Saturday, March 31, 2012

Replika Titanoboa dipamer kepada orang ramai



ORANG ramai melihat replika ular raksaksa Titanoboa.


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah replika ular prasejarah raksaksa sepanjang sebuah bas sekolah dipamerkan kepada orang ramai di sini semalam.
Titanoboa ialah ular prasejarah terbesar di dunia dengan memiliki panjang sekitar 16 meter.
Reptilia pemangsa itu dipamerkan di Muzium Nasional Sejarah Semulajadi bersama haiwan bertulang belakang lain hingga Januari 2013.
Fosil Titanoboa pertama kali ditemui di sebuah lombong arang batu di Colombia pada 2004.
"Ular ini ini menjadi bukti betapa ajaibnya alam semula jadi," kata seorang saintis yang turut membantu membuat penemuan tersebut, Carlos Jaramillo.
Menurutnya, ular itu memiliki berat lebih 1,000 kilogram.
Ia ditemui berhampiran beberapa fosil pokok, penyu gergasi sebesar meja makan dan haiwan lain yang dipercayai berusia lebih 60 juta tahun dahulu iaitu era selepas kewujudan dinosaur. - AGENSI

Bawah 18 tahun dilarang tonton konsert Lady Gaga


SEOUL – Rakyat Korea Selatan berusia di bawah 18 tahun dilarang menonton konsert bintang pop Amerika Syarikat, Lady Gaga ekoran ia didapati tidak sesuai untuk peminat remaja, kata pihak penganjur semalam.
Lady Gaga, 26, bakal memulakan konsert jelajah ketiganya, The Born This Way Ball, pada 27 April di Stadium Olimpik di sini.
Pada permulaannya, penonton berusia 12 tahun ke atas dibenarkan menonton konsert Lady Gaga.
Namun, menurut pihak penganjur, Hyundai Card, sebuah badan pengawasan negara itu, Lembaga Penarafan Media Korea meningkatkan had umur penonton.
“Syarikat kami akan menghormati keputusan lembaga pengawas ini dan mengembalikan wang pemegang tiket yang berusia 18 tahun ke bawah,” kata seorang pegawai Hyundai Card.
Konsert Lady Gaga di negara berkenaan ditentang beberapa pertubuhan agama Korea Selatan ekoran penyanyi lagu Poker Face itu didakwa menyokong homoseksual selain gaya persembahannya yang dianggap lucah.
“Komuniti Kristian kami perlukan tindakan bersepadu bagi mengelakkan golongan muda daripada dijangkiti penyakit homoseksual dan pornografi (yang dibawa oleh Lady Gaga),” kata Persatuan Perhubungan Gereja Korea dalam satu kenyataan.
Penyanyi berkenaan dijangka mengadakan 110 konsert tahun ini ekoran kejayaan lagu popularnya, Born This Way.
Bintang luar biasa itu yang mempunyai hampir 22 juta pengikut di laman sosial Twitter akan memulakan konsert jelajah dunianya di sini.
Dia kemudiannya akan mengadakan persembahan di Hong Kong, Jepun, Singapura, New Zealand dan Australia.
– AFP

Puluhan ribu tunjuk perasaan di Sepanyol


ORANG ramai berkumpul di bandar Valencia kelmarin kerana membantah pelan penjimatan oleh kerajaan Sepanyol.



MADRID - Puluhan ribu pekerja menyertai demonstrasi besar-besaran di sini dan beberapa bandar raya lain di Sepanyol kelmarin.
Tunjuk perasaan seluruh negara itu yang bertukar ganas, diadakan bagi membantah pelan penjimatan oleh kerajaan.
Perkembangan itu berlaku ketika kerajaan mengumumkan penjimatan perbelanjaan sebanyak 27 bilion euro (RM110.5 bilion) dalam draf bajet 2012 dengan memotong perbelanjaan agensi kerajaan dan menaikkan cukai selain membekukan kenaikan gaji kakitangan awam.
Timbalan Perdana Menteri, Soraya Saenz de Santamaria berkata, bajet itu perlu walaupun ia pahit buat rakyat Sepanyol.
Menurutnya, Sepanyol tidak mahu muflis dan terpaksa memohon pelan penyelamatan ekonomi seperti yang berlaku kepada Greece.
Dalam pada itu, demonstrasi bertukar ganas di bandar kedua terbesar Sepanyol, Barcelona, apabila para penunjuk perasaan yang menutup muka memecahkan tingkap bank dan kedai dengan menggunakan tukul serta batu.
Di pinggir bandar raya Valencia pula, lalu lintas hampir lumpuh apabila apabila penunjuk perasaan membakar sejumlah tilam di sebuah lebuh raya berdekatan.
Kumpulan penunjuk perasaan turut melemparkan sebutir bom petrol ke atas sebuah kereta polis di bandar Murcia, Timur Sepanyol.
Setakat ini, polis menahan sebanyak 176 penunjuk perasaan di seluruh Sepanyol.
Menurut pihak berkuasa, sejumlah 104 orang cedera dalam pergelutan yang berlaku termasuk 58 anggota polis.
Bagaimanapun, tiada laporan mengenai kemalangan jiwa dalam krisis rusuhan di negara Eropah itu. - AGENSI

