Monday, April 30, 2012

NIKAH CEPAT BUKAN KERANA SERIK - AKMA AF3

“Saya mahu menyegerakan majlis pernikahan pada hujung Jun depan bukan sebab saya berasa serik apabila perancangan untuk bertunang sebelum ini pernah terbatal.

“Secara kebetulan, perjalanan majlis merisik pada Mac lalu berjalan dengan baik sekali sehingga kami memutuskan untuk bertunang pada 6 Mei ini dan bernikah pula pada hujung Jun depan,” demikian kata bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga, Akma atau nama sebenarnya Asiahtunakma Abdullah, 27.
 


Dakwanya, langkah untuk menyegerakan pernikahannya yang dijadualkan pada hujung Jun depan bukan kerana serik akibat pernah putus tunang, tetapi keputusan itu dibuat kerana segala perancangan dan persiapan ke arah itu dilihat berjalan dengan lancar sekali.

“Walaupun jarak usia kami hanya berselang setahun, saya dapati dia (Farih) seorang yang matang melebihi umurnya. Sifatnya yang rapat dengan keluarga memberikan keyakinan untuk saya memilih dia sebagai calon suami.

“Menariknya, dia juga seorang yang kelakar dan bijak mengambil hati keluarga saya,” ujar Akma dipetik sebagai berkata.

Untuk makluman bersama, Akma mengenali Farih kira-kira lima tahun lalu. Hubungan mereka mula rapat sejak lelaki itu pulang dari Melbourne, Australia selepas menamatkan pengajian di negara tersebut kira-kira setahun yang lalu.

Malah bakal tunangnya itu juga bekerja sebagai eksekutif di Petronas dan faktor usia yang hanya berbeza setahun tidak menjadi masalah buat Akma kerana kematangan dan sikap bertanggungjawab Farih.

@myartis.com



Melawis Homestay di MMU, Melaka pilihan pelajar dan pengunjung! Klik!

KANDID - AKHIL HAVY & WAHEEDA DI IKEA Read more: http://www.myartis.com/2012/04/kandid-akhil-havy-waheeda-di-ikea.html#ixzz1tXTOTD4Y

Gambar-gambar kandid Akhil Hayy Dan isterinya Waheeda yang kini memakai purdah di Ikea Damansara, iaitu pusat penjual kelengkapan rumah yang terkemuka dari Sweden.

Ikhlasnya, mereka nampak sangat bahagia dan bagai pasangan dua sejoli yang baru bercinta. Jom tengok..!
 










@myartis.com



Promosi Cuti2 Melaka! Seri Duyong Homestay!

GAMBAR SANA SINI - DEBARAN SCHA DAN AWAL

Tinggal seminggu sahaja lagi tarikh 4 Mei 2012, di mana Scha AlYahya dan Awal Ashaari bakal bernikah di Pullman Putrajaya. Manakala majlis persandingan mereka pula akan dilangsungkan pada 6 Mei di PICC, Putrajaya. 

Malah, pihak Astro juga telahpun menyiarkan rancangan berjudul 'Seia Sekata SchAwal' yang memaparkan kisah cinta mereka sebelum ke jinjang pelamin nanti.
 




Difahamkan, majlis pernikahan dan persandingan itu akan turut disiarkan secara langsung di Astro Ria secara eksklusif. Selain itu, mereka juga bakal menerima tajaan daripada Bateel Asia, pengeluar konfeksi gourment mewah bertaraf antarabangsa bernilai RM60,000.

Pastinya... debar mereka makin kencang memikirkan bagaimanakah rupanya kehidupan sebagai suami isteri nanti. 

Bak pantun ini: 
Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua 
Hati terpaut janji diikat 
Atas pelamin bertemu jua





@myartis.com



Jom singgah Gadek Homestay di Alor Gajah, Melaka!

