Friday, January 27, 2012

(GAMBAR)Adik Wilma Muhammad Minta Umum Berfikir Positif

Berhubung entri di BeautifulNara yang memaparkan Wilma Muhammad sebagai penghias kulit hadapan, pelbagai reaksi yang diberikan berkenaan keputusan wanita itu untuk kembali ke dunia hiburan. Ada yang positif dan ada yang negatif, namun adik kepada Wilma yang bernama Nurain Muhammad telah memberikan reaksinya di blog peribadi meminta umum berfikir positif.
Sebaik saja cover ‘Majalah Jelita’ keluaran Februari muncul kat laman web, begitu ramai sekali orang memberi komen yang kurang menyenangkan. Tidak lupa juga kepada peminat yang terus menerus memberi sokongan dan nasihat yang baik buat kak Wilma saya. Terima kasih saya ucapkan kepada anda semua. Khas buat penggemar laman web hiburan http://beautifulnara.com/wilma-mohammad-hiasi-muka-depan-majalah-jelita-februari-2012/.
Berlajarlah untuk berbaik sangka. Dan katakanlah yang baik-baik kepada sesiapa pun meskipun anda tidak suka kerana setiap perkataan itu adalah DOA. Serta berilah nasihat secara berhikmah bukan dengan cara yang kasar, mengutuk, memfitnah dan segala yang negatif.
Diharap kita semua menghormati permintaan beliau ini, orang kata, cubit peha kiri, peha kanan terasa, jadi sudah tentu adiknya bersuara kerana concerned dengan kata-kata yang dilontarkan pada kakaknya. Sudah tentu Wilma yang kini berusia 39 tahun mempunyai alasan tersendiri yang membuatkan beliau mahu kembali berlakon dan apa pun alasannya, rasanya Wilma yang sudah jauh berubah dari segi penampilan berbanding kemunculan awalnya dulu dan masih dan dia juga mempunyai anak-anak untuk disara.
Dia tertarik untuk berlakon dalam filem 1945 kerana penerbitnya AAR Intelligent memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan termasuklah untuk dia kekal bertudung. Dia turut menambah yang dia tertarik dengan watak dan plot filem itu yang berbeza, selain mengenali pengarahnya Imran Ismail sejak dulu lagi.
Kredit gambar Blog Nurain Muhammad dan terima kasih ilike untuk tip.
@beautifulnara.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...