Sunday, May 6, 2012

Dalang Serangan 9/11 Akan Didakwa

Dalang Serangan 9/11 Akan Didakwa

GUANTANAMO BAY – Dalang serangan 9/11 dan empat suspek lain akan didakwa di Guantanamo Bay hari ini dengan semua berhadapan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.
Khalid Sheikh Mohammed dan tertuduh lain akan didakwa secara rasmi di tribunal tentera dengan pertuduhan merancang dan melancarkan serangan 11 September 2001 yang membunuh 2,976 orang in New York, Washington dan Shanksville, Pennsylvania.
Pendakwaan itu adalah cubaan kedua Amerika Syarikat untuk menghukum suspek 9/11.
Ia dilakukan selepas sedekad serangan paling buruk ke atas wilayah Amerika Syarikat dalam sejarah moden dunia dan selepas hampir setahun Presiden Barack Obama mengarahkan Navy SEALs menyerang dan membunuh pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden. – AFP
@mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...