Rozita Che Wan Nafi Bakal Bermadu Dengan Siti Nurhaliza


Tak ada angin tak ada pokok, tiba-tiba di Harian Metro hari ini ada artikel berkaitan dengan Rozita Che Wan yang dikhabarkan bakal menjadi isteri baru suami Siti Nurhaliza iaitu Datuk K. Menurut Rozita Che Wan, ini satu fitnah yang sangat besar dan tidak masuk akal langsung.
rozita che wan datuk k
Dakwaan yang khabarnya dikeluarkan oleh laman blog dan portal hiburan ini menyatakan yang Rozita Che Wan bakal menjadi isteri baru kepada Datuk K. Rozita Che Wan berkata:-
Sejak saya putus hubungan dengan seorang jejaka Singapura yag dikenali dengan nama “S” dua tahun lalu, saya masih belum bertemu jejaka pilihan hati. Saya dan anak amat meminati Datuk Siti Nurhaliza. Saya tidak mahu dakwaan berkenaan boleh menyebabkan hubungan baik saya sebelum ini dengan Datuk Siti terus dingin, lagi-lagi kami sama artis.
siti
Rozita Che Wan mengakui yang pelik bagaimana isu ini boleh timbul sedangkan dia tidak pernah berjumpa, mengadakan temu jani apa lagi merancang untuk berkahwin dengan Datuk K. Manakala Datuk Siti Nurhaliza yang dihubungi enggan memperbesarkan perkara ini kerana sudah lama dan sama sekali tidak wujud. Kata Datuk Siti:-
Saya berharap mana-mana laman blog portal hiburan yang mahu mencetuskan kontroversi, jangan palit kepada orang lain, sebaliknya menyampaikan maklumat secara telus dan berdasarkan bukti
Diharap Rozita Che Wan, Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K tidak ambil pusing dengan dakwaan yang sangat tidak logik ini. Semoga kebahagiaan akan terus menjadi milik 3 insan ini.

(14 LAGI GAMBAR)Sekitar Majlis Pertunangan Liyana Jasmay


Khas buat peminat Liyana Jasmay, Abang Nara kepilkan lagi 14 keping gambar sekitar majlis pertunangan selebriti kegemaran anda. Apa yang membuatkan Abang Nara tertarik dengan majlis pertunangan ini ialah pelaminnya yang sangat cantik. Kalau tak silap pelamin tersebut diletakkan di halaman rumah. Memang grand.
gambar tunang liyana jasmay
Lagi 13 keping gambar sekitar majlis pertunangan Liyana Jasmay dengan membaca entri ini sepenuhya. Kredit gambar kepada Ryaniez Moments Photography.
gambar tunang liyana jasmay
gambar tunang liyana jasmay
gambar tunang liyana jasmay
gambar tunang liyana jasmay
gambar tunang liyana jasmay
gambar tunang liyana jasmay
gambar tunang liyana jasmay
gambar tunang liyana jasmay
gambar tunang liyana jasmay
gambar tunang liyana jasmay
gambar tunang liyana jasmay
gambar tunang liyana jasmay
gambar tunang liyana jasmay
gambar tunang liyana jasmay
@beautiulnara.com

Amanda Imani Iras Megan Fox Di Majalah WW Edisi April

Amanda Imani sering dilihat menampilkan gaya tersendiri di majlis-majlis yang dihadirinya, menyebabkan penampilannya diingati. Menurut laporan portal Murai, Untuk majalah WW (Wanita & Wawasan), Amanda muncul untuk edisi April 2012 dengan gaya ala Megan Fox.

Bagi kami gambar Amanda cantik sekali, dengan rona biru dan bibir merah ros metalik menyerlahkan kecantikan Amanda.

