Tuesday, January 31, 2012

Gambar Busana Ana Raffali Rekaan Ezuwan Ismail di AJL26

Berseri-seri penyanyi Ana Raffali atau nama sebenarnya, Nur Hidayah Mohd Raffali ni. Maklumlah, majlis bersejarah di mana Ana akan berkahwin dengan pengurusnya akan berlangsung tak lama lagi, kan?
Ana hadir bersama pasangannya untuk lagu Jangan Pandang-Pandang, Altimet. Busana kuning cerah memancar ini dari rekaan Ezuwan Ismail.
Gambar Busana Ana Raffali Rekaan Ezuwan Ismail di AJL26
Ana Rafali
Ana Rafali
Ana Rafali
Ana Rafali
Ana Rafali
Ana Rafali
Ana Rafali
Ana Rafali
Ana Rafali

@budiey.com

Gambar Amanda Imani di Anugerah Juara 26

Gambar Amanda Imani yang mengenakan rekaan Arif Syukur dan solekan dari diri sendiri di Anugerah Juara 26. Hitam itu elegan. Tetap gebusss! Termantop!
Amanda Imani
Amanda Imani
Amanda Imani
Amanda Imani
Amanda Imani
Amanda Imani
Amanda Imani
Amanda Imani

@budiey.com

Gambar Amar Baharin di Karpet Biru AJL26

Gambar Amar Baharin di Karpet Biru AJL26
Amar Baharin
Amar Baharin
Amar Baharin
Amar Baharin
Amar Baharin
Amar Baharin

