Monday, December 19, 2011

Zul Akui Masih Sayangkan Abby Abadi

Kalau putus cinta, bukan senang nak lupakan si dia. Nampaknya itulah yang sedang berlaku kepada Zul Ariffin. Baru-baru ini di dalam Mstar, Zul Ariffin mengakui yang dia masih sayangkan Abby Abadi.  Untuk maklumn, Zul dan Abby telah pun bercinta selama 3 tahun. Maka mungkin disebabkan itu Zul masih terkenang-kenangkan Abby.
zul dan abby abadi
Kata Zul:-
Hubungan saya dengan Abby masih baik dan ada kalanya kami bertanya khabar melalui panggilan telefon atau pun berbalas SMS. Sudah tentu perasaan sayang kepadanya masih ada kerana percintaan kami bukan berlangsung selama tiga hari tetapi tiga tahun lamanya. Sudah tentu ia masih berbekas di hati saya.Saya tidak pernah menyesal mengenali Abby malah dia adalah antara insan yang paling baik pernah saya temui selain daripada keluarga saya.Cuma saya sesalkan mengenai kesalahan dan kesilapan yang pernah berlaku sepanjang kami bersama
Bila Abang Nara baca ayat si Zul nie, Abang Nara dapat bayangkan betapa romantisnya mamat nie. Penggunaan ayat Zul agak jiwang-jiwang kuku . Malah Zul juga tidak menolak kemungkinan yang dia bercinta kembali dengan Abby Abadi satu hari nanti. Buat masa ini, Zul memberitahu yang dia hanya mengikuti perkembangan Abby melalui Facebook.
Pendapat Abang Nara, biasalah adat bercinta ada kesalahan dan kesilapan. Kalau tak ada benda-benda tue, tak thrilllah percintaan anda. Kadang-kadang kalau selalu sangat seseorang itu bermain di mata walaupun kita sudah clash dengan dia, mungkin si dia adalah jodoh kita. Jadi kenalah berusaha untuk dapatkan. Iye ke tak? (aceh terasa macam Dr. Love pulak)
Apa pun kepada Zul dan Abby, harap-harap jodoh anda berdua kuat sebab anda berdua nampak sama cantik sama padan.
@beautifulnara.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...