Majalah tersebut akan menampilkan Datin Seri Tiara Jacquelina sebagai penghias muka hadapan. Jadi jika anda berminat untuk melihat gaya Amanda denga lebih lanjut, bolehlah mendapatkan majalah WW edisi April ini. Konsep yang begitu menarik sekali. Kredit gambar, Facebook Amanda Imani.


Berduyun2 org singgah ke kelong ikan nih! Cantek dan banyak ikan! klik!

@beautifulnara.com

Kenyataan Penuh Malique Tentang Pengharaman Lagu Bawaku Pergi


Abang Nara masih tidak berapa pasti sama ada lagu Bawaku Pergi nyanyian Kaka dan Zizan ini sudah diharamkan atau belum. Namun Malique selaku pencipta lagu ini sudah pun mengeluarkan kenyataannya berhubung isu ini. Ternyata Malique amat kecewa dengan apa yang sedang berlaku.
bawaku pergi diharamkan
Di bawah ialah kenyataan penuh Malique:-
Pagi tadi, Zizan (Raja Lawak) menelefon saya mengatakan surat sudah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. dengan segera.
Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan yang Zizan, Kaka & saya telah ditindas.
Keputusan ini dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek & berkepentingan politik secara jelas’nya.
Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali.
Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri.
Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu.
Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya.
Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut?
Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh’. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan.
Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya.
Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.
Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang ‘niat’ lagu tersebut.
Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara.
Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata.
Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda.
Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart.
Don’t let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang. Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif?
Malique sudah luahkan isi hatinya. Kalau benar lagu ini sudah diharamkan, marilah kita sama-sama tunggu penjelasan daripada pihak yang mengharamkannya.

(GAMBAR)Foto Terbaru Ally Iskandar Dan Farah Lee


Diam tak diam, sudah hampir dua bulan juga personaliti TV3, Ally Iskandar mendirikan rumahtangga dengan pelajar kejuruteraan warga Malaysia di Korea Selatan yang juga seorang penulis blog, Farah Lee. Farah telah menulis tentang kehidupannya bersama Ally selepas berkahwin dalam entri terbarunya.
sudah masuk dua bulan perkahwinan kami. alhamdulillah, masih rasa keberkatan mereka yang banyak mendoakan kesejahteraan rumah tangga kami. harapnya doa itu tiada berhenti. amin.. perkataan ‘sudah dua bulan’ atau ‘baru dua bulan’ kadang datang silih berganti. ‘sudah dua bulan’ tapi aku masih rasa seperti baru semalam berkahwin, kebahagiaan jelas terasa (waaa.. suami kat malaysia, aku kat korea ?.?). ‘baru dua bulan’ tetapi banyak yang telah aku pelajari dari perkahwinan ini, dan masih belajar.
Farah telah meletakkan gambar terbaru mereka ini di blognya.
Dari apa yang ditulis oleh Farah, dapatlah disimpulkan yang kehidupannya bahagia sekali. Semoga pasangan ini kekal sehingga ke akhir hayat dan ke anak cucu.
baca blog ini..best! klik!

@beautiulnara.com

Dakota Fanning Anggap Sebagai Twitter Musuh


Dakota Fanning
JIKA selebriti lain menganggap Twitter adalah media yang efektif untuk mendekatkan diri dengan pada peminat, lain pula pemikiran aktres Dakota Fanning mengenai laman sosial tersebut.
Dakota yang berusia 18 tahun itu menganggap Twitter adalah musuh termasuklah laman sosial yang lain kerana ia boleh mengganggu ruang privasinya.
"Saya rasa, tak perlulah orang luar nak tahu di mana atau apa yang saya lakukan walaupun ramai yang ingin tahu tentang pergerakan saya.
"Itu bukan cara saya. Saya tak ada Facebook dan Twitter dan tak akan ada. Jadi, jika wujudnya Dakota Fanning di Twitter, ia adalah palsu," katanya kepada Contactmusic.
Sementara itu, pelakon yang meraih populariti pada usia yang muda berkata dia tidak pernah merasakan bahawa dirinya seorang bintang, apatah lagi dipanggil selebriti muda