@budiey.com

Rating AJL 26 Cecah Rekod 6.5 Juta Penonton

Keunggulan anugerah berprestij tahunan, Anugerah Juara Lagu sememangnya tidak disangkal apabila sekali lagi berjaya melakarkan sejarah tersendiri menerusi pertumbuhan kadar tontonan yang tinggi dalam industri televisyen yang sengit ketika ini.
Dibawakan secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil semalam, Anugerah Juara Lagu 26 telah sekali lagi berjaya membuktikan satu penanda aras acara terbesar bukan saja bagi TV3 tetapi bagi sesebuah produksi dan acara hiburan di Malaysia apabila berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 5 juta (24.9 TVR) atau 71.6% (sumber: Nielsen Audience Measurement). Secara pukal, kadar tontonan keseluruhan Anugerah Juara Lagu 26 telah mencipta rekod baru dengan tontonan sebanyak 6.5 juta.
AJL 26
Sememangnya keunggulan Anugerah Juara Lagu sebagai acara berprestij pembuka tirai tahunan tidak perlu disangkal lagi kerana kemunculannya yang sentiasa dinantikan para peminat muzik tempatan. Bukan saja di kaca televisyen, Anugerah Juara Lagu 26 juga dipancarkan menerusi laman web rasmi ajl.tv3.com.my, di mana penonton disajikan dengan siaran keseluruhan majlis anugerah serta kandungan eksklusif seperti acara Karpet Biru dan Di Sebalik Tabir.
Jumlah tontonan secara online mencecah 118,884, sekaligus memecahkan rekod AJL 25 tahun lepas iaitu 83,764 dengan peningkatan sebanyak 42%! Tontonan live streaming mencapai angka tertingginya pada pukul 10.55 malam dengan 20,768 hits berbanding 8,334 pada jam 11.20 malam di AJL 25 menjadikan Malaysia sebagai penyumbang utama kepada jumlah tontonan sebanyak 106,514, diikuti negara-negara lain seperti Singapura (3,271), Brunei (1,998), United Kingdom (1,790) dan Indonesia (1,032).
Laman web rasmi Anugerah Juara Lagu 26 pula berjaya mendapat 440,254 page views dengan unique views sebanyak 113,356. Ini menunjukkan jumlah peningkatan sebanyak 37% dari jumlah AJL tahun lalu sebanyak 82,512. Manakala di laman sosial media Twitter, #AJL, Sheila Majid dan #Yuna merupakan tiga kata kunci tertinggi pada malam itu. Sebanyak 94,000 tweets telah dikongsi menggunakan kata kunci #AJL26 dari 21,700 pengguna Twitter.
Anugerah Juara Lagu 26 membawa satu dimensi baru dalam penganjurannya setelah memberi satu impak maksimum melalui persembahan pentas selain komitmen finalis yang membawakan lagu-lagu mereka dengan identiti, pemfokusan dan kreativiti masing-masing. Tahun ini juga memperlihatkan antara penganjuran terbaik membawa konsep berlainan bersempena dengan ulangtahunnya yang ke-26, elemen air dipilih sebagai menerapkan perkembangan dan perjalanan arus muzik dan irama terutamanya di dalam industri tempatan di kemuncak acara gemilang ini. Tuah kali ini berpihak kepada penghibur muda berbakat, Hafiz yang berjaya muncul sebagai Juara menerusi lagu popular Awan Nano ciptaan komposer dan penyanyi berpengalaman, sifu Datuk M.Nasir dan lirik oleh Buddhi Hekayat.
Menurut En. Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, “Perancangan rapi ternyata membuahkan hasil yang lumayan, hasilnya bukanlah boleh dikira dengan wang ringgit akan tetapi melalui kepuasan menjadikannya satu acara di luar jangkaan. Bukan mudah untuk mencapai kadar jumlah tontonan keseluruhan mencecah lebih daripada 6.5 juta, segala keringat dan penat lelah tenaga kerja menjadi bukti bahawa tanggungjawab sebagai sebuah stesen TV dikongsi bersama menjadikannya sebuah acara gilang-gemilang. Saya bagi pihak TV3, juga berbangga dengan kerjasama dari semua pihak yang terlibat, produksi, pengurusan jenama, kreatif, finalis, program-program terbitan dalaman, stesen radio rasmi Hot FM, rakan penaja Celcom & SilkyGirl, para media yang sentiasa menyokong usaha kami ini dan Anugerah Juara Lagu 26 keseluruhannya.”
”Anugerah Juara Lagu 26 bukan sahaja semata-mata meraikan pengiat-pengiat muzik tanah air malah ianya juga sebagai batu loncatan untuk mereka yang memenangi anugerah tersebut untuk terus maju ke hadapan. Maklum balas yang diterima daripada para penonton juga amat menggalakkan malah pihak kami juga menerima permintaan daripada penonton untuk menyiarkan ulangan Anugerah Juara Lagu 26. Ini jelas membuktikan kewibawaan anugerah ini seharusnya diberikan pujian dan semoga terus sukses di masa akan datang,” ujar En. Ahmad Izham Omar lagi.
Untuk sekian kalinya, malam kemuncak kali ini menampilkan gandingan pengacara popular yang tidak asing lagi iaitu Cheryl Samad dan Faizal Ismail yang menjadi nadi penggerak mewarnai majlis gilang-gemilang ini. Manakala sidang produksi Anugerah Juara Lagu 26 diketuai oleh Muhamad Sufian Che Isa selaku Penerbit Eksekutif sementara Nurhul Huda Haji Khalid bertindak sebagai Penerbit. Selain Celcom sebagai penaja rasmi, AJL 26 turut menampilkan Silkygirl selaku penaja bersama, Hot FM selaku radio rasmi dan Bentley Music sebagai penaja lokasi sidang media. Layari laman web rasmi www.tv3.com.my/ajl26 untuk maklumat lanjut.
AJL 26
AJL 26
AJL 26
AJL 26
AJL 26
AJL 26
AJL 26
AJL 26
AJL 26

