkan kerakyatan kerana tindakan beliau yang dilihat semakin ‘menggila’ dan boleh menghuru-harakan masyarakat di negara ini.
Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan), Syed Anuar Syed Mohamad dipetik berkata, Ambiga sudah ‘naik lemak’ dengan sikapnya yang semakin melampau dan perkara itu perlu dipandang serius oleh kerajaan.
Kenyataan Syed Anuar itu sebagai mengulas tindakan Ambiga menyokong program mempromosi seks bebas Seksualiti Merdeka iaitu membela nasib pengamal seks songsang seperti lesbian, gay, biseksual dan trangender (LGBT) di negara ini. – mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...