Aaron Aziz “Gentleman Rebutan” Hiasi Majalah By’U Mei 2012


Walaupun dihimpit kontroversi selepas kemenangannya di ABPBH2011 baru-baru ini, Abang Nara respek dengan Aaron Aziz kerana sentiasa tenang dan cool. Tak pernah rasanya Aaron Aziz melatah, marah ataupun mengeluarkan kata-kata yang menunjukkan ketidakmatangannya. Senang cerita, Aaron Aziz memang seorang gentleman.
aaron aziz
Dan untuk bulan Mei 2012, majalah BY’U telah pun memilih Aaron Aziz sebagai penghias muka hadapan majalah mereka. Dengan tajuk “Gentleman Rebutan”, rasanya Aaron Aziz mungkin direbut oleh produser-produser untuk membintangi drama dan filem. Pastinya bukan menjadi rebutan di kalangan wanita kerana Aaron Aziz sedang bahagia bersama isteri dan anak-anak yang tercinta.
Jangan lupa dapatkan majalah BY’U yang terkini untuk membaca info terbaru tentang Aaron Aziz.
@beautifulnara.com

Shah Iskandar, Bakal Popular Seperti Aaron Aziz?


Mungkin ramai yang tidak perasan akan kewujudan seorang pelakon yang bernama Shah Iskandar ini. Namun untuk pengetahuan anda, Shah Iskandar telah berlakon banyak drama-drama besar seperti Nora Elena, Atas Nama Cinta dan Gerak Khas. Pelakon kelahiran Singapura ini sedang secara perlahan-perlahan mencipta nama di Malaysia.
shah iskandar
Sekali tengok, Abang Nara nampak Shah Iskandar ada pakej untuk menjadi popular seperti Aaron Aziz. Wajah kacak, karisma ada, lakonan pun not bad, cuma mungkin kurang publisiti. Diharap selepas ini ada produser yang berani mempertaruhkan Shah Iskandar untuk menjadi watak utam di dalam drama atau filem mereka. Sayang kalau bakat sehebat Shah Iskandar tidak diketengahkan.
Lagi 9 keping gambar Shah Iskandar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kalau anda peminatnya, boleh LIKE Facebook Shah Iskandar tanda sokongan.

shah iskandar
shah iskandar
shah iskandar
shah iskandar
shah iskandar
shah iskandar
shah iskandar
shah iskandar
shah iskandar
@beautifulnara.com

Nora Danish Doakan Kebahagian Jejai Dan Fasha


Tanggal 27 April ini bakal berlangsung majlis pernikahan Fasha Sandha dan Jejai di satu tempat yang dirahsiakan. Tentunya ramai tertanya-tanya apakah perasaan Nora Danish selaku bekas isteri Jejai. Nora Danish yang ditemui oleh wartawan portal GUA mengakui yang dia tidak menerima kad jemputan dan bakal menunaikan umrah ketika majlis tersebut berlangsung.
nora danish
Walaupun tidak dapat hadir, Nora Danish tetap mendoakan agar majlis tersebut dapat dinikmati oleh bakal pengantin. Kata Nora:-
Nora tak dapat kad jemputan, tapi mungkin kerana mereka tahu Nora nak pergi ke umrah agaknya. Nora akan berangkat ke Mekah pada pagi Jumaat ini dan bakal berada di sana selama 13 hari. Bagi Nora, tak ada isu pun mereka tak menjemput Nora. Malah, Nora rasa lebih baik Nora tak ke majlis itu pun sebab nanti jika Nora pergi, takut akan jadi bahan cerita dan tajuk lain pula. Bagi Nora, biarlah mereka menikmati keindahan majlis itu bersama.
Apabila ditanya sama ada anaknya dan Jejai iaitu Putera Rayqal Ramli akan hadir dan boleh menerima Fasha Sandha sebagai ibunya, Nora Danish berkata:-
Saya tak tahu anak akan pergi atau tidak, terpulang, sebab bila saya pergi umrah, anak saya akan berada di bawah jagaan keluarga Jejai. Mengenai hubungan Fasha dengan anak saya pula, biarlah dia menggelarkan dirinya ‘aunty’ saja kerana bagi saya, ibu biarlah seorang.
Dan Nora sempat membuat sedikit lawak ketika memberikan ucapan selamat pengantin baru kepada Fasha dan Jejai.
Nora ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Fasha, tapi Jejai tak berapa nak barulah. Setelah apa yang terjadi selama ini, akhirnya jodoh mereka tak ke mana. Nora harap perkahwinan mereka akan kekal hingga ke akhir hayat.
Abang Nara respek serespek respeknya dengan ketenangan dan kematangan Nora Danish menjawab soalan-soalan daripada wartawan. Kredit berita sepenuhnya kepada portal GUA.
@beautifulnara.com