@budiey.com

Persembahan Lawak di Lawak Ke Der Bila Hati Di Geletek

Pada jam 3 petang tadi, Budiey ke Istana Budaya untuk mengikuti Sidang Media Bila Hati Digeletek – Lawak Ke Der? yang diadakan di Lambang Sari, Istana Budaya. Membaca tajuk persembahan ini pun Budiey dapat meneka gaya dan corak persembahannya. Tak lain tak bukan, ianya satu persembahan lawak jenaka. Pelawak-pelawak yang akan perform tu pun bukan calang-calang orang ya sebab 90% dari mereka adalah dari program Maharaja Lawak, tidak termasuk Harith Iskander.
Di sidang media petang tadi, ada majlis menandatangani perjanjian kerjasama di antara Istana Budaya, Kumpulan Utusan sebagai media cetak rasmi dan Sinar FM sebagai radio rasmi.
Media yang hadir juga dihiburkan dengan lawak jenaka dari semua pelawak yang terlibat. Terbaik la lawak dia sebab semuanya memang otai-otai dan memang kepala semuanya giler-giler.
VIDEO LAWAK JENAKA ALA TEASER DARI PELAWAK – LAWAK KE DER?
Untuk info pembaca, persembahan ini akan diadakan pada 3,4, 5, 10,11 dan 12 Februari di Istana Budaya di mana penonton yang membeli tiket akan berpeluang menikmati hidangan lawak jenaka spontan dan pastinya akan gelak tak ingat selama dua jam.
Kepada peminat Maharaja Lawak, pastinya nama-nama yang Budiey bariskan ini sudah menarik minat korang untuk membeli tiket. Antara mereka ialah, Osbon ( Os dan Abon), Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik), Jozan (Johan dan Zizan), Nabil dan Harith Iskander. Maka tidak keterlaluanlah jika Budiey katakan, persembahan ini bukannya ulangan dari program Maharaja Lawak ya. Ini kerana semua pelawak akan mencipta satu lawak yang benar-benar fresh dan belum disiarkan di mana-mana kaca TV pun kan. Maka ia satu festival komedi yang pastinya menghiburkan.
VIDEO SEKITAR MAJLIS SIDANG MEDIA LAWAK KE DER?
Budiey gerentilah, persembahan Lawak Ke Der ini akan da boom dan pecah panggung. Tak caya tengok la ya.
Ia berkonsepkan persembahan stand up comedy di mana pelawak akan bersketsa, menyanyi dan berlawak semaksima yang mungkin dan semestinya penonton takkan bosan.
Setiap pelawak diberi masa 30 minit sahaja untuk buat persembahan mereka. Tetapi bagi pelawak berkumpulan seperti Osbon, Boboi dan Jozan, mereka masing-masing akan buat dua show secara bergilir-gilir di mana satu sketsa akan ambil masa 15 minit sahaja.
Mereka bukannya buat persembahan serentak semua sekali pada satu malam ya sebab Osbon akan menghiburkan anda pada 2 tarikh iaitu 3 dan 10 Februari sahaja. Jozan pula beraksi pada 4,5, 11 dan 12 Feb sahaja. Manakala Boboi, Harith Iskander dan Nabil akan menghiburkan anda di setiap persembahan.
Kepada anda yang nak beli tiket, bolehlah berbuat demikian ya sebab tiket dah pun dijual di Istana Budaya dengan harga RM53, RM73, RM173, RM203 an RM353. Wow cukup mahal Budiey rasakan. Boleh juga dibeli di www.ticket2u.biz atau hubungi 03-414786000.
Jadi, kepada yang mengalami stress tu, jemput-jemputlah singgah di Istana Budaya Februari ini ya.
Lawak Ke Der
Dato’ Mohamed Juhari Shaarani – Ketua Pengarah Istana Budaya
Lawak Ke Der
Datuk Othman Mohamad – Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan
Lawak Ke Der
Pengurus Program Sinar FM – Rostam Said
Lawak Ke Der
Lawak Ke Der
Lawak Ke Der
Lawak Ke Der
Lawak Ke Der
Lawak Ke Der
Lawak Ke Der
Lawak Ke Der
Lawak Ke Der
Lawak Ke Der
Lawak Ke Der