Madonna Jual Rumah Berharga RM842 Juta


Madonna
ADA khabar baru buat penyanyi kesayangan ramai, Madonna. Pelantun lagu “Frozen” ini telah memutuskan untuk menjual kediaman mewahnya di Beverly Hills, Amerika Syarikat yang bernilai USD275 juta (RM842 juta).
Kediaman mewah berkonsepkan gaya Perancis yang mempunyai tiga bilik tidur dan lima bilik air itu telah dibeli pada tahun 2003.
"Ada kemungkinan, dia telah mengubah semula dekorasinya pada ketika ini. Tetapi yang pasti, rumah itu akan dijual.
Inilah kediaman Madonna yang ingin dijual itu. Foto DAILYMAIL
"Rumah itu penuh dengan memori kerana ia dibeli ketika dia berkahwin dengan aktor Guy Ritchie lagi. Ketika itu harganya cuma USD110 juta (RM337 juta)," kata sumber.
Selain mempunyai ruang yang luas, kediaman tersebut mempunyai sebuah gelanggang tenis dan kolam renang mewah.
Selepas berpisah dengan Guy dan kemudiannya berkahwin dan putus dengan Simon Cowell, Madonna meninggalkan rumah tersebut dan menetap di New York di Townhouse East Side pada tahun 2009.

Rozita Che Wan Rela Kahwin Lelaki Tidak Berharta


Rozita Che Wan, wanita ayu dan menawan yang sentiasa menjadi perhatian.
PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan berkata dia rela berkahwin dengan mana-mana lelaki yang tidak berharta asalkan individu berkenaan menghargai dan menyayanginya sepenuh hati.
Rozita,39, berkata, harta serta kesenangan hidup boleh dicari bersama-sama tetapi kasih sayang yang sejati dan kekal itu sukar untuk ditemui.
“Saya tidak kisah kalau lelaki yang saya temui itu lelaki biasa yang tak ada harta kerana harta kita sama-sama boleh cari. Saya mahu lelaki itu menghargai saya dan boleh bagi sokongan kepada saya. Itu yang penting kalau nak kahwin,” katanya kepada mStar Online di sini, Jumaat.
Rozita diminta mengulas mengenai laporan Harian Metro pada Jumaat yang melaporkan fitnah terbaru kononnya pelakon itu hendak berkahwin Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) yang juga suami kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.
Dalam laporan itu Rozita menepis tuduhan tersebut selain menganggap ia bukan sesuatu yang remeh tetapi sangat mengaibkan.
Rozita berkata, jika dia bertemu dengan lelaki yang mempunyai banyak harta dan kaya raya tetapi tidak menghargai dirinya, hubungan itu tidak mempunyai apa-apa erti.
Katanya, dalam sesebuah kehidupan, sokongan moral daripada seorang suami untuk isterinya adalah perkara yang lebih penting daripada menilai melalui harta.
“Kepada saya, kasih sayang itu sebenarnya akan membuatkan kita bersemangat untuk berjaya. Ia amat penting. Lelaki yang kaya boleh pikat kita dengan duit dan cinta itu tidak ada apa-apa makna bagi mereka. Saya tak mahu lelaki seperti itu dan juga yang panas baran,” katanya.
Bercerita mengenai dakwaan dia diminati VIP, Rozita memberitahu, golongan itu sebenarnya lebih cenderung mencari wanita-wanita muda berbanding dirinya, seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak.

Olla nekad buang tatu



OLLA RAMLAN

AKTRES seksi Olla Ramlan nekad untuk membuang kesemua tatu yang terdapat pada seluruh tubuhnya. Dia mengukir semua tatu berkenaan sewaktu menjadi isteri kepada Alex Tian.
Menurut Olla, keputusan yang dibuat untuk membuang kesemua 23 buah tatu yang terdapat pada tubuhnya itu setelah melakukan perbincangan dengan bakal suaminya iaitu Muhammad Aufar Hutapea.
"Saya tahu kesakitan yang bakal dirasai apabila menjalani proses untuk menghilangkan tatu dengan menggunakan laser. Namun, saya tetap dengan keputusan untuk membuang semua tatu itu dan berharap semuanya berjalan dengan lancar," ujarnya.
Ketika ditemui wartawan sewaktu berlangsungnya acara Panasonic Gobel Award di Djakarta Theater, Jakarta pada Selasa lalu, Olla memberitahu, proses membuang tatu berkenaan terpaksa mengambil masa selama dua bulan.
Sementara itu, Aufar yang turut berada di samping Olla pada majlis tersebut menyatakan dia tidak pernah bercadang untuk mengukir tatu nama Olla pada tubuhya.

Ramai puji cantek! Klik seterusnya!