Sazzy Falak Dan Anak Kembar Hiasi Majalah W&W Mei 2012


Sudah agak lama tidak mendengar atau melihat wajah terkini Sazzy Falak dan anak kembarnya. Abang Nara pasti ramai yang merindui mereka bertiga. Namun jangan risau kerana majalah Wanita & Wawasan keluaran Mei 2012 menampilkan Sazzy dan anak kembarnya sebagai penghias muka hadapan mereka.
sazzy falak dan anak kemabr
Secara jujur Abang Nara rasa agak kurang sesuai belahan panjang untuk pakaian Sazzy Falak. Namun sudah pasti pihak editorial dan Sazzy sudah berbincang terlebih dahulu sebelum bersetuju dengan pakaian ini. Dan menerusi Facebok Majalah W&W, pihak editorial turut berkongsi gambar Sazzy di bawah.
sazzy falak dan anak kemabr
Sekiranya anda tidak meminati Sazzy, jangan risau kerana Umie Aida turut tampil menawan di dalam edisi kali ini.
sazzy falak dan anak kemabr
So tunggu apa lagi? Dapatkan majalah W&W hari ini juga di kedai buku berhampiran anda.
@beautifulnara.com

(7 GAMBAR)Malam Berinai Fasha Sandha


(post lama utk rekod..harap maklum. utk simpanan manakedai.net...hehe)
Hari ini Fasha Sandha bakal bergelar isteri kepada Jejai. Majlis pernikahan yang bakal berlangsung tidak sampai 24 jam pastinya sedang membuat hati Fasha berdebar-debar. Semoga majlis tersebut berjalan dengan lancar. Namun malam semalam, satu majlis malam berinai telah dilakukan secara kecil-kecilan oleh Fasha dan keluarga.
fasha sandha
Pastinya Fasha akan tampil anggun di majlis pernikahannya selepas berinai. Tak sabar rasanya Abang Nara nak melihat gambar-gambar sekitar pernikahan Fasha dan Jejai nanti. Apa apa pun, Abang Nara berharap agar anda semua doakan majlis mereka berjalan dengan lancar. Yang sudah tue sudahlah. Hidup mesti terus.
Lagi 6 keping gambar sekitar malam berinai Fasha Sandha dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook Fasha Sandha.
fasha sandha
fasha sandha
fasha sandha
fasha sandha
fasha sandha
fasha sandha
@beautifulnara.com

Kad Kahwin Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya


Simple but very nice. Itulah yang Abang Nara boleh rumuskan selepas melihat kad kahwin Awal Ashaari dan Scha Al Yahya. Pastinya mereka berdua sedang berdebar menanti hari bahagia yang tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi. Kepada peminat Awal dan Scha, anda tak perlu risau kerana majlis pernikahan mereka pada Jumaat depan akan disiarkan secara langsung di Astro Ria nanti.
kad kahwin awal dan scha
Cantik kan? Pastinya majlis perkahwinan Awal dan Scha akan berjalan dengan gilang gemilang. Abang Nara doakan agar semuanya berjalan dengan lancar. Kredit gambar kepada Media Hiburan.
kad kahwin awal dan scha
@beautifulnara.com

(VIDEO)Akad Nikah Jejai Dan Fasha Sandha


Abang Nara dapat rasakan betapa meriah dan gemilangnya majlis pernikahan Jejai dan Fasha Sandha semalam hanya daripada melihat video di bawah. Serius terasa terharu dan gembira melihat akhirnya pasangan ini sah menjadi suami isteri. Semoga kekal buat selamanya.
Dan ada satu lagi video daripada Harian Metro di bawah untuk tatapan anda.
Nantikan gambar-gambar kualiti tinggi sekitar majlis pernikahan Fasha dan Jejai tidak lama lagi. Tahniah sekali lagi kepada pengantin baru ini.
@beautifulnara.com