@budiey.com

Gambar Neelofa di Malam Gala Filem AZURA

Tidak keterlaluan jika Budiey katakan bahawa nama figura Neelofa akan terus melonjak naik dengan filem AZURA. Kenapa Budiey berkata begitu? Ouch! Bukanlah Budiey mahu menyebelahi sangat artis satu negeri dengan Budiey. ini kerana, apa yang lebih jelas di mata Budiey, bakat lakonan Neelofa sangat menyerlah dan boleh Budiey katakan lakonan Neelofa SUKSES dalam filem Azura. LULUS!
Lontaran suara yang gemersik, gerakan bahasa badan, karakter sebagai gadis yang gigih dan tabah menghadapi rintangan hidup bernama Azura yang direalisasikan oleh Neelofa membuktikan bakat dan kesungguhan beliau. Cuma, semasa menonton filem Azura semalam, Budiey rasakan Neelofa terlalu cantik untuk watak Azura.
Mata Neelofa yang galak, kulitnya yang putih melepak lagi mulus dan gebus membuatkan penonton rasa terpukau. Oh, kita tak perlu huraikan secara terperinci tentang fizikal Neelofa yang gojes kerana apa yang lebih penting dari itu, Neelofa membuktikan keupayaannya untuk menjadi pelapis sudah menampakkan impaknya. Bayangkan semasa mula-mula berlakon filem Azura, Neelofa tidak ada asas lakonan dan tidak ada pengalaman berlakon pun sebelum ini. Malah, Neelofa tak pernah terfikir untuk berlakon pun. Segalanya adalah hasil usaha pengarah Aziz M. Osman yang berjaya mencorakkan dan mengajar Neelofa selok belok berlakon.
Semasa memilih untuk berlakon, Neelofa belum lagi terlibat dengan Pertandingan Dewi Remaja. Untuk memilih berlakon dalam filem ini, Neelofa fikir banyak kali samada nak ambil job ni ke tak? Jadi, Neelofa beranikan diri untuk mencabar kemampuan diri sendiri untuk berlakon meskipun dia tak ada ilmu tentang dunia lakonan.
Bagi Aziz M. Osman pula, antara sebab mengambil Neelofa untuk pegang watak Azura kerana Neelofa seorang yang fotogenik, muka dia timbul jelas, ada X-Factor dan ada aura karakter apabila ditonton di skrin. Sebelum itu pun, Neelofa pernah datang ke sesi ujibakat yang dibuat oleh pembantu produksi Aziz M. Osman, antara kelemahan Neelofa masa tu ialah Neelofa ini bercakap terlalu cepat dan laju.
Mengikut kata Aziz M. Osman pula watak Azura dalam filem ini boleh dijadikan sebagai satu ikon dan contoh kepada masyarakat. Jadi, ikon watak Azura ini boleh dijadikan contoh kepada wanita di luar sana kerana ia begitu gigih dan cekal mengharungi kehidupan.
Ya, semalam berlangsungnya Majlis Malam Gala Filem AZURA di GSC, One Utama, Bandar Utama yang dihadiri oleh sebahagian besar penggerak utama dan juga pengarah filem ini, Aziz. M.Osman. Selain media, malam gala ini diserikan juga dengan kehadiran ramai artis, selebriti serta penyanyi yang membawa lagu-lagu romantis dalam filem Azura.
Setelah menonton filem Azura, Budiey dapati macam-macam reaksi dan pendapat tentang AZURA. Apa-apa pun, kita tunggu respon dari penonton yang akan menonton filem romantik ini mulai 2 Februari 2012 di pawagam.
Jom layan gambar-gambar Neelofa yang cantik lagi elegan ini…
Neelofa
Neelofa
Neelofa
Neelofa
Neelofa
Neelofa
Neelofa
Neelofa
Neelofa
Neelofa
Neelofa

@budiey.com


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...