Malique, Zizan jawab isu Bawaku Pergi


 

MALIQUE

KONTROVERSI lagu duet Zizan Raja Lawak dan Kaka, Bawaku Pergi sudah sampai ke kemuncaknya apabila Zizan dikatakan sudah menerima surat daripada pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan semalam yang mahu lagu itu dihentikan sementara siarannya.
Pada tahun 1998, saya menulis lagu Pergi Jauhuntuk isteri saya. Lagu itu berkisar kisah kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali, Indonesia. Kemudian, pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu Bawaku Pergi sebagai susulan kepada lagu Pergi Jauh. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri.
Lagu ini dicipta dari sudut pandangan seorang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet atau Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana itulah datangnya ayat, 'puncak dunia kita duga'. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya. Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatakan mendiami tanah tinggi di situ.
Pada asalnya, lagu Bawaku Pergi adalah lagu Ella berkolaborasi dengan saya, tetapi diberikan kepada Kaka dan Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang niat lagu tersebut.
Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan daripada pihak berkuasa yang telah menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara. Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang lain.
ZIZAN RAJA LAWAK atau nama sebenarnya, Zizan Razak ketika dihubungi Kosmo! semalam bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kontrovesi lagu tersebut.
Katanya: “Saya minya maaf kepada semua pihak. Saya menghormati pendirian Warner Music untuk tidak masuk campur dalam hal ini.”
Sehubungan itu, Kosmo! menyiarkan sedutan temu bual bersama Zizan sewaktu majlis pratonton filem terbaharu lakonan Zizan, Jangan Pandang-Pandang di TVG Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpurpada Rabu lepas.
Kosmo!: Zizan, lagu Bawaku Pergi telah mengundang spekulasi di Internet dan di kalangan umum dengan dakwaan bahawa ia sebuah lagu yang mendorong remaja untuk lari rumah bersama kekasih. Boleh komen?
ZIZAN: Saya rasa orang Malaysia tidaklah sebodoh itu untuk lari dari rumah hanya kerana mendengar sebuah lagu. Kalau awak sendiri dengar lagu ini, adakah ia akan pengaruhi awak untuk lari dari rumah?
Pihak yang mendakwa lagu ini sebegitu (mendorong remaja lari dari rumah dengan kekasih) bermula dengan persoalan yang telah menjadi satu kenyataan. Akhirnya kenyataan itulah yang dikeluarkan.
Mungkin itu yang menjadi masalahnya. Mungkin ada orang yang cuba menjatuhkan atau mungkin ada orang yang sekadar bertanya tentang impak lagu ini. Namun, saya tidak salahkan mereka kerana perkara ini boleh tercetus dengan apa cara sekali pun.
Zizan rasa mungkin ada masalah pada lirik Bawaku Pergi?
Pada saya tidak timbul sebarang masalah kerana semasa kami mencipta lagu itu. Ia dicipta dengan ikhlas untuk pendengar rasa enjoy dan fun. Bukan kami ingin susahkan sesiapa dan lagu ini juga telah ditapis sebelum disiarkan di radio. Jadi ia tidak salah.
Jika mahu dikatakan, orang Malaysia memang begitu. Banyak produksi TV atau filem, sebagai contoh, filem KL Drift, tiada pula orang ramai membuat drift sesuka hati di atas jalan raya selepas menonton filem itu.
Kenapa kerana hanya lagu ini mahu digembar-gemburkan berkait dengan isu menggalakkan remaja lari dari rumah dengan kekasih. Lagu itu pun hanya kebetulan sahaja. Pada saya, janganlah doakan perkara buruk pada karya yang baik dan cuba untuk jatuhkan orang.
Jadi adakah Zizan rasa ada pihak yang cuba menjatuhkan Zizan? Ini kerana bukan semua orang suka dan minat pada seseorang artis itu. Ada juga yang tidak menyukai Zizan.
Sudah semestinya. Perkara itu tidak mustahil bagi saya. Mungkin perkara itu datang dari saya juga. Orang tidak suka atau suka, perkara yang memang tidak boleh hilang. Kita hidup di dunia ini, pasti ada baik dan buruknya. Ada yang suka dan tidak. Ada kontranya. Bagi saya perkara itu memang akan wujud.
Mungkin awak ada nasihat atau apa-apa kata untuk orang yang suka membuat tuduhan sebegitu?
Saya tiada apa-apa yang mahu dikata kepada mereka. Masing-masing ada pendapat dan kita tidak boleh mengubah pemikiran orang. Pada saya, tidak mengapa dan saya akan menjawab apa yang mampu saya jawab sahaja.

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...