Itu Abang Tiri Saya – Zarina Anjoulie Lavocah


Abang Nara sebenarnya tidak mahu bercerita lagi tentang Zarina Anjoulie Lavocah ini namun rasanya semua orang perlu tahu kebenaran tentang gambar bercium milik Zarina yang tersebar baru-baru ini. Kesian pulak Abang Nara tengok Zarina sering dihimpit kontroversi. Untuk makluman, gambar di bawah yang tersebar adalah gambar Zarina dan abang tirinya. Mereka berdua berlainan ibu tetapi mempunyai ayah yang sama.
zarina
Menurut Zarina, hubungannya dan abang tiri sememangnya rapat sehingga sering bercium dan berpelukan jika berjumpa. Namun kemesraan mereka tidak lebih daripada adik beradik:-
elaki dalam foto itu bukanlah orang asing atau kekasih saya. Dia adalah abang tiri saya yang hanya berbeza ibu tetapi berkongsi ayah yang sama. Sebab itulah, orang melihat wajah dia tidak banyak persamaan dengan saya. Ini juga telah menyebabkan ramai yang membuat spekulasi bahawa dia kekasih saya. Jika benar dia kekasih saya, saya tidak akan bersikap bodoh untuk memuat naik gambar ini ke dalam Twitter. Begitu juga dengan menjadikanya sebagai gambar profil untuk BlackBerry Messenger (BBM). Saya dan abang tiri saya memang rapat. Kami memang selalu bercium dan berpelukan sayang seperti adik beradik lain. Bagi saya tidak salah jika bermesra dengan adik beradik sendiri
Gambar yang diambil tahun lepas itu ternyata mencetuskan kontroversi kerana ramai yang tersalah anggap lelaki di dalam gambar tersebut adalah kekasihnya. Menurut Zarina, ini bukanlah kali pertama salah anggapan seperti ini terjadi.
Bila saya keluar dengan abang tiri, mesti orang cakap kami ini pasangan kekasih. Tetapi orang tak tahu, kami bermesra sama seperti adik-beradik yang lain.Apapun, saya tidak tertekan dengan gosip ini kerana bagi saya orang yang suka memperbesarkan perkara ini adalah orang yang tidak tahu kebenaran.
Semoga dengan penjelasan ini semua pihak akan berpuas hati dan tidak lagi memandang serong kepada Zarina. Kepada Zarina, Abang Nara nasihatkan tak payahlah upload gambar-gambar yang boleh menimbulkan kontroversi. Kan dah penat nak menjawab apabila gambar sebegini tersebar. Semoga lebih berhati-hati di masa hadapan. Info kredit portal Murai.
@beautifulnara.com

Fasha Sandha Lebih Bahagia Dan Tenang Sejak Bergelar Isteri


Perkahwinan sememangnya melengkapkan kehidupan seorang manusia. Seorang lelaki sememangnya memerlukan seorang isteri dan seorang wanita juga memerlukan seorang suami untuk melengkapi hidup masing-masing. Dan setelah bergelar isteri kepada Jejai, Fasha Sandha mengakui yang dia lebih bahagia dan tenang. Gembira Abang Nara mendengarnya.
fasha sandha
Paling comel apabila Fasha Sandha sempat memberikan sedikit nasihat kepada pasangan yang sedang bercinta supaya cepat-cepat kahwin. Mengikut pengalaman Abang Nara sendiri, sememangnya perkahwinan itu membawa kita ke alam baru yang lebih sempurna. Aceh ~~~
Lagi 29 keping gambar sekitar pernikahan Fasha Sandha dan Jejai dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada Facebook We Love Fasha Sandha.
fasha sandha
fasha sandha
fasha sandha
fasha sandha
fasha sandha
fasha sandha
fasha sandha
fasha sandha
fasha sandha
fasha sandha
fasha sandha
fasha sandha
fasha sandha
fasha sandha
fasha sandha
fasha sandha
fasha sandha
fasha sandha
fasha sandha
fasha sandha
fasha sandha
fasha sandha
fasha sandha
fasha sandha
fasha sandha
fasha sandha
fasha sandha
fasha sandha
fasha sandha
@beautifulnara.com

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...